Pages

Selasa, 4 Julai 2023

Jom Kirim Kopi di Lahad Datu!

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari Sabtu malam Ahad, selepas solat isya' kami tiga beranak bersiap-siap untuk ke KIRIM KOPI & CO yang terletak di Kampung Tabanak, Lahad Datu. KIRIM KOPI & CO adalah private mini cafe rumahan berkonsep santai.

KIRIM KOPI & CO dibuka setiap hari pada jam 4.30 petang hingga jam 5.30 petang (under booking) dan ditutup waktu manghrib hingga isya'. Kemudian dibuka semula pada pukul 8:30 hingga 10:30 malam (under booking). Tempahan dibuat secara dalam talian: KIRIM KOPI & CO.

Malam minggu di KIRIM KOPI.


Pintu masuk ke KIRIM KOPI & CO dihias cantik dengan tanaman bunga-bungaan dan dipenuhi cahaya lampu warna-warni.

Selamat Datang ke KIRIM KOPI & CO.


Suasana yang sungguh santai di bawah simbahan cahaya di waktu malam.




Kami telah membuat tempahan dalam talian untuk:
  • Whole Roasted Chicken
  • Butter Corn Rice & Salad
  • Mango Magic
  • Lemon & Ginger (Cold)
  • Chocolate Nutella Ice
  • Avocado Chocolate Cake
Anak Bapak!

Whole Roasted Chicken : RM89.90


Butter Corn Rice & Salad : RM10.90 X 3 = RM32.70

Lemon & Ginger (Cold) : RM10.90.

Mango Magic : RM10.90

Chocolate Nutella Ice : RM10.90

Firdaus tidak sabar hendak menjamah hidangan!


Baca doa dulu.

Bismillah.

Avocado Chocolate Cake : RM15.90

Avocado Cake ini sangat sedap. Habis kami makan bertiga!


Selepas makan kek haruslah bilas mulut dengan beberapa gelas kecil air kosong.

Terima kasih KIRIM KOPI & CO ambilkan gambar dan kirim pada kami.

Seronok sungguh Firdaus sepanjang berada di sini.

Ada masa nanti kita datang lagi ye sayang.


Sumber : KIRIM KOPI & CO


15 ulasan:

  1. Cantik tempatnya Kak Amie. Persembahan hidangan juga mengagumkan, rasa nak tenung lama2. Tapi, kalau walk-in, tak boleh ya?

    BalasPadam
  2. Perfect! Tempat cantik, food pun nampak sedap & presentable semuanya... Terbaik 👍

    BalasPadam
  3. Exclusivenya tempat ni. Hanya dibuka jika ada tempahan.
    Terfikir juga kalau tiada tempahan, tak buka, macamana mereka jana pendapatan.

    BalasPadam
  4. Unik nama cafenya... walaupun di rumah saja tp eksklusive sgt

    BalasPadam
  5. Tempatnya cantik, makanan pun nampak sedap.. Kek tu mengancam sungguh..

    BalasPadam
  6. bestnya aami , makan di private cafe tak ramai kan, ambience pun tenang je menu semua nampak menyelerakan, alhamdulillah..

    BalasPadam
  7. cantik cafe hipster ni...makanan pun sedap..

    BalasPadam
  8. cantiknya tempat ngopi2 tu kak... hiasannya tu buat kita gembira tengok. Sedapnya menu tu kak oi

    BalasPadam
  9. Tengok budak yang menungkat dagu tu rasa nak cubit je!

    BalasPadam
  10. terus teringin nak pegi sini..wuaaa jauh

    BalasPadam
  11. Firdaus betah ye? memang cantik betul decor nya kak Amie, saya pun berminat

    BalasPadam
  12. Selamat menjamu selera
    Nampak meriah hidangannya

    BalasPadam
  13. uiiiiii kalau dekat ni kak, hari-hari saya lepak kat sini... org kata healing gituuuuu
    mmg puas tu kak setalam makan bertiga...

    BalasPadam
  14. Menarik cafenya tapi sekejap je waktu operasi dia. Best betul kalau makan-makan di cafe yang cantik macam ni. Ceria Firdaus jadi model harini.

    BalasPadam
  15. Cafe nyer menarik tapi konsepnya tu mcm kureng..kena buat tempahan and x leh walk in ye kak...

    BalasPadam