Pages

Rabu, 11 Oktober 2023

Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Padi dengan Peria Katak

Bismillahirrahmanirrahim.
Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Padi dengan Peria Katak ini diolah dua minggu lepas. Malam ini barulah sampai gilirannya untuk dijadikan entri. Kali ini Amie masak ikan jenahak hitam. Ikan jenahak ini banyak keluarga dan saudara mara seperti:
  • Jenahak Tanda
  • Jenahak Ekor Hitam
  • Jenahak Jalur Kuning
  • Jenahak Konai
  • Jenahak Merah
  • Jenahak Belang
  • Jenahak Bercarik
  • Dan lain-lain
Biasanya Amie gunakan santan segar untuk masakan lemak, tetapi kali ini Amie gunakan santan kotak sahaja. Ikan jenahak pula, kami beli yang sudah siap disiang dan dipotong. Senang kerja di dapur tak perlu berperang dengan sisik ikan.... ahaks!

Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Padi dengan Peria Katak.


Tempoh hari kami beli peria katak, dan masih berbaki setelah Amie masak SAMBAL KENTANG DENGAN KENTANG & PERIA. Untuk masakan kali ini Amie gunakan sebiji peria katak saiz besar (gambar atas). Sudah tentulah Encik Suami suka sangat makan nasi lauk Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Padi dengan Peria Katak sebab peria merupakan salah satu sayur kegemarannya.



Resipi Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Padi dengan Peria Katak.
Bahan-bahan:
  • 3 keping ikan jenahak - cuci bersih - toskan
  • 250 ml santan kotak dicampur dengan 2 cawan air
  • 1 biji peria katak - belah dua - buang biji - hiris ikut saiz yang digemari
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit - sebaiknya kunyit hidup
  • 2 helai daun kunyit - siat dan simpul
  • 1 keping asam gelugur
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 15 tangkai cili padi - boleh tambah atau kurangkan - ikut kepedasan yang diingini
Cara memasak:
  1. Masukkan santan, bahan tumbuk, serai dan asam keping ke dalam periuk.
  2. Letakkan periuk di atas api dapur. Gunakan api sederhana.
  3. Masak sehingga mendidih dan dikacau selalu.
  4. Masukkan peria katak dan ikan jenahak.
  5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
  6. Setelah peria katak dan ikan masak, masukkan daun kunyit.
  7. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.
Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Padi dengan Peria Katak.


9 ulasan:

  1. Banyak rupanya keluarga jenahak ni…ammi mmg taktau pun

    BalasPadam
  2. Di Penang kemarin saya makan di restauran Melayu yg menyajikan menu Melayu zaman dulu menurut mereka. Salah satu menu jagoan ikan jenahak. Tadinya saya bingung kak, ini ikan apa yaa. Tapi setelah dihidang, ternyata ikan kakap 😄❤️. Saya sukaaa kalo ikan ini, Krn dagingnya tebal dan durinya tak menyusahkan.

    Agak mirip lah dengan yg Kaka buat, tapi tak pakai peria atau pare . 😄

    BalasPadam
  3. Banyak rupanya jenis jenahak ni ya. Kita ingat sejenis aje, tapi kalau dimasak cili api, kita tak pernah makan lagi. Tentu shedapppp!

    BalasPadam
  4. Bila masak sekali dgn peria katak ni, tak pahit ke kuah masak lemaknya tu Kak Amie?

    BalasPadam
  5. Laa..banyak jenis erk jenahak ni...SA suka je masak macam ni campur peria katak..nak plak buah peria ni tengah banyak tak habis makan..memang sejuk la tangan Pak Zain..semua dia tanam menjadi

    BalasPadam
  6. Wak pun baru tahu ikan jenahak ni banyak spesis.
    Ikan kayangan ni

    BalasPadam
  7. sedap ni kak cuma kalau masak ini tak laku lauknya kat rumah

    BalasPadam
  8. Ish....taste saya ni lauk cikgu ni...sedapnya peria katak dimasak macam tu ..Lama dah tak masak peria katak

    BalasPadam