Pages

Isnin, 19 Jun 2023

Sarapan di Rainforest Restaurant Heritage Hotel

Bismillahirrahmanirrahim. 
Harga penginapan kami di Heritage Hotel tidak termasuk sarapan.
Semasa daftar masuk, kami dimaklumkan di kaunter bayaran sebanyak RM30.00 dikenakan jika ingin sarapan di Rainforest Restaurant keesokan pagi.

Di pintu masuk Rainforest Restaurant, kami hanya dikehendaki membayar sebanyak RM28.00 seorang dewasa, dan kanak-kanak percuma sahaja. Ini bermakna kami hanya bayar RM56.00 untuk sarapan.

Ketika kami masuk ke ruangan makan, jam menunjukkan angka lapan pagi. Kerusi meja sudah dipenuhi pelanggan. Ramai sungguh tetamu Heritage Hotel pada hari tersebut. Kami duduk di sebuah meja di tepi pintu. Itu sahajalah meja kosong yang ada ketika itu. 


Selamat pagi Firdaus!

Nyaman sungguh duduk di penjuru, di balik pintu dan sinaran matahari pagi menerjah hangat mencecah meja kami! Pelanggan masuk, dan pelanggan pergi. Barangkali mereka ada urusan yang sudah diatur, lalu selepas mengalas perut mereka cepat-cepat meninggalkan meja makan.

Suhu sejuk tetapi sedikit hangat dengan cahaya matahari pagi!
Rasa ingin berlama-lama di sini.


Firdaus tidak sabar menikmati sarapan pilihannya.

Terlupa untuk baca doa!

Kita ambil jus mangga dan oren.

Alas perut dengan sayuran warna-warni.

Dan kemudian tambah semangkuk kecil bubur nasi.


Suasana di sebelah belakang ruang makan iaitu tempat bubur nasi, mi dan bihun serta kuetiaw sup serta tempat goreng telur.

Firdaus minta coco crunch.


Secawan kopi hitam, minuman kegemaran Encik Suami.


Nampaknya sudah tiga lapis pinggan letak di tepi. Macam-macam makanan terhidang termasuk mi goreng, nasi goreng, nasi lemak, lauk-pauk, roti, buah-buahan,salad, dessert dan sebagainya.

Omelette ini sangat sedap dimakan begitu saja!
Encik Suami makan satu, kita makan satu.

Kemudian kita makan roti canai dengan kuah dhal @ kacang dhal.


Mengenangkan omellete yang sedap, kita minta Encik Suami ambil lagi. Dapat dua keping omelette yang masih panas, gebu dan terasa aroma mentega yang menggoda! Sekali lagi, Encik Suami makan sekeping, kita makan sekeping!



Selepas mengalas perut seadanya, kami segera meninggalkan restoran dan bergegas menuju ke kaunter untuk daftar keluar.

Jumpa lagi!

8 ulasan:

  1. Wah, Daus makan percuma. Kebanyakan hotelkan kenakan 50% kurang harga dewasa utk kanak2 mcm Firdaus.

    BalasPadam
  2. Bersarapan ringan tapi berkhasiat n sedap

    BalasPadam
  3. Memang sedap sungguh omellete tu ya, sampai berkeping-keping kak Amie makan 😀

    BalasPadam
  4. Sedap. Saya pun suka makan omelette. :)

    BalasPadam
  5. Omelette nampak gebu, suka bila pesan omelette dapat yg gebu macam ni.

    BalasPadam
  6. sedap liat telur omelet padat gitu kak amie...mbul choose juice mangga ^^

    BalasPadam
  7. SA pun terliur tengok omelet tu ha...nak buat sendiri confirm x jadi..haha

    BalasPadam
  8. sedapnyaaa omelette mcm tu. trs tetingat hotel kt brunei😁

    BalasPadam