Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan menuju ke rumah makan untuk menjamu selera di tengah hari, Pak Rajaab asyik bercerita tentang pangek. Apabila kami sampai ke rumah makan tersebut, terpampang perkataan "PONGEK" dan bukannya pangek. Rupanya "PONGEK" adalah salah satu teknik memasak yang biasa dilakukan ibu-ibu rumah tangga di Sumatera Barat. Sebetulnya istilah yang lazim adalah pangek, tapi dalam dialek lokal Payakumbuh, kota yang terletak 125 km di utara Padang, disebut dengan pongek. Sumber rujukan : PONGEK SITUJUAH.
Dalam perjalanan menuju ke rumah makan untuk menjamu selera di tengah hari, Pak Rajaab asyik bercerita tentang pangek. Apabila kami sampai ke rumah makan tersebut, terpampang perkataan "PONGEK" dan bukannya pangek. Rupanya "PONGEK" adalah salah satu teknik memasak yang biasa dilakukan ibu-ibu rumah tangga di Sumatera Barat. Sebetulnya istilah yang lazim adalah pangek, tapi dalam dialek lokal Payakumbuh, kota yang terletak 125 km di utara Padang, disebut dengan pongek. Sumber rujukan : PONGEK SITUJUAH.
Pangek Cubadak (Gulai Nangka Muda) merupakan lauk khas orang Payakumbuh dan Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat. Pangek cubadak ini sangat terkenal di daerah Situjuah. Pangek ini terbuat dari nangka muda dan memerlukan waktu yang cukup lama ketika proses memasaknya dengan menggunakan santan, perencah bumbu gulai seperti bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, daun kunyit, lengkuas, belacan, serai, ketumbar, buah keras, daun limau dan seumpamanya.
Pak Rajaab mencadangkan kami untuk mencuba Talua Barendo. Setelah melihat Talua Barendo yang disajikan rupanya ia sejenis telur dadar tetapi bahagian tepinya kelihatan seperti renda dan rangup! Jadinya, Talua Barendo bermaksud Telur Berenda!
Talua Barendo |
Rumah Makan Pongek "Or" Situjuah |
Sebelum itu kami terlebih dahulu solat jamak di Masjid An-Nur yang terletak di Nagari Piladang Payakumbuh.
Abadikan Masjid An-Nur yang cantik di sini. Kami banyak melihat masjid yang cantik-cantik sepanjang perjalanan di sini. |
Pongek 'Or' Situjuah di Jalan Khatib Sulaiman. |
Kawasan rumah makan di sini agak luas. Ada yang memilih tempat makan di tepi sawah dan ada yang duduk di dalam rumah makan di bahagian dalam yang dikelilingi kolam ikan.
Pemandangan sawah padi nan menghijau. |
Setiap seorang akan disediakan mangkuk kecil berisi air basuh tangan. Kalau tak puas cuci tangan dalam mangkuk, bolehlah cuci di singki yang disediakan di belakang tempat Nano berdiri itu. |
Tempat makan di kelilingi kolam ikan. Seperti rumah makan yang lain, Pongek 'Or' Situjuah juga menyediakan kemudahan bilik air dan surau untuk solat. |
Masakan Padang memang sungguh meriah! Pelbagai jenis dan tidak terkira jumlahnya. Semuanya nampak sedap dan membuka selera.
Talua Barendo yang baru diangkat dari kuali sudah sampai ke meja kami!
Ikan Nila @ Talapia Bakar |
Ada sambal, ada ayam, ada rendang juga. |
Ada sayur pucuk ubi, sambal hijau dan tak tahu daging masak apa yang terletak di tengah-tengah berhadapan dengan sambal hijau. |
Jom tengok pangek @ pongek. Yang terletak di tengah-tengah tenggek di antara dua piring lauk itulah pongek atau gulai nangka muda @ cubadak. Sebelah bawah pangek itu gulai ikan nila, dan sebelah lagi nampak unik betul, nangka muda goreng, ada kacang panjang dan ditambah sambal. Nano sempat belek-pelek, katanya ada jering!
Nampak pekat dan agak kering pangek @ pongek @ Gulai Nangka Muda @ Cubadak. Cantik kejadiannya, dan sudah tentulah rasanya sedap! |
Talua Barendo yang tak dapat dilupakan! Nanti kena cuba goreng di dapur sendiri. |
Teruskan menjamu selera. Makan nasi dengan Talua Barendo pun sudah cukup enak! |
Keadaan di dalam rumah makan yang sentiasa dipenuhi pelanggan.
Hampir selesai makan! Nampaknya piring-piring lauk hampir licin. Kami meratah lagi mana yang masih ada. |
Ada pelbagai jenis kuih dan manisan. Aduhai... tak buat catatan pula nama kuih ini padahal kita sudah tanya pekerja di rumah makan ini! |
Alhamdulillah. Semoga bumi Sumatera terus subur, aman dan makmur!
Bestnya lauk pauk tu.
BalasPadamMeriah!
Talua barinda tu ada iras-,iras telur dadar viral RM13 tu la..Nampak sedap
BalasPadamBahkan lauk di sana banyak yg tak dijual di rumah makan Padang di jakarta sini kak. Kalo Talua barendo untungnya ada. Tapi kayak pongek nangka tuh tak ada. Makanya memang menikmati masakan padang lebih mantap di kota asalnya langsung 😄
BalasPadamkt KL ada Kpg Chubadak...ooo..maknanya buah nangka...menarik menu nasi padang di sana...authentic....sedap2 semuanya..
BalasPadam