Pages

Sabtu, 13 Mei 2023

Telur Ikan Masak Kari dengan Mangga Muda

Bismillahirrahmanirrahim.
Suhu di LD sekarang 35'C. Berapa suhu di tempat takan-rakan? Dari pagi ulang-alik masuk ke tempat sejuk saja, mencari hawa dingin.  Keluar dari dapur serupa orang balik cangkul parit! Basah lencun dengan peluh.

Tengah hari tadi bersauna di dapur dan akhirnya terhidanglah Telur Ikan Masak Kari dengan Mangga Muda. Kita gunakan telur ikan putih, ditambah dengan mangga muda. Seperti biasa,  kita sentuh dengan cara MIL masak kari iaitu dengan memerahkan jus limau nipis di akhir masakan sebelum memadamkan api dapur. Oleh kerana tidak ada limau nipis, kita gantikan dengan limau kapas sahaja.

Telur Ikan Masak Kari dengan Mangga Muda

Tak sabar hendak menikmati Telur Ikan Masak Kari dengan Mangga Muda.

Setelah api dapur dipadamkan, nampaklah kuah kari yang bergenang berlenang-lenang terbit minyak di permukaan!


Limau kapas pengganti limau nipis.

Telur Ikan Masak Kari dengan Mangga Muda

Akhirnya siaplah Telur Ikan Masak Kari dengan Mangga Muda. Kuah karinampak agak cair sedikit. Kali ini tak mahu kuah pekat.

Resipi Telur Ikan Masak Kari dengan Mangga Muda
Bahan-bahan:
  • 500 gram telur ikan putih - cuci dengan limau nipis - toskan
  • 2 biji mangga muda - belah 2
  • 1 pelepah daun kari - lurutkan
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 4 sudu besar serbuk kari ikan 888
  • 1 tangkai cili hijau - belah 2
  • 1 tangkai cili merah - belah 2
  • 1 cawan air
  • 3 cawan santan cair
  • 1/2 cawan santan pekat
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
Bahan hiris halus:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 cm halia
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan hiris halus, serai, halba campur, daun kari dan biji sawi.
  3. Setelah bahan tumis layu dan terbit aroma, masukkan serbuk kari. Perlahankan api dapur.
  4. Untuk menghalang tumisan terlalu kering, masukkan satu cawan air. Masak sehingga terbit minyak.
  5. Kemudian tuangkan santan cair. Biarkan mendidih, dan seterusnya masukkan telur ikan.
  6. Setelah telur ikan masak, tuangkan pula santan pekat diikuti dengan mangga muda dan hirisan cili hijau dan merah.
  7. Perasakan dengan gula / garam / perasa pilihan.
  8. Biarkan masak seketika sehingga mangga muda kelihatan layu.
  9. Tuangkan jus limau nipis. 
  10. Kacau sekali dua dan kemudian padamkan api dapur.

Apabila nasi baru tanak bertemu Telur Ikan Masak Kari dengan Mangga Muda dalam pinggan, tak sabar-sabar hendak singsing lengan baju untuk makan! Bismillah. Pada mulanya kita sangka Firdaus tak mahu makan telur ikan. Rupanya budak kecil ini sampai empat kali tambah nasi! Bersudu-sudu kuah kari curah atas nasi dan dua ketul telur ikan dia makan.

Sesekali makan nasi dengan kuah kari yang agak cair memang sedap!



15 ulasan:

  1. Uish unik ni.. boleh cuba nanti

    BalasPadam
  2. Masyaa Allah..
    telan ayaq lioq kita yang menatap ni..
    Terasa kemasaman mangga tu dalam mulut dan telusan telur ikan yang berlemak tu..sedapnya

    BalasPadam
  3. Waalaikumusalam, sedapnya kari telur ikan bermangga muda direnih hingga lembut, perah jus limau lagi, mengiurkan..

    BalasPadam
  4. Nasib baik tak nampak air liur meleleh kat tepi mulut ni tengok menu telur ikan Kak Amie ni!

    BalasPadam
  5. Salam lebaran Amie. dah lama tak singgah. sedap sgt telur ikan. suka. thanks for the tip. boleh cuba nnt.

    BalasPadam
  6. banyak juga tu kak telur ikan tu..👍👍

    BalasPadam
  7. Belum pernah cuba perah limau pada kari tapi kalau mee kari selalu nampak org perah limau dulu sebelum makan, mesti tambah enak rasanya, kan.

    BalasPadam
  8. Terlihat lezat ya mbak apalagi ada campuran mangga mudanya jadi seger juga. Apakah anak saya juga doyan ya, tapi nggak dikasih cabai apakah tetap enak...

    BalasPadam
  9. Apakah komen saya sudah masuk mbak? 😁

    BalasPadam
  10. Pasti segar rasanya...biasanya telur ikan saya olah jadi pepesan kalau di tempat saya...

    BalasPadam
  11. aduh sedap nya kak oi, sesuai sangat dengan rasa masam mangga muda tu

    BalasPadam
  12. Kalau saya pun memang bertambah-tambah nie.. sedapnya telur ikan..

    BalasPadam
  13. Sedap tu telur ikan. pasti menambah2 kalau makan lauk gini.

    BalasPadam
  14. sedapnya Telur Ikan Masak Kari dengan Mangga Muda tu. saya suka makan berkuah.. sedapp

    BalasPadam