Pages

Rabu, 5 Julai 2023

Kari Ikan Tenggiri (Tanpa Santan) dengan Mangga Muda

Bismillahirrahmanirrahim.
Gambar masakan Kari Ikan Tenggiri (Tanpa Santan) dengan Mangga Muda ini sudah lama tersimpan dalam galeri. Kesian dia, lama menunggu untuk dijadikan entri. Jadi petang ini beraksilah dia di dapur maya ini.

Kami beli dua keping ikan tenggiri bahagian isi. Mungkin Saiznya agak besar, dan potongannya juga tebal. Dua keping ikan tenggiri ini seberat 850 gram. Hendak dimasak sekeping, alang-alang pula sediakan bahan masakannya. Jadi masaklah kedua-dua keping sekali. Ketika sedang masak, Encik Suami dapat panggilan telefon dari kakaknya. Petang tadi kita ke kampung. Ada orang sediakan kuih raja musa, kata Encik Suami. 

Oleh kerana kuih raja musa biasanya dimakan bersama sambal tumis sardin atau sambal telur pecah, jadi apa kurangnya kalau cicah dengan kuah kari!  Jadinya, kami makan sekeping ikan tenggiri dan sekeping lagi dibawa ke kampung : SANTAI PETANG MINGGU DI KAMPUNG.

Masakan Kari Ikan Tenggiri ini:
  • tanpa santan
  • tambah mangga muda

Kari Ikan Tenggiri (Tanpa Santan) dengan Mangga Muda

Mangga Muda


Resipi Kari Ikan Tenggiri (Tanpa Santan) dengan Mangga Muda
Bahan-bahan:
  • 2 keping ikan tenggiri seberat 850 gram - cuci bersih - toskan
  • 2 biji mangga muda - belah 2
  • 1 pelepah daun kari - lurutkan
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 6 sudu besar serbuk kari ikan 888
  • 1 tangkai cili hijau - potong 2
  • 1 tangkai cili merah - potong 2
  • 4 cawan air
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 3/4 cawan minyak
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
Bahan hiris halus:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 cm halia
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan hiris halus, serai, halba campur, daun kari dan biji sawi.
  3. Setelah bahan tumis layu dan terbit aroma, masukkan serbuk kari. Perlahankan api dapur.
  4. Untuk menghalang tumisan terlalu kering, masukkan satu cawan air. Masak sehingga terbit minyak.
  5. Masukkan 3 cawan air lagi dan biarkan kuah mendidih dan terbit minyak sekali lagi.
  6. Seterusnya masukkan mangga muda dan ikan tenggiri. 
  7. Biarkan seketika sehingga ikan tenggiri masak, dan mangga muda keluarkan rasa masamnya.
  8. Masukkan cili merah dan cili hijau.
  9. Perasakan dengan gula / garam / perasa pilihan.
  10. Jika kurang rasa masam mangga muda, bolehlah tuangkan jus limau nipis untuk sempurnakan rasanya.
  11. Kacau sekali dua dan kemudian padamkan api dapur.


Setelah kari ikan tenggiri masak, Amie masukkan terung yang sudah digoreng. Saja jew masuk sekali harung tak payah masak sayur!

Bawa bekal ke kampung untuk makan dengan kuih raja musa.


8 ulasan:

  1. masyaAllah terliur saya . Dah lama tak buat kari ikan .

    BalasPadam
  2. Aduh, tempting betul tengok lauk kak Amie. Rasa nak tumpang makan semeja. Sekali imbas nampak macam asam pedas. Sesekali masak kari tanpa santan kan.

    BalasPadam
  3. Walau 2 keping ikan tapi bila ditambah accessories bertambah meriah.

    BalasPadam
  4. Besar betul kepingan ikan tenggiri tu, Kak Amie. Ikan tenggiri memang paling sesuai masak kari, dapat pulak yg pekat macam ni, tentu melekat kuahnya pada kuih Raja Musa.

    BalasPadam
  5. kawan saya vegetarian selalu juga nampak dia bawa bekal kari mangga muda tapi tanpa ikan..nampak sedap juga tapi tak tergamak nak rasa walaupun dia selalu pelawa makan hehe

    BalasPadam
  6. aduhh terliur ha, mujur dlm peti ade tenggiri jugak..aha! nak cuba la

    BalasPadam
  7. Wuih..ngiler juga ikan tenggiri asam mangga..rasa asam dan sedikit pedas itu menggugah selera

    BalasPadam
  8. SA x pernah lagi masak kari campur mangga muda..sedap ye kak...boleh cuba nanti ni

    BalasPadam