Pages

Khamis, 24 Ogos 2023

Resipi Daging Kisar Tumis dengan Zucchini

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi agak lama juga tertidur. Mimpinya pun entah apa-apa! Tiga hari bertugas di padang, sangat melelahkan! Esok terpaksa datang ke sekolah. Rasanya, ramai murid tidak hadir setelah bertungkus-lumus latihan untuk perbarisan, menyertai acara padang dan balapan dan berpanas serta penat tiga hari berturut-turut berjemur di padang!

Jom masuk dapur. Kita terjumpa dua biji zucchini hijau dan kuning dalam peti sejuk. Mulanya hendak masak sup, tetapi akhirnya jadi Daging Kisar Tumis dengan Zucchini. Zucchini warna kuning terlebih masak, jadi lembik dan terurai isinya. Sepatutnya masak zucchini hijau dahulu, dan setelah separuh masak barulah masukkan zucchini kuning.

Daging Kisar Tumis dengan Zucchini

Zucchini Hijau dan Kuning


Resipi Daging Kisar Tumis dengan Zucchini
Bahan-bahan:
  • sebiji zucchini hijau - hiris nipis bulat
  • sebiji zucchini kuning - hiris nipis bulat
  • 300 gram daging kisar
  • 2 cm halia muda - hiris halus
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
Bahan tambahan :
Cili merah dan cili hijau dipotong kasar.

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah tumbuk serta halia hingga terbit aroma.
  2. Masukkan daging kisar. 
  3. Setelah daging kisar berubah warna, taburkan lada putih, masukkan zucchini.
  4. Biarkan sehingga zucchini lembut dan jika suka tambahkan sedikit air.
  5. Masukkan sos tiram, garam / perasa pilihan.
  6. Gaul rata dan akhir sekali masukkan potongan cili merah dan cili hijau.
  7. Gaul sekali dua dan padamkan api dapur.


Selain Daging Kisar Tumis dengan Zucchini, Amie panggang sayap ayam dalam air fryer. Suka sangatlah Firdaus balik sekolah dapat meratah sayap ayam!

Petang tadi, Pak Herman Hollande dari Padang hantar mesej bergambar. Dalam kesibukan tugas, sempat juga kami mengatur langkah melayan kaki yang gatal untuk berjalan ke seberang. Jadinya, tinggal dahulu ya kawan-kawan tersayang. Kami hendak melebarkan sayap berterbang-terbangan buat seketika. Jumpa lagi. Assalamualaikum.

Trip Percutian Padang - Bukittinggi - Jambi - Palembang - Jakarta

18 ulasan:

  1. Bila tengok zucchini mesti teringat filem animasi Ratatouille 🤭

    Selamat bercuti Kak Amie.

    BalasPadam
  2. wah pi bercuti..selamat bercuti..have fun...

    BalasPadam
  3. Sedap ke kak Amie zucchini tu?? Macam best je resepi bersama daing kisar tu..

    BalasPadam
  4. cantik betul warna zuccini tu kak, selamat berjalan kak. Jaga diri di tempat orang

    BalasPadam
  5. Happy holiday Cikgu Amie... enjoyzz!

    BalasPadam
  6. Waaaah kak Ami hendak bercutiiii. Mampir jakarta pula. Tapi lagi polusi tinggi udara Jakarta skr ini kak. Jgn lupa pakai masker selalu. Terik sekali udaranya.

    Resep kali ini saya agak susah dengan bahan zucchini. Harus cari di supermarket besar dan menjual barang luar. Bukan sesuatu yg banyak ditemukan di pasar soalnya.

    BalasPadam
  7. Selamat berjalan kak! Jangan lupa bawa balik ole-ole.. hehe

    BalasPadam
  8. Amboiii.. lebar sayap Kak Amie ni.

    Masakan tu macam daging dalam mee tarik.

    BalasPadam
  9. Asiiik jalan-jalan lagi😀

    BalasPadam
  10. Eh eh..Kak Amie pergi bercuti dulu nampaknya.....bestnya jalan- jalan cuti sekolah ye...SA x pernah lagi makan zuccini ni..rasa macam timun ke..ke pernha makan bila dicampur dalam masakan western...SA pun confuse jap

    BalasPadam
  11. Tak pernah lagi makan zuchinni. Menarik juga olahan menu kak Amie ni. 2 in 1. Wahh Kak Amie pergi bercuti ke seberang. Selamat bercuti kak Amie. Take care dan selamat enjoy.

    BalasPadam
  12. Zucchini memang sedap. Woaahh happy holidays ya.

    BalasPadam
  13. Selamat bercuti... jangan lupa balik!

    BalasPadam
  14. Terima kasih tinggalkan kami makanan sedap2 :D
    Selamat berkelana Kak Amie & geng kaki jalan semua. Fi hifzillah 🤲

    BalasPadam
  15. sedapnya menu. saya baru first tau tgk zucchini kuning. selamat bercuti aimie

    BalasPadam
  16. Tengok Zuchinni ni teringat cerita Ratatuoille

    BalasPadam