Bismillahirrahmanirrahim.
Rancangan kami setelah hantar Bonda pulang ke rumah, kami akan solat jamak taqdim sebelum meneruskan perjalanan ke Sepang. Abang Farid sudah tempahkan homestay yang tidak jauh dari KLIA. Jadualnya, keesokan harinya kami akan terbang ke Tawau. Tiba-tiba Wak Aton hantar mesej, ajak kami makan cendol di Bukit Kuching pada pukul dua petang.
Hai, 'meriah' sungguh kampung kami sekarang ini! Sebut pasal kampung kami yang jiran berjiran keturunan Jawa dan Banjar hidup penuh harmoni, ada empat buah:
- Kampung Bukit Kuching
- Kampung Bukit Cherakah
- Kampung Bukit Hijau
- Kampung Parit Mahang
Apa yang dimaksudkan dengan 'meriah' sudah tentunya terdapat banyak gerai atau warung makan di setiap kampung. Di waktu malam, penuh dengan lampu warna-warni menarik perhatian pelanggan yang datang. Sebelah paginya, warung-warung sudah bersedia menyambut pelanggan dengan pelbagai menu sarapan pagi yang sedap-sedap belaka. Pendek kata, kalau tidak ada masa untuk memasak, kunjungi sahajalah mana-mana warung yang ada. Harganya pula memang harga mampu bayar. Seronoknya!
Sewaktu kami tiba, bahagian dalam warung sudah dipenuhi pelanggan yang datang dari pelbagai tempat. Kami duduk di meja bahagian luar, dan agak panas oleh sinaran matahari tetapi syukurlah dapat juga tempat duduk. Tidak lama kemudian tali terpaksa direntang di pintu masuk dan pelanggan yang datang terpaksa menunggu giliran di luar!
Pelbagai jenis cendol dan minuman sejuk. |
Minuman / cendol yang dipesan:
- Cendol Biasa
- Cendol Ais Krim
- Cendol Mangga
- Cendol Special - Durian D24, Mangga & Naga
- Milo Kepal Ais Krim
- Laici Kang
Abang Farid : Milo Ais Kepal Ais Krim |
Cendol Special Durian D24, Mangga & Naga Makanan pun banyak pilihan. Semuanya macam sedap belaka! |
Mi Kari, Laksa & Rojak Ayam |
Bonda : Mi Kari |
Amie : Laksa |
Encik Suami & Fuad : Rojak Ayam |
Firdaus hanya minum teh ais sahaja, dan Fuad pula memilih laici kang.
Firdaus minta Abang Farid suap roti john kerana makanan yang dipesan belum sampai.
Kentang Goreng |
Tidak lama kemudian sampailah makanan yang ditunggu Firdaus. Tak lain tak bukan, kentang goreng!
Bismillah. |
Terima kasih daun keladi Wak Aton kerana belanja kami menyendol di Warung Estet Cendol Sawit Bukit Kuching. Moga tambah rezeki Wak Aton sekeluarga.
Jemputlah singgah menyendol di Cendol Sawit Warung Estet Bukit Kuching yang terletak di:
Jalan Mawar,
Kampung Bukit Kuching Hilir,
Jeram,
Selangor.
Jalan Mawar,
Kampung Bukit Kuching Hilir,
Jeram,
Selangor.
Macam-macam jenis cendol ada.
BalasPadamHehe. Ini kena kongsi untuk rasa menu yang berbeza.
Tak sangka di kampung sendiri ada cendol sedap begini!
PadamMaigaddd , terliurnyaaa tengok cendollll .
BalasPadamSedap cendolnya!
PadamSantan kelapa.
fuh! bestnya! semua nampak sedap
BalasPadamMemang sedap!
PadamLain kali kalau balik kampung mesti nak singgah sini lagi.
Banyak juga jenis cendolnya kak ..apalagi di minum di kala cuaca lagi cerah..emmm sedapnya..
BalasPadamBetul tu.
PadamCuaca panas, dapat minuman sejuk yang lazat!
Belum sampai² lagi ke sini, padahal dah lama simpan dlm bucket list :)
BalasPadamMari PH, datang ke mukim Jeram di kampung kami.
PadamSedap2 rupa cendol dan makanan kat sini. Kenapa saya baru tau ada tempat ni. Kalau ada rezeki nak singgah cuba makanan dan cendol di sini.
BalasPadamBoleh datang sini Carneyz, ikut jalan Puncak Alam.
PadamSelamat menyondol
BalasPadamEhh maaf salah eja
Selamat menyendol
uishhhh... boleh try ni!
BalasPadamSelain cendol, makanan lain pun tak mengecewakan tu. Kenapa Daus minum teh o ais jer, Daus tak suka cendol?
BalasPadammata saya nampak mi kari je kak...waduhhhh tengah hari ni nak cari mi kari jugalah haahah
BalasPadamMacam-macam jenis cendol ada. Menu lain tu menu favourite. Kalau saya tak tahu nak makan mana satu. Semua macam nak..hihi..Baiklah kot terlalu kat sini boleh menyinggah. Kentang goreng dan Firdaus berpisah tiada.
BalasPadamSedap betul la semua hidangan tu..cendol tu pun nampak sedap betul
BalasPadam