Pages

Ahad, 14 Mei 2023

Pulut Kukus Ikan Masin Kelapa Parut & Lempeng Cair Daun Ketumbar & Ucapan Selamat Hari Ibu

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu bersama yang tersayang. Sebelum memulakan aktiviti di pagi ini jangan lupa alas perut sebagai pembekal tenaga supaya terus sihat.

Pagi ini Amie kukus sedikit pulut, dan dihidangkan bersama ikan masin goreng serte kelapa parut. Setelah pulut masak dalam kukusan, Amie tambahkan sedikit minyak sapi. Hasilnya, warna pulut berbeza sedikit dari kebiasaannya.

Pulut Kukus Ikan Masin Kelapa Parut


Barangkali agak lama tidak menikmati pulut kukus, nampak sungguh Encik Suami berselera menikmatinya. Sebelum bersarapan, Encik Suami sudah mengeluarkan peluh membersihkan tingkap-tingkap dapur. Selepas bersarapan, Encik Suami sambung semula kerjanya. Sekarang kedengaran bunyi mesin bor dari arah stor belakang dapur. Entah apa lagi yang dikerjakannya. Elok jugalah, boleh bakar kalori selepas makan pulut!


Melihat Encik Suami tidak henti-henti menyuap pulut sehingga hampir habis kelapa parut dan ikan masin, kita pun pura-pura makan sedikit sahaja. Kita beri tumpuan pula kepada Lempeng Cair Daun Ketumbar cicah dengan Telur Ikan Masak Kari dengan Mangga Muda, baki lauk semalam yang dipanaskan semula.

Lempeng Cair Daun Ketumbar

Telur Ikan Masak Kari dengan Mangga Muda

Firdaus terkejut melihat Telur Ikan Masak Kari dengan Mangga Muda masih berbaki. Suka sangatlah budak kecil itu dapat makan telur ikan lagi.

Alih tumpuan dari Pulut Kukus Ikan Masin Kelapa Parut kepada Lempeng Cair Daun Ketumbar dengan Telur Ikan Masak Kari dengan Mangga Muda.


Kepada peminat-peminat lempeng cair, mari makan sama!

Samosa ini, 7 ketul masuk perut Firdaus!


Selepas sarapan pagi Firdaus serahkan sesuatu ke tangan kita sambil ucapkan Selamat Hari Ibu. Oh, rupanya sekeping kad ucapan Selamat Hari Ibu hasil buatannya sendiri. Jom kita baca apa yang Firdaus tulis di bawah ini.

Selamat Hari Ibu
Terima kasih atas kasih sayang yang telah ibu curahkan kepada saya. Saya berjanji akan menjadi anak yang baik. 
Selamat Hari Ibu


Terima kasih buat semua anak Mommy, Abang Farid, Aseeyah, Fuad dan Fairuz atas ucapan kalian untuk Mommy. Moga kalian sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

22 ulasan:

  1. Selamat hari ibu. Indah ucapan Firdaus buat bundanya. Suka pula lihat lempeng cair ketumbar tu, pulut ikan masin pun sedap jugak..

    BalasPadam
  2. Sy keliru ni, mahu pilih pulut atau lempeng cair.

    Selamat hari mummy buat Kak Amie!

    BalasPadam
  3. SEDAPNYA SARAPAN PAGI..SO SWEET FIRDAUS TULIS KAD UCAPAN HARI IBU...ANAK BIJAK N SOLEH

    BalasPadam
  4. Mungkin pulut kukus di Malaysia, nasi ketan di Indonesia.

    Oh, ya, maaf Ami. 2 Komenmu gak masuk ke kolom komentar artikel saya. Seringnya begitu. Mungkin tamplate saya ada masalah.

    BalasPadam
  5. Oh,pulut bila digaul minyak sapi rupanya lain warnanya yer cikgu..
    Apa rasanya pulut digaul minyak sapi?
    nampak menarik idea ni...
    Lempeng pun nampak sedap tu..saya pun peminat lempeng

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Ibu Kak Amie πŸ’
    Kak Amie makanlah lempeng ye, sy nak makan pulut kukus juga :D

    BalasPadam
  7. Rare tu pulut dicampur minyak sapi... yg lempeng cair dgn daun ketumbar pun rare.. lama pulak x mkn lempeng... saya lempeng cicah susu pekat manis je.. hihihi

    BalasPadam
  8. Selamat hari ibu... Firdaus sweet banget 😍

    BalasPadam
  9. sedap betul sarapan akak... comel je Daus punya kad ucapan hari ibu tu

    BalasPadam
  10. Cantiknya lempeng kak amie.. Suka kari telur ikan..

    BalasPadam
  11. so cute firdaus kak amie

    mbul penasaran dengan lempeng cair daun ketumbar

    pulut itu ketan ya kak amie...mbul suka banget ketan kukus dikasih apa aja tapi biasanya topping manis kalau tempat mbul...kalau dimakan bareng lauk baru mbul dengar...sepertinya menarik ^^

    BalasPadam
  12. Baguslah Firdaus makan telur ikan.
    Rasa semua yang Puan Amie masak dia makan.
    Hati mesti berbunga terima kad ucapan daripada Firdaus.

    BalasPadam
  13. Apa-apa yang campur daun ketumbar, saya suka, sebab sedap!
    Sweetnya, Firdaus, bagi kad hari ibu buat sendiri. :)

    BalasPadam
  14. Menarik sungguh persembahan makanan kak Amie.

    Sweet ucapan Firdaus. Berbunga hati ibu membacanya.

    BalasPadam
  15. Lempeng dan kari yang tak menahan tu..

    BalasPadam
  16. SA pilih lempeng la sebab SA x leh makan pulut...

    BalasPadam
  17. amboiiii firdaus ayat beli jiwa gituuuu

    sedapnyaaa pulut dgn ikan masinnnnπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam