Dari segi rasa pula sudah tentulah sedikit demi sedikit hilang beberapa jenis bahan rempeyek asli. Kalau dahulu, ketika mengunyah rempeyek akan tergigit ketumbar biji dan jintan manis yang pecah separuh. Walaupun tidak banyak kacang tanah, kacang dal atau kacang hijau tetapi makan bahagian rempeyek sahaja sudah cukup enak dan mengasyikkan!
Begitulah, perubahan waktu turut membawa bersama perubahan olahan kuih-muih tradisional. Dahulu pernah makan rempeyek beraroma kencur, dan ada juga rempeyek yang ditambah dengan hirisan daun limau purut.
Di kampung Encik Suami pun ada rempeyek juga, tetapi dalam sijil lahirnya bernama Kuih Nek Katik. Kalau Bonda kita masukkan kacang tanah bulat sebiji-sebiji, tapi MIL akan goreng dahulu kacang tanah dan kemudian tumbuk kasar. Sewaktu hendak menggoreng rempeyek, MIL akan masukkan kacang tanah goreng yang ditumbuk kasar tadi. Cara dan bahan MIL buat Kuih Nek Katik juga sama dengan Bonda kita buat rempeyek.
Baru-baru ini Amie terpandang bungkusan rempeyek di sebuah kedai makan. Rupanya Rempeyek Ikan Bilis @ Rempeyek Cocos dari kampung Encik Suami. Sebungkus mengandungi rempeyek seberat 200 gram dengan harga RM13.00.
Kuih Nek Katik @ Rempeyek Cocos |
Rempeyek Cocos RM13.00 |
Sebungkus Rempeyek Cocos @ Kuih Nek Katik ini tidaklah banyak mana. Amie seorang yang habiskan! Istimewanya bahan rempeyek ini diadun bersama ketumbar biji dan jintan manis! Aduhai.... sudahlah rangup, cukup rasa pula. Ditambah dengan gigitan rempah ketumbar biji dan jintan manis sewaktu mengunyahnya, terus membawa kenangan masa lalu yang sudah begitu lama ditinggalkan! Sesungguhnya makan Kuih Nek Katik @ Rempeyek Cocos mampu mengembalikan memori silam.
Olahan resipi mengikuti peredaran zaman dan pembuatnya. Unik namanya..Suka juga ada ketumbar dan jintan manis. Itu yang buat lagi sedap tu.
BalasPadamBarangkali cita rasa generasi muda hari ini sudah berubah. Itu sebabnya bahan olahan kuih tradisional pun banyak yang berubah.
PadamSaya suka rempeyek yg nipis, ada ikan bilis goreng, kacang tanah dan berempah jintan manis dan ketumbar tapi selalu dapat rempeyek yg tebal susah digigit dan kacang tanah pun tak sebanyak mana. Sudahnya saya jarang2 beli rempeyek takut kecewa.
BalasPadamBetul Carneyz.
PadamKalau jumpa yang berempah memang sedap sangat. Tapi jarang jumpa pula.
Rempeyek ada rempah saya suka, tapi payah jumpa
BalasPadamsedap kan yang berempah. Tidaklah rasa makan tepung kosong hihihiii.
Padamwahhhh 1st time dgr nama Nek Katik hehe
BalasPadamUnik kan?
PadamItulah nama yang diberi oleh orang Melayu Cocos.
Ye, sekarang rempeyek sepanjang tahun!
BalasPadamRempeyek tak sepanjang tahun itulah juga yang gurih.
Padampuas hati ni kak dpt makan sekeping pun dah rs kenyang😀
BalasPadamSy teringat pembantu mak mertua, gunting kacang tanah kecik² utk dibuat rempeyek. Sy panggil tempeyek, hehehe.
BalasPadam