Pages

Rabu, 18 Oktober 2023

Cari Makan Egg On Toast di Tengah Hari

Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila kita banyak kerja hendak dibuat dan segera untuk disiapkan, biasanya kita kurang selera makan. Pagi tadi, Encik Suami taja sarapan dengan membeli nasi kuning lauk sambal ikan dan telur rebus tetapi tidak habis dimakan. Selepas hantar Firdaus ke sekolah agama, kami singgah di 'dapur luar' untuk alas perut. Asalkan ada makanan masuk perut, kira makanlah itu.

Hendak makan nasi, tidak ada selera. Jadinya, Encik Suami sama-sama temankan kita makan roti di Sri Perdana.

Sedang kami menunggu makanan yang dipesan, seseorang menegur kami. Dia seorang wanita Cina. 
Cikgu masih ingat sayakah?
Sebenarnya kita tak ingat, tapi kita anggukkan kepala sambil senyum-senyum.
Betulkah cikgu masih ingat saya? Tanyanya lagi sambil bangun dari kerusinya dan bersalaman.
Ya, betul! Kita jawab dengan yakin sebab otak sudah mula mengingat!
Nampak sangat wajahnya begitu gembira, dan terus memberitahu rakan di sebelahnya.
Cikgu Salami masih ingat saya! Katanya dalam bahasa Melayu. Barangkali rakannya itu orang Kadazan-Dusun.
Oh, dia masih ingat nama kita!
Setelah berbual seketika, dia kembali ke tempat duduknya kerana hidangan yang dipesan sudah sampai ke mejanya. Pada masa yang sama makanan dan minuman kami pun sampai. Sambil makan, berbual dengan Encik Suami, sambil otak ligat mengingat nama bekas anak murid ini!

Egg On Toast

Classic Nanyang Kopi Tarik Sejuk

Sekali sedut, dua tiga kali sedut, memang boleh layan sampai habis Classic Nanyang KopiTarik Sejuk ini.

Mix Platter - Teringat Firdaus suka makan wantan.

Mix Platter

Encik Suami - Hainan Kaya Butter


Encik Suami - Ginger Milk Tea

Amie - Egg On Toast

Baru teringat kita pernah jadi guru kelas budak Cina itu 29 tahun lalu. Kelas 5A, di hujung sekali, berhadapan dengan gereja lama. Di tepi kelas berhampiran pintu ada pokok mangga. Setiap kali mangga berbuah dan gugur, anak-anak 5A kutip dan bawa masuk  ke kelas. Waktu rehat mereka makan buah mangga, siap bawa kicap lada! Pokok mangga itu masih ada sehingga ke hari ini dan masih berbuah lebat. Usianya barangkali seumur dengan sekolah kami yang didirikan sewaktu pentadbiran British!

Dan, Mary Lawaguey ketua kelas keturunan Filipino menulis sebuah puisi di atas kad manila lalu dilekatkan di dinding kelas. Puisi itu  Amie yang cipta tentang kenangan dunia persekolahan dan dikaitkan dengan pokok mangga tadi. Dan teringat lagi, sewaktu cuti penggal persekolahan, Amie balik Selangor dan beli kain langsir yang dirasakan paling cantik untuk kelas 5A. Tidak ingat siapa yang jahit tetapi masih ingat langsir itu dijahit oleh ibu salah seorang murid 5A secara percuma.

Tiba-tiba terus teringat, nama bekas anak murid Amie itu ialah Lim!
Lim suka datang ke rumah  bersama kawan-kawannya sewaktu Amie masih bujang. Lim suka sangat makan kari ayam yang kita masak!
Ya, namanya Lim.

Tidak lama kemudian Lim menghampiri kami, berpamit untuk tinggalkan restoran. Sekali lagi kami bersalaman,  Lim minta nombor HP, dan hulurkan kad perniagaannya. Rupanya Lim mempunyai syarikat di Kota Kinabalu. 

Pertemuan itu rezeki.
Rezeki menjadi berganda kerana Lim sudah bayarkan harga makanan kami sebelum meninggalkan restoran.
Terima kasih Lim.
Moga sihat selalu dan dipermudahkan rezeki dan segala urusan.

13 ulasan:

  1. Kopi tarik sejuk tu sangat memikat.
    Masyaallah... 29 tahun tu lama juga bagi mengingati nama pelajar yang ramai.
    Alhamdulillah Lim sudah berjaya dan lebih membahagiakan.. masih menyantuni gurunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ingat, sebab baru posting. Jadi, biasanya perkara pertama berlaku dalam hidup kita akan ingat kalau cuba diingat-ingat hehehee.

      Padam
  2. Sedapnya hainan kaya butter...roti telur goyang tu SA x berapa suka..

    BalasPadam
  3. roti telur goyang tu bikin lidah bergoyang

    BalasPadam
  4. makanan lain pun menggoda, telur kuning tu sangat menggoda

    BalasPadam
  5. Saya saluuut kak Amie msh bisa mengingat nama anak didiknya ❤️❤️❤️. Dengan segitu banyak murid yg kakak pernah ajar pula.

    Terharu karena di anak pun masih mengingat kakak, dan ramah menyapa.

    Saya jadi ingat trakhir kali ke Aceh, ketemu dengan guru Agama saya, masih pakai sepeda, akan mengajar les mengaji di rumah muridnya. Antara sedih tapi juga senang bisa ketemu. Ntahlah, di dalam pikiran saya, di usia setua itu, saya cuma kuatir kalo guru saya itu kenapa2 di jalan. Tapi bisa jadi, bagi dia mengajar sudah seperti bagian hidup kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula-mula kami hanya saling berpandangan, kemudian bertukar senyuman. Barangkali ketika ini masing-masing cuba mengingat kembali wajah yang pernah dilihat suatu waktu dahulu.
      Barangkali juga guru agama Fanny itu bahagia dengan caranya, mengajar ilmu agama di usia senjanya dan mudah-mudahan usahanya mendapat ganjaran sebesar-besarnya di akhirat kelak.

      Padam
  6. tu diaaaaa 29 thn yang lepas 👍👍👍👍

    haihhhh mn laa sy nk cari roti telur goyang mlm2 ni😁

    BalasPadam