Pages

Rabu, 25 Oktober 2023

Ketam Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas

Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah makan tengah hari? Lauk apa kali ini?
Amie kongsikan resipi Ketam Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas, tapi bukanlah lauk makan tengah hari kami. Menu ini Amie masak hari Ahad lepas. Ikutkan hati Amie lebih suka rebus ketam saja dan ratah dengan sambal kicap tapi Encik Suami minta masak lemak pula. Tak puas rasanya makan ketam dengan nasi... ahaks! Tak apalah, kita layankan selera Encik Suami dan Firdaus saja.

Amie masak jenis ketam suri campur jantan dan betina. Ada lima ekor kesemuanya. Seperti biasa, Amie suka tambahkan nanas dalam masakan dan bubuh sedikit nanas dalam bahan kisar. Oleh kerana nanas yang digunakan ini agak masam, jadi Amie tak bubuh asam keping. Sudah tentunya Ketam Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas ini sudah sempurna, cukup rasanya dengan masam manis, lemak dan pedas cili padi. Tambah menyelerakan apabila dicemplongkan daun kunyit. Timbullah aroma yang sangat menyegarkan!

Ketam Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas


Resipi Ketam Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas
Bahan-bahan:
  • 5 ekor ketam suri saiz sederhana - bersihkan dan belah 2
  • 1/2 kg nanas separuh masak - kupas kulit - hiris ikut ketebalan yang diingini - 1/3 nanas dicampur dalam bahan kisar
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 helai daun kunyit - siat dan simpul
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit - sebaiknya bubuh kunyit hidup
  • 750 ml air
  • 1 kotak santan kara
  • 1 keping asam gelugur - jika perlu
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 1/3 hirisan nanas
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 20 tangkai cili padi
Cara memasak:
  1. Masukkan air ke dalam periuk. Tuangkan bahan kisar bersama serai dan hirisan nanas.
  2. Setelah kuah mendidih dan nanas layu, masukkan ketam. 
  3. Masukkan serbuk kunyit.
  4. Setelah kulit ketam berubah warna, tuangkan santan kotak.
  5. Taburkan garam / gula / perasa pilihan.
  6. Kacau sekali - sekala sehingga kuah mendidih. 
  7. Masukkan daun kunyit.
  8. Padamkan api dapur.

Ketam Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas



10 ulasan:

  1. masakan ni kegemaran LM. udang pun memang suka gulai lomak.suka rasa kuahnya manis dari udang atau ketam

    BalasPadam
  2. Wahhh.. kalau sy pun geng dgn Tn Majid ni, minta masak lemak berbanding ketam rebus. Tapi sy ni sejenis lembab bab makan ketam ni Kak Amie, mahu sejam mengadap baru habis makan.

    BalasPadam
  3. menu saya masak semalam. sedap ratah ketam, nak makan dengan nasi lambat jadinya. kita makan nasi dlu, baru ratah ketam. hihi

    BalasPadam
  4. Sedapnyaaaa...fav SA tu...nampak penuh isi ketam tu kak

    BalasPadam
  5. Kita sama. Lebih suka rebus je ketam tu, daripada masak cara lain. Tapi, boleh je layan. Sedap, sedap!

    BalasPadam
  6. apa2 masakan yang ditambah dgn nanas mmg sedap la kak

    BalasPadam
  7. fuhhhh sedap betul ketam masak lemak cili padi dgn nanas ni. terangkattttt hehe

    BalasPadam
  8. Sedapnya ketam! Dah lama tak makan ketam segar huhu

    BalasPadam
  9. Lauk fav Cella ni....sayangnya kat sini selain harga kayangan...jarang pula ada yang fresh...selalu jumpa sepit dah tercabut tapi diikat dgn getah..
    Cemplong tu bahasa baru bagi saya...hihihi

    BalasPadam
  10. Suka kepiting, tapi blm confident kak untuk masak sendiri 🤣🤣. Mama saya juga sering masak sesuatu pakai tambahan nenas. Memang jadi lebih segar rasanya ❤️

    BalasPadam