Pages

Ahad, 17 September 2023

Sesi Melontar IDR Pun Bermula!


Bismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi cerita hari pertama 26 Ogos 2023 di Padang.
Selepas berkunjung ke Museum Bustanul Arifin, kami singgah di Minang Kayo Showroom Central Kulit yang terletak di Jalan Sutan Syahrir Mifan, Gg. Sepakat No.1 No.2, Silaing Bawah, Kec. Padang Panjang Bar, Kota Padang Panjang, Sumatera Barat 27118, Indonesia.

Di sini kami membeli oleh-oleh berupa fridge magnet bentuk rumah Minangkabau yang diperbuat daripada kain songket. Sesuai dengan namanya Minang Kayo, harganya pun harga kayangan dan tidak dapat tawar-menawar!

Fridge Magnet Rumah Minangkabau

Oleh-Oleh Minang Kayo

Walaupun tak dapat tawar harga, kita tetap beli juga beg ini sebab kita sudah jatuh cinta!
Cantik tak? Cantiklah pada pandangan mata sendiri.


Seterusnya kami ke Sulaman Mayang Taurai yang Jl. Raya Padang Panjang - Bukittinggi No.Km. 10, Padang Laweh, Kec. Sungai Pua, Kabupaten Agam, Sumatera Barat 26181, Indonesia.
Sebelum melontar IDR di sini, kami tunaikan solat jamak takhir di surau terlebih dahulu. Di sebelah kedai ini ada ruang duduk, disediakan minuman panas percuma. Jadi, bolehlah basahkan tekak di situ. Kami tidak masuk ke situ, sebaliknya terus masuk ke dalam kedai. Tidak sabar hendak melihat pelbagai jenis kain sulam!


Oleh sebab rambang mata, sampai tak cukup mata melihat dan memilih kain, tak sempat pula hendak ambil gambar. Adalah dua tiga keping di bawah ini.


Seperti biasa, kesempatan mencuci mata dan melontar IDR digunakan sebaik-baiknya.
Harga yang ditawarkan memang sudah ditetapkan jumlahnya dan tidaklah kami dapat tawar-menawar ikut kehendak sendiri. Beli sehelai atau banyak, tidak ada potongan melainkan dikira mengikut harga sehelai-sehelai!


Jadi, beli sahajalah sehelai dua. Nanti kalau sudah tinggalkan tempat ini teringat-ingat pula kalau tidak jumpa di kedai  lain. Biar menyesal beli, dari menyesal tak beli kan Mama Cella.


Selain kain sulam, menyambar jugalah kita dua tiga helai kain corak batik!
Kesemuanya masih tersusun dalam beg. Belum dibuka dan belum dihantar ke kedai jahit!

10 ulasan:

  1. Cantik fridge magnet minangkabau tu, Kak Amie. Wahhh.. raya tahun depan mesti pakai baju dari Minang kayo ni!

    BalasPadam
  2. ammvoii sonoknyer rombongan cikkiah gi padang., kemaren wak cuma smpi kt Bukittinggi je dari Batam., huhu

    BalasPadam
  3. cantik fm tu.. kalau ke tempat yg br 1st time pegi mmg suka beli fm

    BalasPadam
  4. Cantik FM & beg tu kak, nampak begitu eksklusif.

    BalasPadam
  5. Dia ada Minang Kayo, kiat ada Pakcik Kayo!

    BalasPadam
  6. perghhhh mmg lawa-lawa kainnyaaaa.... berkenan laa kak yang kaler pink + merah tua tu...cantikkk...

    BalasPadam
  7. Betuuul kak Amie, itu juga prinsip saya ketika berbelanja saat traveling. Baik menyesal membeli, daripada menyesal tak beli 🤣🤣. Kalo dekat bisa didatangin lagi. Kalau jauh susaaah 😁.

    BalasPadam
  8. Dari pandangan mata saya pun cantik beg tu kak Amie. Ini kalau tak beli menyesal pula bila dah balik Malaysia kan. hihi..Fridge Magnet Rumah Minangkabau tu pun cantik dengan motif songket. Haruslah membeli kain, suka corak batik tu. Batik sana motif dia rare dan menarik.

    BalasPadam
  9. Boleh tahan cantik kain pasang tu kak amie ...macam macam warna...kalau SA pun rasanya akam membeli juga ni

    BalasPadam
  10. sulaman Padang & Bukit Tinggi mmg cantik, mmg suka kain pasang atau telekung dari sini...batik pun cantik coraknya..

    BalasPadam