Pages

Khamis, 23 Februari 2023

Terbang Pulang dari Kota Kinabalu ke Sarang di Lahad Datu

Bismillahirrahmanirrahim.
Fairuz sudah menanti kepulangan kami dari Brunei di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kami singgah makan di Putatan sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kediaman Fairuz di Gardens Condominium.

Keesokan harinya, kami sambung terbang ke Lahad Datu dengan menaiki pesawat MASWings.

MASWings 
Sumber : Google



Kami menemani Fairuz dan Haziq makan. Kedua-duanya nampak letih menguruskan penghantaran ikan sepanjang hari di sekitar Kota Kinabalu.


Selain makan nasi, kedua-dua anak bujang ini makan sate!



Encik Suami : Nasi Goreng Seafood

Amie : Kuetiaw Goreng

Keesokan harinya, Haziq hantar kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, sementara Fairuz menguruskan ikan. 

Selepas solat jamak, kami isi perut di Marrybrown.

Amie : Burger

Encik Suami : Nasi Lemak

MASWings meninggalkan landasan terbang tepat pada pukul 02:30 petang.

Minuman ringan & kudapan dalam MASWings.

Pada mulanya cuaca cerah. Langit biru dan awam memutih di angkasa.

Ketika hampir mendarat di Lapangan Terbang Lahad Datu, awan berubah kelabu dan rintik-rintik hujan mula turun ketika kami turun dari perut pesawat.

Encik Suami & Abang Farid : Lemon Ais

Abang Farid dan Aseeyah sudah menunggu kami di Lapangan Terbang Lahad Datu. Rindu sangat hendak bertemu Firdaus! Budak kecil itu sekarang berada di sekolah dan akan keluar pada pukul 5:20 petang. Jadi kami melengahkan masa, minum di kedai Red Rose Restaurat. kami tidak terus pulang ke rumah kerana akan ambil Firdaus sekali.

Amie & Encik Suami : Bihun & Kuetiaw Goreng Seafood

Amie & Aseeyah : Jus Buah Tembikai & Fresh Orange

Entah kenapa, rasa hendak minum jus buah puas-puas! Kita minta air tembikai dan fresh orange.Dua gelas! Jus tembikai yang lagi satu itu Aseeyah punya.

10 ulasan:

  1. Alhamdulillah sampai jugak..x sabar nak tau kisah firdaus plak bila nampak kak amie dan ayah dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terkejutlah dia SA, sebab kami tunggu dia keluar dari sekolah petang itu. Agaknya mommynyalah yang lebih-lebih rindu kat dia... ahaks!

      Padam
  2. Mesti puas hati dapat makan masakan Malaysia lepas balik dari umrah kan Kak Amie.

    BalasPadam
  3. Tu diaa...terus order 2 jenis air buah ya 😁
    Sedap2 tengok makanan yang di order.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang susah nak berpisah dengan jus buah... ahaks!

      Padam
  4. Puaslah Kak Amie terbang ke sana sini :D
    Alhamdulillah selamat sampai sudah. Tak sabar nak tahu reaksi Firdaus ☺️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Okey juga Firdaus, sebab kami selalu bervideo call walaupun berjauhan. Cuma dia terkejut sangat sebab kami ambil dia di sekolah.

      Padam
  5. Mesti rindu untuk jumpa Firdaus.

    BalasPadam