Pages

Rabu, 18 Oktober 2023

Ayam Masak Kari Untuk Firdaus

Bismillahirrahmanirrahim.
Firdaus pesan supaya Amie masak lauk ayam untuk makan dengan nasi. Seperti hari-hari sebelumnya, hujan turun sepanjang petang dan sewaktu Firdaus sampai ke rumah, suasana gelap gelita sebab Amie tutup lampu dapur setelah siap masak. Firdaus tidak sabar hendak makan nasi. Dikautnya nasi dari rice cooker masuk ke mangkuk dan diletakkannya di atas meja makan. Diambilnya tiga buah pinggan dan setiap pinggan diisi dengan nasi untuk kami. Nampak berselera sungguh Firdaus suap nasi berlauk Ayam Masak Kari.

Ayam Masak Kari


Ayam Masak Kari

Resipi Ayam Masak Kari ini sudah tentulah Amie gunakan resipi warisan daripada arwah emak mentua. Amie gunakan jus limau nipis sebagai sentuhan akhir. Salah satu rempah yang digunakan iaitu kulit manis, sudah tentunya yang Amie beli di Sumatera Barat.

Limau Nipis @ Limau Kapas & Limau Kasturi

Saiz limau nipis yang Amie gunakan agak besar seperti dalam gambar di atas. Amie hanya gunakan separuh daripada limau nipis tersebut. Limau nipis ini tidak berbiji, dan biasanya dipanggil limau kapas. Arwah emak mentua tidak pernah tambahkan gula sebagai bahan perasa. Kalau Amie masak kari di kampung, memang arwah emak dan bapa mentua pesan jangan masukkan gula. Pernah beberapa kali Amie menderhaka, Amie tambahkan sedikit gula. Risau juga kalau mereka tahu perbuatan Amie melalui rasa masakan tersebut. Amie terkejut sebab arwab bapa mentua kata: Sedap masak kari ayam ini.

Ya Allah. Tak sempat kita minta ampun kepada mereka berdua.

Resipi Ayam Masak Kari
Bahan-bahan:

  • 2 kepingan ayam sukuan peha - potong 8
  • 2 biji kentang - kupas kulit - belah 4
  • 4 sudu besar serbuk kari ayam / daging 888
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 cawan santan cair
  • 2 pelepah daun kari - lurutkan
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan secukupnya
  • 1 (1/2) biji limau nipis - ambil jusnya
Bahan kisar / tumbuk:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 10 tangkai cili kering
Bahan penumis:

  • 1 labu bawang besar - hiris kasar
  • 2 cm halia - hiris 
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga terbit aroma dan bawang besar menjadi kekuningan.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau rata, dan kemudian masukkan daun kari.
  3. Seterusnya masukkan serbuk rempah kari. Tambahkan sedikit santan cair dan perlahankan api dapur.
  4. Kemudian masukkan ayam, dan masak sehingga ayam menjadi layu atau berubah warna.
  5. Tuangkan lebihan santan cair dan masukkan kentang.
  6. Taburkan sedikit gula.
  7. Apabila ayam mula empuk, tambahkan santan pekat.
  8. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
  9. Akhir sekali, tuangkan jus limau nipis. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.

Ayam Masak Kari

Amie asingkan sedikit Ayam Masak Kari untuk dibawa bekal esok pagi. Tak perlulah Encik Suami belikan sarapan.

25 ulasan:

  1. wahhh buat rasa lapar tengok kari ayam ni. Saya pun tak pernah masukkan gula atau serbuk perasa lain kecuali garam jer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selera setiap di antara kita memang berbeza kan. Itulag uniknya deria rasa.

      Padam
  2. Cantik warna kari tu, pagi ni kalau masih ada mesti lagi sedap. Makan pulak dengan lempeng 😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang simpan sikit untuk bekal. Panaskan semula, tambah sedap rasanya.

      Padam
  3. SA pun tengah impikan ayam kampung masak kari ni..ntah bila akan jadi kenyataan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu-dulu puas makan ayam kampung. Sekarang susah nak dapat. Kalau ada pun harganya tahap kayangan.

      Padam
  4. Bagusnya Firdaus, hidangkan utk mommy & ayah 👍
    Sy nak try Kari Ikan tanpa santan Kak Amie tu dulu, then nak try Kari Ayam ni pulak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan PH.
      Kari ikan tanpa santan memang sedap. Kari ayam ini jangan lupa perahkan limau nipis.

      Padam
  5. Baru pertama kali tengok resipi kari ayam ada perahan jus limau. Mesti sedap tu sebab Firdaus tak sabar2 nak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang Melayu Cocos di kampung Encik Suami memang masak kari ayam bubuh jus limau nipis.

      Padam
  6. Sedap dan cantik penyajiannya kak Amie,pantesan Firdaus lahap, sayangnya susah bahkan tak pernah lihat yg jual daun kari di sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo susah nak jumpa daun kari di sana ya.
      Saya guna daun kari yang tumbuh depan pagar rumah.

      Padam
  7. Sedapnya gulai ayam selamat jamu selera Firdaus

    BalasPadam
  8. first time tgk kari ayam ada perahan limau. saya bkn peminat kari ayam tapi tgk yang ami masak ni, terus rasa nak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah bezanya kari ayam yang selalu kita jumpa dengan kari ayam air tangan orang MMelayu Cocos.

      Padam
  9. Saya pun perasan kalau cikgu masak sambal ikan dan kari ada pengggunaan limau nipis..
    Macam nak kena cuba ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya cuba kekalkan resipi warisan keluarga belah Encik Suami.

      Padam
  10. dahla balik sekolah penat lak tu, hari hujan memang lapar la dia ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Dana.
      Buka saja pintu rumah, sudah terbau aroma masakan dari dapur.

      Padam
  11. Saya agak bingung dengan istilah bawang besar. Bukan bawang merah ya kak? Atau maksudnya bawang Bombay 😅?. Saya tak ingat istilah bawang Bombay di Malaysia.. tapi size dia besar, dan warnanya putih di dalam. Benar tak? Atau ada yg lain bawang besar ini? 😅

    Rasanya kalo ke Malaysia saya harus cari bubuk kari 888 😄.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau di tempat kami, bawang merah maksudnya bawang kecil. Biasanya dikisar atau ditumbuk sebagai salah satu bahan perencah masakan.
      Bawang besar pula ada banyak jenis tetapi setakat ini jenis yang ada di LDU hanyalah bawang Holland dan bawang Bombay. Bawang Holland itu kulitnya kuning dan isinya putih. Kalau Kak Amie, memang suka tambahkan hirisan bawang besar dalam perencah masakan (digoreng bersama rempah) sebab sukakan aromanya yang semerbak ketika digoreng, dan menambah rasa manis dalam masakan samada kari atau sup. Bawang Bombay pula saiznya lebih besar dari bawang merah. Biasanya kalau sebiji bawang besar Bombay menyamai 5 biji bawang merah yang kecil itu. Isinya putih tetapi ada warna merah di setiap lapisannya.
      Serbuk Kari 888 memang Kak Amie suka gunakan dari dulu.

      Padam
  12. antara lauk fav saya ni... mkn dgn nasi ke cicah dgn roti canai ke... fuhhh terbaik resepi kak amie👍👍👍

    BalasPadam