Pages

Selasa, 14 Mac 2023

Sate Kerbau Sedap di Brunei Satay House Beaufort

Bismillahirrahmanirrahim.
Ini cerita makan sate kali ketiga sepanjang percutian di Kota Kinabalu. Kali ini makan sate di Brunei Satay House Beaufort pula. Dua jam dalam keretapi, sudah tentulah teruja untuk panaskan badan setelah kesejukan sepanjang jalan kerana hawa dingin! Dalam tempoh satu jam sebelum naik semula ke keretapi, kami sempat jalan-jalan di sekitar Stesen Keretapi Beaufort dan terpandanglah Brunei Satay House Beaufort! Tahun lepas kami ke Beaufort juga tetapi makan sate di Restoran Satay lembah Brunei di sini: KOLO MEE BRUNEI DI RESTORAN SATAY LEMBAH BRUNEI.

Rugi kalau ke Beaufort tapi tak cuba makan sate sama ada di Brunei Satay House atau di Restoran Satay Lembah Brunei. Setakat ini dua sahajalah tempat makan sate sedap yang Amie tahu di Brunei. Istimewanya ialah ada sate kerbau dan sate berubut (sate perut). Saiznya besar dan lembut! Berpatutan dengan harganya, tapi sayang Amie lupa berapa harganya secucuk! Seringgit lebih....begitulah. Di sini, sate daging ialah sate kerbau.

Sate Kerbau.


Perjalanan memburu sate kerbau!

Brunei Satay House.
Penuh pelanggan di dalamnya.

Sate Berubut (Perut)

Sate Berubut
Sate Kambing
Sate Kerbau
Sate Ayam

Pesan lima cucuk setiap jenis sate yang ada. Kuahnya pula warna kekuningan. 

Amie tambah tauhu daging. Encik Suami pula makan nasi campur.

Harap cuti-cuti akan datang dapat lagi makan sate kerbau!


9 ulasan:

  1. Daging kerbau sedap, kalau dah jadi sate, tentu tambah sedap!

    BalasPadam
  2. Kalau tak pandai mengolah katanya daging kerbau itu lebih keras/alot, betulkah?

    BalasPadam
  3. Unik itu sate kerbau. Susah jumpa.

    BalasPadam
  4. daging kerbau , lamanya tak mkn. dulu arwah mak kalau daging mesti nak daging kerbau, katanya lg baik dari daging lembu

    BalasPadam
  5. Jarang jumpa daging kerbau.
    Rasanya sekali je makan daging kerbau masa kenduri di utara.

    BalasPadam
  6. Wah..jarang jumpa sate kerbau...Lately ni saya suka sangat sate perut..sedap

    BalasPadam
  7. kat mana laa sy nak cari sate kerbau kat sini

    BalasPadam
  8. sate daging dia sate kerbau rupanya.

    beberapa tahun yg lepas syu ke Beaufort, sggh mkn sate di sini juga..

    BalasPadam
  9. aduh terliur nengoknya... terus rasa lapar lah kak. Dahla dana memang kegemaran sate tu

    BalasPadam