Bismillahirrahmanirrahaim.
Hari ini kami beraktiviti di sekolah sehingga tengahari. Rasanya kawan-kawan yang lain rasa letih sebab petang Jumaat melatih murid-murid di tengah padang untuk persediaan sukan tahunan pada 10 hari lagi. Dalam perjalanan pulang, terbaca mesej dari kampung Encik Suami ada seorang saudara meninggal dunia pada pukul 10 pagi. Jadi kami terus ke kampung untuk berziarah sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Setelah sampai ke rumah, Encik Suami beritahu kakaknya jemput ke kampung untuk makan-makan di sebelah petang. Jadinya, tak sempatlah hendak masak di dapur sendiri.
Sampai di kampung, sudah tersedia bubur kacang hijau dengan durian, bubur pulut hitam, sagu koktail, bihun sup, teh masala dan sebagainya.
|
Bubur Kacang Hijau dengan Durian |
|
Kulit Ayam Goreng dengan Ubi Manis |
|
Ikan Tenggiri Jeruk Goreng |
|
Sayur bening Labu Manis dengan Kacang Panjang & Bayam |
|
Ayam Masak Lada Putih |
|
Kari Daging Lembu |
|
Roti Canai Homemade |
Pada petang Jumaat, minggu lalu kami dijemput untuk minum petang pula. Anak buah sediakan Coto Makassar! Hidangan lain yang disajikan termasuklah lemang segera, daging masak kuah kacang, dendeng dan rendang daging.
|
Lemang segera makan dengan rendang dan dendeng daging serta daging masak kuah kacang. |
|
Kita lebih tertarik untuk makan nasi dengan lauk ikan bawal goreng dan sayur bening labu manis dengan bayam. Maklumlah ketika itu baru baik demam, dan selera makan sudah datang! |
|
Ikan bawal goreng. |
|
Terima kasih Hasna, masak Coto Makassar yang sangat sedap! |
|
Kuih Kocong Daun Pandan
Sewaktu malam berinai Ummi Syazana, kita masih demam tetapi kita gagahakan juga untuk hadir ke kampung. Macam-macam makanan dihidangkan. Kita terbuka selera untuk makan bubur dan sip tulang rusa. Sayangnya sewaktu duduk di meja untuk menyuap makanan, kita rasa kerusi meja semuanya bergerak! Kita pun rasa tak selesa dan rasa tidak stabil sewaktu berdiri. Barangkali ketika itu kita baru sahaja makan ubat dari rumah dan perlu berehat! |
|
Bubur dan sup tulang rusa yang tidak sempat dijamah. |
|
Sup Tulang Rusa |
Akhirnya Fairuz terpaksa hantar kita pulang untuk berehat! Nampaknya sewaktu Ummi Syazana diijabkabulkan di hari kelmarinnya, malam berinai dan hari persandingannya pada keesokan hari, semuanya tidak dapat Amie hadiri. Sedih pula rasa sebab biras sudah berikan sepasang pakaian sedondon dan tiara untuk dipakai bersama ipar duai di majlis persandingan Ummi Syazana.
Seminggu kemudian, sekembalinya Ummi Syazana bersama suami dari berbulan madu, barulah dapat memeluk pengantin baharu!
Rezeki dapat jemputan makan. Sedap-sedap semuanya.
BalasPadamMeriahnya hidangan di kampung
BalasPadamwarghhhhh sedapnyaaaa roti canai dpt cicah kari daginggggggg
BalasPadamkalau selera belum berapa nak ada... memang makan lauk bening aje. kemam kemam telan
BalasPadamHarap Kak Amie dah sihat seperti biasa ye...memang musim sekarang ni kak amie..sebab tu SA menjaga kesihatan supaya tidak terjejas masa majlis nanti
BalasPadamKalau tengah pening memang boleh berpusing dunia kak.
BalasPadamSalam takziah.
BalasPadamBanyak betul menu-menunya. Memang terbuka selera nak makan.
Pening teruk tu kak Amie. Memang kena bawak berehat. Tak apalah, ada hikmahnya tu. Dapat juga bertemu pengantin walau lambat sikit.