Pages

Rabu, 2 Ogos 2023

Honey Murcott Mandarin

Bismillahirrahmanirrahim.
Biasa makan limau mandarin kan?
Amie kongsikan salah satu di antara beberapa jenis limau mandarin iaitu Honey Murcott Mandarin.
Honey Murcott Mandarin berasal dari Amerika Syarikat. Bentuk limau ini agak gemuk serta berkulit nipis. Di dalamnya ada biji.  Limau ini agak berair. Menurut Pak Google, rasanya tidaklah begitu manis, dan kadang-kadang agak tawar. Kandungan asidnya pula agak rendah.

Namun begitu Honey Murcott Mandarin yang kami beli ini rasanya manis berjus sesuai dengan namanya 'honey. 

Sekali-sekala saja jumpa Honey Murcott Mandarin. Bukan selalu ada di LD seperti limau Sunkist dan yang sewaktu dengannya.

Honey Murcott Mandarin

Biasanya Honey Murcott Mandarin dijual secara timbangan. Di LD Coldstorage harganya RM18.90 sekilogram. Amie beli lima biji seberat 850 gram dengan harga Rm15.50

Honey Murcott Mandarin


12 ulasan:

  1. Kali pertama tahu akan buah limau ni.. Macam² limau ada.

    BalasPadam
  2. Nampak macam limau yg kecik² tu tapi Kak Amie kata buahnya gemuk. Kena letak kat tapak tangan baru boleh bayangkan saiz limau ni.

    BalasPadam
  3. Cantik warna buah Honey Murcott Mandarin. Saya fikir macam manis madu seperti namanya honey kan. Rupanya tak manis sangat. Okaylah macam tu kan. Cantik kak Amie gambar kan dia bersama props daun.

    BalasPadam
  4. Nampak macam manis bersari...rupanya tidak begitu manis yer..
    Tapi cantik sangat gambarnya

    BalasPadam
  5. Ingatkan manis, secantik rupanya :)

    BalasPadam
  6. dana ingat limau mandarin semua sama je, suka makan sebab selalunya manis dan mudah nak kupas

    BalasPadam
  7. Daripada ulasan Puan Amie limau ini macam tidak sedap sebab tidak manis.
    Apapun saya suka limau mandarin.

    BalasPadam
  8. boleh tahan juga ya harga dia...
    cantik warna limau dia..

    BalasPadam
  9. Banyak bijinya ye. Nampak menarik sangat warnanya. Nampak mcm manis berjus.

    BalasPadam
  10. Sumber vitamin C yang baik. Lama tak beli limau.

    BalasPadam
  11. Bila belah limau macam tu nampak berjus sgt limaunya. Suka limau yg tak masam sgt.

    BalasPadam
  12. wahhhh nampak mcm juicy nyaaa honey murcott mandarin ni :)

    BalasPadam