Pages

Khamis, 23 Februari 2023

Hidangan Nasi Arab Untuk Keluarga & Jiran Tetangga

Bismillahirrahmanirrahim.
Sehari selepas kami sampai di Lahad Datu, kami mengadakan majlis kecil, doa kesyukuran selamat pergi dan balik dari menunaikan umrah yang dihadiri keluarga terdekat dan jiran tetangga. Pada masa yang sama kami turut mengadakan solat hajat memohon kesembuhan sakit Kak Ros yang sedang ditidurkan di CCU Hospital Sungai Buluh. Al-Fatihah buat arwah Kak Ros yang telah kembali ke pangkuan-Nya pada 02 Februari 2023. Esok, 24 Februari merupakan hari ulang tahun arwah.

Banyak kali juga Amie kongsikan resipi Nasi Arab, antaranya seperti di bawah ini:

Amie memilih menu Nasi Arab kerana mudah disediakan, dan tak perlu banyak lauk-pauk. Memasak bukanlah satu proses yang susah dan memakan masa, tetapi kesukaran memasak berada sewaktu menyediakan bahan yang hendak dimasak seperti memotong, mengupas, menghiris dan sebagainya. Inilah yang memerlukan banyak masa.

Terima kasih Aseeyah kerana bantu Mommy di dapur hingga terhidang di atas meja.  

Nasi Arab: Ayam Mandy


Ayam Goreng Mandi

Sos Cili Merah

Sos Cili Hijau

Salad Salata Hara

Pencuci Mulut

Oleh-oleh dari Makkah & Madinah.

Pelbagai jenis kurma dari Madinah.

Tidak ketinggalan sup ceker yang dirindui!

Dan bubur kacang hijau campur durian!

Sebahagian keluarga makan di dalam rumah, ada juga makan di luar mengikut keselesaan masing-masing.

Berakhirlah entri umrah ziarah sepanjang perjalanan selama dua minggu (ala-ala dua tahun 2022-2023) bermula 26 Disember 2022 bertolak dari Lahad Datu - Kota Kinabalu - Brunei - Jeddah - Madinah sehinggalah kembali ke Lahad Datu pada 9 Januari 2023. 


9 ulasan:

  1. ada menantu perempuan ringan sikit kerja di dapur ye kak...
    meriah menunya nampak semua sedap2 tu bubur kacang hijau campur durian tu paling teringin nak rasa ni kak....hehe

    BalasPadam
  2. Nampak sedap semua menu tu ha...sedapnya SA nampak puding jagung...dah lama x makan...alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang ye kak..syukur...

    BalasPadam
  3. Sedapnya kak..
    Meriah Aini tengok..

    BalasPadam
  4. Waaahhhhh... tetamu pun dapat makan nasi Arab.
    typo error tu rasanya 2 minggu.

    BalasPadam
  5. betul tu kak. renyah memasak ni sblm nya. bla dah pegang sudip kejap je dah siap...


    sedapnya nasi arabπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  6. Bagus Puan Amie masak sendiri.

    BalasPadam
  7. Wah...meriah hidangan, ada bubur kacang durian πŸ˜‹

    Rajin kak Amie baru balik terus buat kenduri. Walaupun majlis kecil, tapi yang namanya kenduri tu tetap banyak kerjanya.

    BalasPadam
  8. wah nanti kalau menantunya bertambah lagi best le sebab sudah ramai pembantunya.

    BalasPadam