Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen.
Kali ini Amie hendak kongsikan menu Nasi Lemak Bunga Telang. Seperti biasa kalau sudah masak nasi lemak di pagi hari, bukan sahaja menjadi sarapan tetapi merangkap makan tengahari dan petang! Alang-alang masak biarlah boleh dijamah sepanjang hari dan tak perlu bersilat di dapur lagi.
Nasi Lemak Bunga Telang |
Nasi Lemak Bunga Telang & The Gang |
Air Bunga Telang |
Bunga Telang |
Untuk menghasilkan nasi lemak yang cantik dan tahan lama (lambat basi) sudah tentu dimasak cara kukus. Tapi kali ini Amie masak gunakan rice cooker sahaja. Berasnya pula beras biasa. Sukatan airnya mengikut sukatan beras. Untuk nasi lemak, Amie gunakan tiga cawan beras, satu cawan santan pekat dan 2 cawan air rebusan bunga telang.
Resipi Nasi Lemak Bunga Telang
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 3 cawan beras biasa - basuh - toskan
- 1 cawan santan pekat
- 2 cawan air rebusan bunga telang
- 2 helai daun pandan - siat dan simpul
- 2 cm halia - diketuk
- 1 sudu kecil garam
Cara memasak:
- Masukkan beras ke dalam rice cooker.
- Tuangkan air rebusan bunga telang dan santan.
- Masukkan daun pandan, halia dan garam.
- Kacau beberapa kali dan tutup periuk.
- Tekan butang on.
- Biarkan hingga nasi lemak masak.
Cara membuat air rebusan bunga telang:
Ambil 15 kuntum bunga telang dan 2 cawan air. Rebus hingga mendidih. Padamkan api dapur. Tapis air bunga telang sebelum digunakan untuk masak nasi lemak.
Hari ini Hari Bunga Telang Sepanjang Hari!
Cantik food presentation Kak Amie ni. Memang kreatif!
BalasPadamTerima kasih Carneyz. Ada masa cuti, main masak-masak di dapur.
PadamTentu sedap dan menyelerakan
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamJemput Wak.
cantik n sedap nasi lemak bunga telang n laukpauknya
BalasPadamTerima kasih Kak PI ❤️
PadamCantik kejadian nasi tu, meriah lauk pauk.
BalasPadamPokok bunga telang kami mati dah... mungkin tak tahan kena panas.
Pertama kali masak nasi bunga telang. Alhamdulillah menjadi.
PadamTanam lagi pokok telang tu Faizah.
Sedapnya nasi lemak bunga Telang kelainan ni
BalasPadamMemang sedap Cik Ash. Jemput ye.
PadamAir bunga telang homemade memang sedap. Boleh bubuh bahan dan sukatan ikut citarasa
BalasPadamSeksinya nasi lemak dengan hiasan bunga telang yang ungu segar dengan daun menghijau. Sy mampu pandang sajalah, sebab suami sy cuma makan nasi lemak yg tak berwarna. Aiseh, dah 10 kali kita telan ailio ni, Kak Amie.
BalasPadamCantiknya nasi lemak kak...ungu ceria..saya baru pertama kali makan nasi lemak saat ke Singapore yg lalu..ternyata sedap dan gurih ya kak
BalasPadamthanks for the recipe, kak Amie. saya ingin belajar membuatnya
BalasPadambanyaknyaaa bunga telang kak amie... subur je nampak...
BalasPadamdah nampak macam nasi kerabu kak. bkn nasi lemak hehehe
Terima kasih untuk resipi dan tipsnya kak Amie. Menarik sungguh nasi lemak bunga telang ni. Mesti orang ingat nasi kerabu. Meriah bunga telang kebun Kak Amie. Pokok bunga telang saya terkubur sudah.
BalasPadamCantik betul kejadiannya...syg plak nak makan tu ha
BalasPadam