Pages

Rabu, 8 Mac 2023

Selamat Datang ke Pekan Nabalu

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita 25 Februari 2023. 
Perjalanan dari Lahad Datu seawal pukul 6:20 pagi. Encik Suami tidaklah tergesa-gesa memandu laju, kerana banyak jalan berlubang yang perlu dilalui. Biasanya kami akan singgah makan di Ranau, tetapi kali ini kami hendak makan di Pekan Nabalu pula. Pukul 12:45 tengahari barulah kami jejak ke sini. Kami ambil kesempatan jalan-jalan di sekitar Pekan Nabalu.

Banyak gerai jualan cendera kenangan, dan juga makanan ringan. Kalau sudah melihat banyak barangan yang cantik, memang rambang mata dan susah hendak memilih pula!



Kain batik Borneo yang pelbagai, dengan motif yang menarik.


Beras kampung, jeruk tuhau, serondeng bunga kantan dan pelbagai makanan ringan turut dijual di sini.

Antara makanan tradisional termasuklah kuih cincin.

Anak & bapa bersama nanas manis!

Di seberang sanun, ada pentas tempat para penari membuat persembahan. Di sebelah kiri ada menara tinjau dan di sebelah kanan gerai cendera kenangan.

Menara Tinjau. Kalau rajin daki tangga hingga ke atas, bolehlah menikmati pemandangan di sekitarnya.


Jom ronda di Gerai Pekan Nabalu pula.


Jamu mata sahajalah.





Perjalanan baru bermula. Jadi, tak dapatlah hendak rembat banyak-banyak. Lagi pun kali ini, hanya hendak banyak merehatkan minda dan fizikal sahaja.

Tapi... sempat angat empat helai batik Borneo!


8 ulasan:

  1. Memang rambang mata, lagi best kalau duitnya berkepok, Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa... memikir nak angkut satu hal juga, sebab banyak benda di tempat lain nak diborong.

      Padam
  2. cantik2nya batik borneo tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, cantik-cantik!
      Memang rambang mata tengok.

      Padam
  3. waduh kalau pi sini mau rambang mata ni nak memborong...hehehe geramnya tenguk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Notie.
      Apakan daya, tempat dituju masih jauh. Jadi sekejap sajalah di sini.

      Padam
  4. Rindunya nak menjejak kaki dan menjejak kasih ke Sabah..
    Akinabalu seakan memanggil...semoga ada rezeki ke sana lagi

    BalasPadam
  5. pernah sampai sini, beli souvenir...teringat makan buah tarap di sini..

    BalasPadam