Pages

Jumaat, 21 Julai 2023

Cencaru Makan Petang

Bismillahirrahmanirrahim.
Peribahasa cencaru makan petang bermaksud mendapat kejayaan pada saat-saat akhir. Amie jadikan tajuk entri berkaitan dengan lauk makan tengah hari merangkap makan malam. Oleh kerana makan tengah hari lauk ikan cencaru yang terlewat dan sudah menjelang petang jadinya tulislah tajuk Cencaru Makan Petang.

Amie panggang ikan cencaru atau disebut dengan nama ikan kubal-kubal oelh keluarga Encik Suami. Pencecahnya sambal kicap bubuh hirisan bawang merah besar dan daun ketumbar jawa serta perahan limau kasturi. 

Suka betul Firdaus makan ikan cencaru panggang cecah sambal kicap. Selera makannya sudah macam orang tua-tua macam kami! Tak kisah ada aroma daun ketumbar jawa dalam sambal kicap, dia tetap menambah bersudu-sudu masuk dalam pinggan.

Ikan Cencari Panggang & Sambal Kicap

Hidangan Makan Tengah Hari / Petang

Ikan cencaru panggang seekor, tak habis makan kami bertiga beranak.

Sayur-sayuran Goreng Salut Tepung & Telur Masin


Amie temankan ikan cencaru panggang dengan sayur-sayuran goreng salut tepung BESTARI:
  • Kacang Bendi
  • Kacang Panjang
  • Terung
  • Tempe
  • Kobis Bunga

Sup Tulang Tumis Darat

Encik Suami hendak makan nasi dengan Sup Tulang Tumis Darat. Jadi, sup tulang baki makan sarapan dengan roti, Amie renih semula dengan tambahkan kentang dan lobak merah. Memang sedaplah makan dengan nasi. Resipi Sup Tulang Tumis Darat ada di sini: SARAPAN ROTI CECAH SUP TULANG.


Semua cerita di atas ini sudah berlalu pergi.
Kisahnya terjadi pada hari Rabu, awal Muharam 1445.

12 ulasan:

  1. Wah, Daus pun dah makan lauk kering² skrg ya, senanglah mommy tak perlu masak lauk lain utk Daus. Baru tahu ada peribahasa, Cencaru Makan Petang, Kak Amie.

    BalasPadam
  2. mengancam selalu menu amie licin nasi sepiuk ni

    BalasPadam
  3. Aalamak...teringin nak bakar ikan cencaru tapi takde yang besar..ada paling kecik cinonet je...

    BalasPadam
  4. sup hangat diseruput bersamaan kuahnya..mbul penasaran itu kayak okra dikasih tepung bumbu ya kak...kelihatan crunchy...tapi kacang bendi belum begitu familier di telinga mbul

    BalasPadam
  5. Hihihi..Ni cencaru makan petang betul ni..meriah makanan..
    Tengok cencaru teringat cencaru goreng kunyit bawang putih Suria Amanda

    BalasPadam
  6. Meriah menu dan warnanya...buat anak kecil yg gak suka makan sayur, sayur goreng tepung ni memang bisa jadi pilihan ya

    BalasPadam
  7. rajinnya membakar... ikan cencaru sama ada bakar atau kukus memang menyelerakan! tambah pula ada pencicah...fuhhh tak sedar kita ratan je ikan nasi tak habis2 hehehe

    BalasPadam
  8. Firdaus ikut selera mommy dan babah sudah. Ikan panggang tu cicah kicap dengan hirisan cili dan bawang pun sedap. Terasa pedasnya bila dipicit cili api tu. Menarik juga kan sayuran goreng salut tepung. Tambah pula sup panas-panas. Berselera makan!

    BalasPadam
  9. Kalo si kampung saya Sibolga, lauk ikan itu disebut sombom kak Amie. Ikan yg baru ditangkap nelayan, masih fresh, biasanya dimasak sombom, Krn rasa dagingnya masih manis , walo tanpa bumbu. Saus sambalnya, saus kecap kayak d atas juga. Apalagi setelah dikucuri jeruk nipis, segaaaar 😄. Jadi rindu kampung saya..

    BalasPadam