Pages

Khamis, 3 Ogos 2023

Spaghetti Bolognese LEGGO'S Masak Versi Pedas

Bismillahirrahmanirrahim.
Pada suatu ketika dulu, kita terbaca entri orang Tanah Jauhar di sini: SPAGHETTI BOLOGNESE GUNA SOS LEGGO'S. Kita pun teruja hendak membelinya dan terjumpalah di pasar raya. Kita beli dua botol, siap dengan dua bungkus spaghetti dan dua bungkus daging kisar. Kononnya hendak dimasak sewaktu hari raya tetapi terlupa! Bukan apa. Banyak menu lain yang hendak dimasak sehingga tak teringat hendak masak spaghetti bolognese guna sos LEGGO'S.

Sewaktu Fairuz balik LD minggu lepas, Amie masak Spaghetti Bolognese Versi Pedas untuk sarapan. Banyak jugalah hasilnya, dan boleh dimakan sehingga waktu tengah hari. Maklumlah hanya empat mulut saja, bukannya banyak mulut hendak menyuap... ahaks!

Spaaghentti Bolognese Versi Pedas

Bolognese With Tomato, Garlic & Herbs

SK kata dia gunakan chilli bolognese tapi apabila sudah dimasak tak ada rasa pedas langsung! Amie pula beli bolognese with tomato, garlic & herbs. Seperi biasa, kalau Amie masak kuah spaghetti, Amie akan ikut cara Kak Niah masak. Kak Niah ialah kakak sulung Amie. Kak Niah selalu kata, kalau hendak menikmati western food ikut selera kita, bolehlah tambah bahan tempatan yang biasa kita makan. Misalnya, tambahkan cili untuk rasa pedas dalam kuah spaghetti. Amie ikut sajalah sebab Kak Niah pun banyak pengalaman tinggal di luar negara. Lima tahun di Brazil, setahun di Paris dan empat tahun di New York. Satu lagi, Kak Niah kata kalau Amie makan salad hasil air tangan orang putih, memang masamnya masam yang betul-betul masam! Eh, macamana tu? Agaknya perahan jus lemonnya banyak kot!

Spaghetti Jenama Kimball


Amie masak gunakan bahan yang ada di dapur. Tercari-cari keju parmesan lebihan Abang Farid masak tempoh hari, tapi tak jumpa. Tak apalah, tak ada taburan keju tetap sedap juga rasa Spaghetti Bolognese Versi Pedas ini.

Resipi Spaghetti Bolognese Versi Pedas
Bahan-bahan:
  • 1 botol sos bolognese with tomato garlic & herbs jenama LEGGO'S
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 7 tangkai cili padi - cincang / hiris halus
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
  • 2 helai daun bay
  • 1/2 cawan minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun bay hingga terbit aroma.
  3. Kemudian masukkan cili kering dan cili padi.  Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
  4. Setelah terbit minyak, masukkan daging kisar. Gaul rata dan kemudian biarkan seketika sehingga masak.
  5. Masukkan lada hitam dan seterusnya masukkan sos bolognese LEGGO'S.
  6. Taburkan garam / gula / perasa pilihan.
  7. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

Memang sedaplah Spaghetti Bolognese LEGGO'S Masak Versi Pedas.

Jom makan sepinggan Spaghetti Bolognese Masak Versi Pedas dengan segelas Air Bunga Telang yang lazat!


7 ulasan:

  1. Saya orangnya yang tak makan Spaghetti.. Hihi

    BalasPadam
  2. Sesungguhnya pengaruh blogger itu benar..Kan Kak Amie. Hihi... Saya suka spaghetti bolognese versi pedas. Baru ngam dengan selera.

    BalasPadam
  3. X pernah guna brand leggo tu.. tp kalau brand adabi pun pedas jugak kak... plating akak memang x pernah x cantik lahh... respekk.. sempat je buat cantik²

    BalasPadam
  4. Menarik juga untuk dicuba versi pedas ni. Kaler merahnya pun timbul.

    BalasPadam
  5. sedapnya kak, nampak macam kt restoren... citara malaysia ada cili api

    BalasPadam
  6. Memula baca saya baca "Langos" ...pernag tengok Majalah 3 pasal kuih Langos..
    Rupanya sos pasta..
    Nampak sedap dan menarik

    BalasPadam
  7. Sama kak, bolognaise yg asli, saya tak suka. Tapi kalo dah diracik pedas sesuai selera orang asia tenggara macam kita, baru saya mau makan 😄👍

    BalasPadam