Pages

Jumaat, 15 September 2023

Museum Bustanul Arifin : Pintu Gerbang Minangkabau

Bismillahirrahmanirrahim.
Walaupun awan nampak kelabu dan disangkakan hujan akan turun, namun cuaca panas terus berlanjutan sehinggalah kami tiba di Museum Bustanul Arifin. Museum Bustanul Arifin diterjemahkan sebagai pintu masuk (The Gate of Minangkabau) untuk meninjau dan berkenalan lebih lanjut tentang dunia Minangkabau. Museum Bustanul Arifin merupakan Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM). Ia terletak di Kelurahan Silain Bawah, Kecamatan Padang Panjang Barat, Kota Padang Panjang.



Fungsi muzium sudah tentunya untuk mendekatkan kita dengan dunia masa lalu, sekaligus menjelaskan apa yang berlaku pada masa kini dan mampu meramalkan rencana masa depan dalam kehidupan. Justeru Museum Bustanul Arifin selayaknya dikunjungi untuk berkongsi kemewahan budayanya yang penuh keunikan dan tersendiri.




Kawan-kawan membeli jerukn @ limau.

Sementara menunggu Gee dan Liza mengambil gambar (mereka berdua belum pernah datang ke sini sebelum ini), kami melayan tekak dengan membeli buah-buahan segar seperi nanas, mangga dan jambu madu bersebelahan dengan muzium.

Gambar kenangan Oktober 2017

Gambar kenangan 26 Ogos 2023.

Fungsi muzium:

  • Gedung khazanah sejarah.
  • Gedung budaya negara.
  • Penyebar maklumat dan mendidik masyarakat.
  • Memupuk semangat kesedaran masyarakat terhadap sejarah dan budaya sendiri.
  • Muzim sebagai institusi pendidikan dan pembelajaran.


8 ulasan:

  1. terpegun pandang senibinanya yg indah lambang seni budaya bangsa

    BalasPadam
  2. Gambar 2017 semua nampak macam pengantin baru..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah,tercapai dah nak makan perut tembusu..
    Kalau berpeluang ke sana lagi,saya juga ingin merasainya.Sekarang ni kalau pi mana pun saya dah ikut cara cikgu..
    "Biar menyesal beli/makan,jangan meyesal tak beli/tak makan"🤭

    BalasPadam
  4. Waaah kakak pernah sewa kostumnya yaa. Saya tak sewa waktu itu 🤣. Jadi hanya lihat saja, teman2 yg sewa.

    Museum ini memang menarik, sejarahnya juga panjang, khas budaya dan tradisi sumatera barat yg menganut matrilineal. 👍

    BalasPadam
  5. Seni bina lebih kurang Istana lama Seri Menanti. Pengaruh Minangkabau begitulah trademark dia. Tengok je dah boleh tahu. Tahun 2013 tak berbusana pula ye Kak Amie.

    BalasPadam
  6. Cantik senibinanya, kawasan sekeliling pula terjaga dengan baik.
    2023 nampak lebih santai eh.

    BalasPadam
  7. SA rasa SA kena pergi sini la nanti bawak En Suami sebabnya dia suka sanagt nak tengok rumah tradisional masyarakat Minang..kat NS dah takde dah bentuk rumah minangkabau. Nanti la SA nak bawak dia..sibuk nak explore apa yang berkaitan dengan keturunan isterinya ni

    BalasPadam