Pages

Khamis, 28 September 2023

Petik Bunga Telang di Pagi Maulidur Rasul 1445

Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda. Hari ini 28 September 2023 merupakan cuti umum sempena Maulidur Rasul 1445. Marilah perbanyakkan selawat ke atas baginda dengan berharap mendapat syafaat di akhirat nanti. Amin.

Apa cerita di pagi ini?
Amie bersama Encik Suami ke pasar membeli barang basah, dan kemudian membeli kuih-muih serta nasi kuning untuk sarapan pagi. Balik rumah terpandang bunga telang sedang berkembangan dengan banyaknya. Malam nanti giliran di rumah kami akan mengadakan majlis bacaan yasin bersama keluarga terdekat. Jadi, Encik Suami cadangkan Amie sediakan jus bunga telang sebagai salah satu minuman yang akan dihidangkan.

Jadi, eloklah petik bunga telang sekarang memandangkan selepas ini Amie akan sibuk membuat persiapan untuk makan malam nanti.

Bunga Telang




Walaupun masih awal pagi tetapi sudah terasa panas pancaran matahari.




Rasanya cukuplah bunga telang ini untuk direbus dan dijadikan jus.


Sekian.
Salam Maulidur Rasul 1445 buat semua.

13 ulasan:

  1. Salam Maulidur Rasul Kak Amie. Semoga dalam setiap langkah hidup kita, kita selalu mengingat dan mengikuti teladan Nabi Muhammad SAW.

    BalasPadam
  2. Aritu baru je my MIL tanya mcm mana rupa bunga telang, saya bagitau kat rumahnya pun dulu ada.. subur, tapi baru2 ni dia sendiri dah tebang serentak dgn pokok2 lain. Terkejut dianya, dah lama tanam tapi tak prasan tu bunga telang.

    BalasPadam
  3. Bestnya Kak.. bunga telang ni banyak khasiat, Lin suka minum tehnya pepanas..

    BalasPadam
  4. salam maulidur rasul wah banyaknya bunga telang

    BalasPadam
  5. Wah banyak bunganya. Cantik 😍
    Minuman special ni jus bunga telang.

    BalasPadam
  6. salam maulidur rasul kak. wahh... byk bunga telang. saya dulu ada tanam kat gate tapi bila buat renovation, terpaksa dikorbankan

    BalasPadam
  7. salam Maulidur rasul
    banyakknya meriah berbunga si telang

    BalasPadam
  8. Salam Maulidur Rasul Kak Amie...wah meriah betul bunganya...

    BalasPadam
  9. Lebat bunganya Kak Amie. Mesti berseri² majlis ada jus bunga telang.

    BalasPadam
  10. Subur betul pokok bunga telang tu.
    Pokok saya tak bertahan lama huhu... mungkin duduk dalam pasu je.

    BalasPadam
  11. Banyaknya bunga telang...
    Baru beberapa hari lepas tengok rakan-rakan pakat beli bunga telang kering yang dijual di Bandar Hilir...

    BalasPadam
  12. Aissh teh bunga Telang, sukaaaa. Apalagi kalo dikasih perasan jeruk nipis, jadi purple warnanya 😄.

    Di rumah mama banyak juga tanaman Telang ini kak, makanya tiap balik ke Medan, saya minta dibuatkan teh Telang biasanya 😄

    BalasPadam