Pages

Isnin, 13 Mac 2023

Jom Minum Petang

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom minum petang, tapi minumannya sejuk iaitu jus tembikai. Selagi belum habis satu jug jus tembikai dalam peti sejuk, selagi itulah asyik ulang-alik ke dapur buka tutup peti sejuk!

Kudapan  petang pula kuih penjaram lebihan sarapan pagi. Kuih penjaram memang tahan berhari-hari lamanya, cuma agak liatlah sedikit sebab sudah sejuk. Kalau digoreng semula, sudah tentu makan minyak. Kalau dipanaskan dalam air fryer, menjadi semakin kerslah pula. Amie cuba kukus seketika. Ya ampun!
Tersangatlah sedapnya! Tadi Amie makan enam biji sekali hadap.

Kudapan Petang : Kuih Penjaram & Tart Nanas Berkeju

Kuih Penjaram

Tart Nanas Berkeju


Jemput ya!

8 ulasan:

  1. dikukus jadi lembut...kecil2 je saiznya, 6 biji tak terasa...hihi...

    BalasPadam
  2. Ada lagi ke Kak Amie? Lambat pulak datang hari ni :D
    Kuih penjaram tu sama dgn cucur jawa ke? Nmpk macam sama ...

    BalasPadam
  3. Ada kuih raya tart nanas berkeju. Dua kali sedap.

    BalasPadam
  4. Wah...info baru..boleh kukus yer...tak pernah terfikir...TQ cikgu

    BalasPadam
  5. awal akak dah raya?😁😁siap ada tart nanas tuuuu👍

    BalasPadam