Bismillahirrahmanirrahim.
Jom jalan-jalan cari makan di Makkah Arab Food Lahad Datu. Restoran ini terletak di Bandar Seri Perdana, Lorong 3 dan baru dibuka pada hari Sabtu lepas. Kami datang kelmarin, hari Isnin iaitu hari ketiga selepas dibuka.
Sewaktu kami sedang makan, Encik Suami disapa oleh salah seorang pelanggan yang baru sampai. Beliau ialah kawan Encik Suami. Katanya kelmarin dia datang ke sini tetapi makanan sudah habis. Jadi, hari ini diulang semula datang untuk menjamu selera.
Sewaktu kami hendak pulang, Encik Suami sempat berbual dengan empunya restoran. Katanya, restoran tutup pukul 10 malam tetapi kelmarin terpaksa tutup pukul enam petang kerana makanan sudah habis. Hari Sabtu dan Ahad, mereka akan masak nasi arab dua kali dan makanan yang dimasak tidak disimpan lama kerana mereka mementingkan kesegarannya.
Hidangan Makan Tengah Hari: Mix Grill Large with Rice Arabic Tea Cocktail |
Gambar-gambar ini diambil pada pukul tiga petang selepas kami menjamu selera. Sebelum ini tempat duduk dipenuhi pelanggan, jadi kalau ambil gambar banyaklah aksesori yang akan tersangkut!
Para pekerja dan tuan punya restoran sangat peramah.
Para pelanggan boleh memilih tempat duduk samada di bahagian luar, duduk di kerusi atau di dalam bilik bertabir, duduk bersila.
Setiap bilik makan dihiasi dengan lukisan mural dengan cerita yang tersendiri.
Encik Suami ajak makan di dalam bilik.
Banyak menu yang ditawarkan di dalam katalog Makkah Arab Food.
Kami memesan teh Arab. |
Untuk memesan makanan, kami memastikan terlebih dahulu saiz makanan yang akan dihidangkan. Misalnya kami memesan Mix Grill Large with Rice. Menurut pelayan di situ, nasinya untuk saiz seorang tetapi kebabnya boleh dimakan dua orang. Boleh beli satu sahaja, dan akan ditambah sepinggan nasi lagi.
Lain kali boleh datang ke sini lagi untuk mencuba masakan yang lain pula.
Model Makkah Arab Food Lahad Datu |
Cocktail |
Eloklah makan buah dahulu sebelum makan berat.
Lukisan mural yang mengasyikkan! |
Sementara menunggu hidangan disajikan, ambil gambar cocktail berlatarbelakangkan lukisan mural. |
Arabic Tea |
Arabic Tea didatangkan dalam teko dengan dua biji gelas. Kami minta tambahan air panas kosong kerana rasa teh Arab sangatlah manis. Setelah ditambah air panas, terasalah keenakan teh Arab yang manis-manis manja dengan aroma pudina yang menyegarkan
Mix Grill Large with Rice |
Mix Grill Large with Rice : RM53.00 |
Tambahan sepinggan nasi. |
Kalau makan seorang memang tak boleh habis!
Ada kebab daging dan kebab ayam.
Encik Suami kata, aroma nasi arab di sini sama dengan aroma nasi arab di Makkah dan Madinah. Sudah namanya nasi arab, sudah tentulah bau nasi arab. Tak kan laah bau nasi ambeng pulak! |
Seteko teh arab panas yang sudah ditambah air panas kosong, rasanya manis-manis manja diselangi haruman pudina! Habis oleh kami berdua. |
Encik Suami kata, harga makanan dan minuman serta cocktail RM76.00. |
Sekian.
Cerita makan di Makkah Arab Food Lahad Datu.
Banyak jugak restoran yang menarik di Lahad Datu kan Kak Amie. Tak susah cari makanan sedap kat sana.
BalasPadamNi mesti rindu makanan di Mekah, kan. Murah jugak banyak macam tu baru RM76.. tiber pulak sy lapar nasi arab ni 😆😆😆
BalasPadamcantik deko kedai dia..kerusi dan meja membawa pelanggan ke negara timur tengah..kebab dia sedap nampak.
BalasPadamRestoren baru 3 hari dibuka pasti ramai yang datang mencuba.
BalasPadamDeko pun cantik.
Meriah koktelnya.
ini lebih daripada restoran arab ni kak! tercabar org arab kalau tgk. makanan punnnn... menggoda selera!
BalasPadamDekorasi kedai mengikut tema betul. Penuh buah-buahan cocktailnya. Puas hati menikmati. Hihi..kalau masuk kedai makan arab bau nasi ambeng lain pula jadinya nanti.
BalasPadamNampaknya kena ke lahad datu la nanti untuk explore...sehari dua x cukup ni..kena seminggu kat sana..hahahahaha
BalasPadamcantik alas meja & kerusi...wahh, bagus sambutan, sampai habis makanan...Alhamdulillah..
BalasPadam