Pages

Ahad, 2 April 2023

Mencari Masakan Tradisional Sabah di HOUSIA (Funky Farm Food Court Kepayan)

Bismillahirrahmanirrahim.
Dari DBP yang terletak di Likas, kami terus menuju ke Funky Food Court di Kepayan. Sudah berhari-hari membayangkan dapat menikmati masakan tradisi Sabah di kiosk HOUSIA. Sampai di sini, kebanyakan gerai baru dibuka. Pekerja di HOUSIA beritahu, kena tunggu lebih kurang 20 minit untuk menu yang kami minta. Oleh kerana datang dari jauh, tungguh 20 minit tidak jadi masalah. Cuma satu menu sahajalah boleh dihidangkan. Kami hendak menu nasi dalam buluh dan sayap ayam goreng. Katanya, sayap ayam masih beku, dan ambil masa untuk diperap pula.

Jadi, buat kenangan kita tepekkan sajalah gambar menu yang sepatutnya kita hendak rasa. Mungkin kalau hendak makan banyak jenis, datang pada waktu petang atau malam.

Masakan Tradisional Sabah di HOUSIA.

Harap lain kali bolehlah makan lagi di sini.


Sementara itu layan selera Firdaus dengan kentang goreng dari kiosk sebelah.

Sedap dim sum udang ini. 

Tiga jenis minuman.
Jus Nanas. Air Mata Kucing. Seven Up

Jus nanas tanpa gula. Harum bau nanas sewaktu dikisar.

Air Mata Kucing.

Makanan dari HOUSIA sudah sampai. 
Panjangnya buluh!

Nasi beras kampung dengan telur masin.

Sayur Lokio
Jeruk Bambangan
Jeruk Tuhau
Hinava


Hinava
Ikan Basung Goreng


Tak lama kemudian, ramailah pelanggan datang makan di Funky Farm Food Court ini. Banyak gerai sudah dibuka. Gerai makanan pantai timur (Kelantan) pun ada. Selepas makan di sini, kami terus balik ke Penampang. Hendak rehatkan badan sahaja. Malas hendak masak untuk makan malam. Kita nak ajak Fairuz makan di luar.

16 ulasan:

  1. Besarnya buluh bekas makanan tu.
    Setakat ni buluh paling besar yang saya pernah tengok ialag pokok buluh kat Poring Hot Spring.
    Kat semenanjung tak pasti ada ke tidak spesis tu sebab tak pernah jumpa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Besar dan panjang. Agaknya itulah orang Borneo khususnya di Sarawak selalu buat pansuh manuk.

      Padam
  2. Housia ni macam gerai di food court ya. Lain kali kot la tersesat ke sanun, kena singgah sini, menarik hidangannya tu, Kak Amie.

    BalasPadam
  3. Menarik rupanya. Macamana makan nasi dalam buluh tu Kak Amie? Gaul semuanya ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan macam nasi biasa, ambil lauk bawa ke nasi, terus masuk mulut hihihi.

      Padam
  4. Menariknya hidangan dalam buluh tu..

    BalasPadam
  5. Ikan goreng tu pun tak kurang menariknya. teringin juga nak try

    BalasPadam
  6. Nampak menarik bila dihidang begitu.. dok fikir tak tumpah ke nasi tu sebab buluh kan kecil sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bawah bamboo tu siap dipasang kuda-kuda. Lagi pun bamboo tu saiz besar. Kedudukannya kukuh dan memang tak bergerak-gerak kalau sudah diletak atas meja.

      Padam
  7. SA terfikir, diorang x bagi extra plate ke atau memang car amakan terus dari buluh tu..nampak menarik..tp risau buluh x balance

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada dua pasang kuda-kuda di bawah bamboo tu SA. Memang tak bergerak. Cara tradisinya memang makan terus dari buluh.

      Padam
  8. Mungkin rezeki di lain kali dapat makan makanan yang diinginkan. Kena datang lagi nampaknya tu. Unik hidang dalam buluh. Porsi besar juga nasi yang dihidangkan tu.

    BalasPadam