Pages

Selasa, 14 Mac 2023

Brengkes Ikan Belais Permintaan Encik Suami

Bismillahirrahamanirrahim.
Bekalan ikan dari Abang Aznan dan Fairuz masih banyak belum diolah. Encik Suami minta masak brengkes ikan belais. Jadi, hari ini selain menunaikan impian Firdaus di sini: AYAM MASAK PALEKKO IDAMAN FIRDAUS! Amie masakkan brengkes ikan belais untuk Encik Suami juga.
Biasanya Amie ikut 100% resipi MIL, termasuk gunakan santan segar. tetapi kali ini Amie gunakan santan kotak sahaja. Memang tak berapa menjadilah kuahnya sebab tidak pecah minyak dengan cantik. Apa pun Encik Suami tetap makan dengan penuh selera tanpa banyak soal.

Brengkes Ikan Belais

Ada tujuh ekor ikan belais yang kami bawa pulang dari Kota Kinabalu. Amie hendak olah seekor sahaja, tetapi Encik Suami suruh masak dua ekor!

Bahan-bahan yang digunakan untuk resipi Brengkes Ikan Belais

Limau nipis @ limau kapas wajib ada!

MIL sangat menjaga resipi tradisi masyarakat Melayu Cocos. MIL tetap akan menggunakan perahan jus limau nipis @ kapas dan tidak mahu gantikannya dengan pati asam jawa. Sebenarnya, boleh saja gunakan pati asam jawa, tapi mungkin MIL mahukan rasa dan aroma segar dari perahan jus limau.

Ikan belais digoreng setengah masak.

Cili kering, ketumbar biji, bawang putih dan bawang merah yang sudah dikisar.

Resipi Brengkes Ikan Belais:
Bahan-bahan:
  • 2 ekor ikan belais - bersihkan dan potong 2
  • 3/4 cawan santan pekat - ambil kepala santannya sahaja
  • 1 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 biji limau nipis - perah jusnya
  • garam / perasa pilihan
  • 1/2 cawan minyak
Bahan kisar:
  • 5 biji cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 4 sudu besar biji ketumbar
Cara memasak:
  1. Goreng ikan separuh masak - angkat dan ketepikan
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak menggunakan api sederhana panas.
  3. Masukkan serbuk kunyit dan gaul rata.
  4. Masukkan ikan dan tuangkan santan pekat.
  5. Masak sehingga kuah mulai pekat dan keluar minyak. Jangan selalu diterbalikkan ikan kerana isi ikan yang lembut (setengah masak) akan pecah. Gunakan api perlahan.
  6. Taburkan garam / perasa pilihan.
  7. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis dan balik-balikkan ikan perlahan-lahan.
Brengkes Ikan Belais


Beza Brengkes Ikan Belais gambar atas dan bawah.
Gambar atas: Gunakan santan kotak.
Gambar bawah : Gunakan santan segar.

5 ulasan:

  1. Wah.. En Majid pun dapat makan masakan idamannya. Begitulah wanita, adil sebagai isteri dan ibu.

    BalasPadam
  2. apa maksud brengkes. Macam masak kerutub tapi kerutub ada rempah kerutubnya.

    BalasPadam
  3. Bertuahnya Sabah kaya dengan ikan segar aneka jenis..
    Pasti nikmat isi ikan segar yang manis.
    Ada beza la kan antara penggunaan santan kotak dan santan segar dari segi pecah minyak ..

    BalasPadam
  4. ikan lain tak boleh guna ke kak utk masakan ni? kalau boleh ikan apa yg sesuai?

    BalasPadam