Pages

Khamis, 24 Ogos 2023

Hirup Kuah Sup Sayur Campur Yang Segeeerrrrr!

Bismillahirrahmanirrahim.
Tidak pasti hari apa masak sup campur, tapi masih terasa 'seger' hirup kuahnya. Masaknya pun ringkas sahaja. Kalau hendak aroma lebih harum, bolehlah tumis dahulu bahan perencahnya. Amie tidak tumis, hanya masukkan sahaja dalam air mendidih. 

Apabila hirup kuah Sup Sayur Campur yang masih panas, memang terasa segerrr gitu. Terasa pedas-pedas manja lada putihnya, dan sesuai sangatlah untuk orang yang baru nak baik demam! Hidup kuah panas hingga berpeluh, gerenti sihatlah selepas itu.

Sup Campur

Sup Sayur Campur, Ikan Ayam Laut Goreng, Sambal Tumis Cili Padi Ikan Bilis dan Nasi Putih.

Ikan Ayam Laut Goreng

Sambal Cili Padi Ikan Bilis

Resipi Sup Sayur Campur
Bahan-bahan:

  • 1 cawan hirisan kubis cina
  • 1 cawan hirisan brokoli
  • 1/2 cawan hirisan lobak merah
  • 2 biji tomato - potong wedges
  • 10 biji bebola ikan
  • 10 ekor udang segar
  • 4 cawan air
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu kecil lada putih
Cara memasak:
  1. Jerang air di dalam periuk.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan lobak merah.
  3. Setelah air mendidih, masukkan brokoli dan kobis cina.
  4. Biarkan mendidih sekali lagi, dan seterusnya masukkan bebola ikan dan udang segar serta tomato.
  5. Taburkan garam / perasa pilihan.
  6. Setelah kuah mendidih lagi, bebola ikan mengembang dan udang berubah warna, padamkan api dapur.

12 ulasan:

  1. betul tu.. kalau demam, selesema, memang sedap hirup sup panas panas. Segerrr

    BalasPadam
  2. yang tak demam ni pun kalau dapat hirup segeeer mata..

    BalasPadam
  3. mmg sedap hirup sup panas2 bila bdn tak sihat..rasa segar gtu

    BalasPadam
  4. Menu yang super
    Penuh dengan vitamin dan gizi
    nikmat sekali

    BalasPadam
  5. Meriah isi supnya.
    Ni betul-betul sup sihat, tanpa tumis.

    BalasPadam
  6. betul sgt..bila badan tak sihat, memang layan sup..hirup pulak kuah dia panas-panas...

    BalasPadam
  7. Tiap kali ke blog kak Amie, saya selaku dapat ide untuk menu rumah berikutnya 😍❤️. Apalagi kalau resepnya tak susah, simple tapi enaaak 👍👍. Bahan pun mudah didapat. Thank you kak

    Saya nak bikin menu ini utk besok. Anak2pun sedang flu, jadi memang menu kuah seperti ini cocok sangat buat yg sakit.

    BalasPadam
  8. Selalu yaa tampilannya cakep banget..😍bahan"juga ga susah kak...bisa jadi pilihan buat saya nih yg suka kuah"

    BalasPadam
  9. Memang seger betul kak Amie hirup kuah sup sayur campur panas-panas. Pulak tu ada sambal dan ikan goreng. Bertambah selera makan.

    BalasPadam
  10. Kalau x sihat..hirup sup sayur tu pasti lega badan kan...cukup la satu lauk ni je untuk rasa lebih segar

    BalasPadam