Pages

Rabu, 8 Mac 2023

Ikan Pangi & Sayur Lampagak

Bismillahirrahmanirrahim.
Lama sungguh dapur tak berasap! Tuan rumah keluar daerah untuk berehat seketika sampai sesat di banyak persimpangan jalan! Teringat ada tugasan yang belum selesai, terpaksalah balik ke pangkal jalan. Jadi, seawal pukul tujuh pagi bertolaklah kami dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu. Kereta tak boleh dipandu laju kerana banyak jalan rosak, berlubang dan seumpamanya! Singgah makan di Anjung Selera, Ranau dan singgah sekejap di Pasar Tani Ranau, kami sampai ke rumah hampir pukul enam petang. 

Encik Suami tak makan berat, hanya makan bakso sahaja. Katanya kalau perut kenyang, nanti mengantuk sewaktu memandu. Jadi, sampai rumah kita pun terus masak nasi. Sempat beli sayur lampagak di Pasar Tani (Tamu) Ranau, jadi eloklah masak sahaja. Kebetulan dua hari lepas merayau di Tamu Kota Belud dan beli ikan pangi. Jadi, goreng sahajalah, lawankan dengan sayur lampagak tumis. Untuk jimat masa kita kukus ikan salai-salai dalam periuk nasi ketika nasi mula kering. Jadi, apabila nasi tanak, masaklah ikan tadi. Tambahkan telur dadar pula untuk Firdaus.

Ikan Pangi & Sayur Lampagak

Ikan Kembura Pangi

Ikan Pangi ini kami beli di Tamu Kota Belud pada hari Ahad lepas. Pangi ialah buah keluak. Mama Cella panggil buah kepayang. mmemang benar, pangi ialah buah kepayang. Orang Borneo panggil buah keluak atau buah kepayang ini dengan panggilan pangi. Kalau dalam masakan peranakan atau nyonya dan baba, biasa kita dengar ayam masak keluak. Di Sabah, buah pangi @ keluak @ kepayang digunakan untuk mengawet ikan dan kalau ke Tamu Kota Belud, memang kita akan jumpa ikan pangi! Amie melihat ada pelbagai jenis ikan yang digunakan tetapi kebanyakannya ikan air tawar seperti ikan talapia, ikan karok (puyu) dan lain-lain. Amie beli dua jenis ikan iaitu ikan air tawar, talapia dan ikan air masin iaitu ikan belanak. Di sini, ikan belanak disebut ikan kembura,

Ikan Talapia Pangi



Sayur Lampagak & Cili/Lada Putih

Sempat singgah di Pasar Tani Ranau dan beli sebungkus sayur lampagak. memang hanya tinggal sebungkus pun... ahaks!

Ikan Kembura Pangi

Amie cuba goreng ikan kembura @belanak pangi. Setelah ikan garing, Amie angkat dan kemudian goreng bawang besar bersama cili pula. Mungkin lebih enak kalau ada limau kasturi. Maklumlah, baru sampai rumah, jadi peti sejuk pun masih kosong! Lain kali kalau goreng ikan pangi, bolehlah perahkan jus limau kasturi. Oh, ya! Ikan pangi ini rasa macam ikan pekasam! Cuma bezanya, ada aroma buah pangi.

Ikan Kembura Pangi Goreng!

Sayur Lampagak Tumis dengan Cili /Lada Putih.

Encik Suami kata sayur lampagak ini sedap! Ada rasa kangkung dan ada rasa sayur cekur manis. Kita maska tumis ikut resipi yang diberi oleh penjual sayur ini.

Jemput makan!


7 ulasan:

  1. Ini lauk yang boleh membocorkan periuk nasi, kak Amie!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat!
      Lagilah setelah berhari-hari asyik makan luar.

      Padam
  2. masakan rumah juga yg jadi idaman kan kak...presentation lauk akak macam menggamit nostalgia kenangan di kampung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, rindu nak makan masakan dari dapur sendiri.

      Padam
  3. Tu lah nampak macam pekasam. aduh layan ni dengan sambal belacan....tak bangun-bangun ni asyik menambah nasi. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh! Tak sabar nak goreng lagi, tambah sambal belacan...perghhh!

      Padam
  4. Patut tersedak saya ..ada tersebut nama saya bersama buah kepayang...hihihi
    Hebat orang dulu-dulu menurunkan ilmu proses makanan yang asalnya beracun menjadi bahan enak dalam masakan

    BalasPadam