Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu berada di Penampang, kami santai-santai saja. Sehari berjalan-jalan, esoknya berehat di rumah. Lusa jalan-jalan lagi. Tulat berada di rumah. Kemas rumah. Cuci pakaian dan masak-masak. Pada hari Sabtu, 04 Mac kami pergi ke Tamu Kinarut. Ada apa yang menarik di Tamu Kinarut? Sebenarnya banyak gerai jualan di setiap tamu yang kami kunjungi. Sama saja seperti pasar di tempat kita. Amie cuma kongsi jualan yang berbeza dengan tempat kita untuk tambah info.
Perkara yang paling Amie suka ketika berada di tamu sudah tentulah apabila dapat melihat pelbagai jenis sayuran segar, herba dari kampung dan ikan sungai. Antara yang kami beli termasuklah:
- Pokok Ketumbar Jawa
- Jantung Pisang Hutan
- Tuhau
- Petai
- Ikan Serawi
- Ikan Salap
- Ikan Toayaan (panggilan orang Papar) - Ikan Gomato (panggilan orang Penampang)
|
Ikut pusingan jam : Daun kesum, jantung pisang hutan, petai, terung pipit, limau kasturi, tuhau, serai, ketumbar jawa. |
|
Ikan sungai: Ikan toayaan dan ikan serawi. |
Tamu Kinarut terletak berhampiran dengan Stesen Keretapi Kinarut. Kalau anda berada di Kota Kinabalu bolehlah datang ke sini dengan menaiki keretapi di waktu pagi, dan balik hari pada waktu tengahari dengan menaiki keretapi juga.
Di sekitar kawasan Tamu Kinarut, kelihatan bangunan lama yang diperbuat dari papan. Bentuknya kelihatan unik kerana jarang kita lihat di tempat lain. Tentu ada sejarahnya yang tersendiri.
|
Anak dan bapa bergandingan tangan menuju ke tamu. |
|
Kalau sudah jumpa segala anak ayam, anak itik, arnab, kucing dan ikan memang lamalah singgahnya budak Firdaus ini! |
|
Ada ikan sungai tetapi tidaklah banyak. Antaranya termasuklah ikan pelian atau dalam bahasa kita disebut ikan kelah. Harganya pun memang harya kayangan jugalah. Selain itu ada ikan lampam atau ikan salap dan sebagainya. |
|
Ikan lampam @salap. Sudah dibuang isi perutnya. |
|
Hasil kampung : Daun kesum, genjer, ulam raja, ketumbar jawa, batang keladi, petola, tuhau, serai, dan lain-lain (tak tahu apa nama sayur tersebut). |
|
Ada pucuk kacang. |
|
Sewaktu berbual-bual dengan penjual sayur di sini, ada Amie tanya nama-nama sayuran tetapi lupa pula sebab tak tulis nota dalam HP. |
|
Ini pakis udang. |
|
Peniaga kecil dengan jualannya. |
|
Ini sayur katong-katong. |
|
Ini petai tetapi bentuknya berbeza dengan petai di tempat kita. Mata petai ini terbalik, maksudnya kedudukannya ke bawah dan bukan melintang seperti petai biasa. |
|
Rumpai Laut. |
|
Latok pun ada! |
|
Pelbagai jenis kuih tradisional. |
Walaupun cuaca panas, tetapi rasa seronok sebab dapat menjinjing pelbagai jenis oleh-oleh dari Tamu Kinarut terutamanya ulam-ulaman segar.
ooo patutla nampak lain petainya isinya terbalik..dah jadi mak2 ni kalau dapat ke pasar gembiranya hati dapat menjinjing balik sayur2 kampung
BalasPadamSaya jumpa dua jenis petai di Sabah. Yang terbalik dan yang biasa macam di tempat kita.
PadamBangunan2 lama tu yg cantik!
BalasPadamRasanya wujud sejak zaman pentadbiran British. Kayunya tu...jenis tahan lama!
PadamMenarik jualannya, Kak Amie. Amboiii, sy pun leka kalau tengok anak2 ayam tu, Kak Amie.
BalasPadamNampak suasana kampungnya kan SK.
Padambestnya dapat ke pasar pagi kak, macam-macam sayuran kampung ada, Petai kt sana memang lain ye dari kt semanjung nih, unik bentuknya, jantung pisang tu pun nampak lain la kak
BalasPadamKalau ke Ranau atau KK, barulah jumpa petai mata terbalik.
PadamJantung pisang tu penjualnya kata dari hutan.
akak, tadi dana dh komen tapi tak muncul komennya. Unik betul petai tu teringin nk rasa kak. Macam-macam jenis sayuran kt tamu ni kan suka betul
BalasPadamKeluar juga tu nanti, tunggu kakak luluskan.
PadamWow meriah kak. Seronok pergi pasr mcm ni
BalasPadamMemang seronok melihat suasana pasar di sini, lebih-lebih lagi banyak hasil kampung yang dijual.
PadamSayur genjer tu sayur apa ye. Sayur katong-katong tu masak dia camne ye
BalasPadamGenjer tu nama lain dia paku rawan.
PadamSayur katong-katong tu saya tak beli, cuma tanya namanya pada penjual. Tengok di yuo tube, masak macam biasa, macam sayur kangkung.
Saya suka kalau pergi pasar kat kampung2 seronok kalau jumpa sayur sayuran yang jarang di jumpa. Kuih pun begitu juga. Syiok ooooo lepas tu penuh tangan menjinjing bahan belian. hehehehe
BalasPadamMemang syok Notie menjinjing bahan belian sebab terbayang balik rumah boleh masak dan makan ramai-ramai.
Padamseronok shopping makanan macam ni. sambil beli sambil otak berjalan plan nak masak apa
BalasPadamBetul tu Sal.
Padamkalau boleh nak beli semua yang berkenan di mata.
Ooo..ikan salap tu ikan lampam..ikan pelian tu ikan kelah..
BalasPadamYa Mama Cella. Nama ikan panggilan penduduk tempatan.
Padam