Bismillahirrahmanirrahim.
Sementara Fairuz dan Haziq uruskan bekalan ikan dari Kudat, Abang Aznan suruh Encik Suami memandu keretanya sekiranya kami ingin keluar. Encik Suami ajak Amie makan di Restoran Nasi Mandi, Penampang.
Nasi Ayam Mandi |
Nasi Kambing Mandi |
Jus Epal |
Seperti biasa, Encik Suami pesan Nasi Ayam Mandi, dan Amie pula Nasi Kambing Mandi. Belum sampai Tanah Arab, sudah makan nasi arab terlebih dahulu di negara sendiri! Agaknya, ada berpezaan tak masakan di sini dengan di sana ya!
Di Lapangan Terbang Lahad Datu. |
Sambil menunggu hidangan sampai, sempat belek-belek HP. Abang Farid hantar gambar. Nampaknya semua gambar Firdaus yang dikirim, kelihatan ceria sahaja! Maklumlah, ada kakak Aseeyahnya. Sudah tentulah Firdaus seronok sangat.
Sebaik sahaja kami terbang dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu, Abang Farid bawa Firdaus dan Aseeyah makan di kedai.
Firdaus sedang mengadap kentang goreng. |
Selepas kami makan di Restoran Nasi Mandi di Penampang, kami singgah di Pasaraya BATARAS di Bundusan. Untuk memudahkan kerja memasak, Amie beli pes asam pedas, tomato, udang dan kangkung. Sampai di kondo, terus tanak nasi, masak asam pedas ikan putih dan goreng ikan belais. kangkung pula, Amie tumis belacan tambah udang basah. Fairuz memang suka sangat sayur kangkung tumis belacan!
Fairuz dan Haziq pulang lewat malam, dan kerana teramat letih kami masuk bilik untuk berehat. Amie cuba untuk lelapkan mata, tetapi kelopak mata sangat degil, tidak mahu katup! Banyak yang difikirkan ketika itu!
Muhasabah diri.
Fikirkan dunia.
Fikirkan akhirat.
Lebih kurang pukul dua pagi, barulah dapat tidur. Itu pun tidur-tidur ayam. Pukul empat pagi, Encik Suami kejutkan, dan kami perlu segera bersiap untuk lapor diri pada pukul lima pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
ceria firdaus asalkan ada kakak aseeyah ye...tak sabar nak tunggu cerita akak di tanah suci
BalasPadamTerima kasih Afzan, setia menanti entri seterusnya ya.
PadamAlhamdulillah akak dh kembali... yeay!!
BalasPadamAlhamdulillah... jumpa lagi Mira.
PadamExcited ye, masa tu, nak ke Tanah Suci.
BalasPadamSedap tengok nasi mandy kambing. Banyak nasinya.
In syaa Allah Nur.
PadamSaat yang dinanti hampir tiba.
Teringat masa kat sana ada yang makan nasi mandi makan dalam dulang. Daging unta lagi tapi by request le sapa nak makan Travel agent bawa. Masa tu kat Mekah. Seronok tenguk depa makan ramai-ramai sambil bersila. Tenguk firdaus gembira alhamdulillah sekejap je lupa mammy dia.
BalasPadamApabila melihat Firdaus tenang saja, syukur seribu syukur. Allah permudahkan urusan, tenang untuk berkunjung ke rumah-Nya tanpa memikirkan sangat yang ditinggalkan.
PadamAlhamdulillah selamat beribadah umrah amie n suami
BalasPadamTerima kasih Kak PI.
PadamOh...ada Kakak Aseeyah & Abang Farid temankan..
BalasPadamAlhamdulillah..tak la terasa sangat kesunyian Daus..
🤲
Ya, minta tolong Abang Farid dan Aseeyah balik Lahad Datu, jaga Firdaus.
PadamNasib baik Firdaus boleh ditinggalkan.
BalasPadamHehe mesti ada beza nasi di sini dan di Arab Saudi.
Mesti di Arab Saudi pulun makan bends yang sama.
Firdaus kalau ada Aseeyah, memang dia tak kisah ditinggalkan.
PadamAda beza nasi arab di sini dengan di sana.
Nasi Arab di Malaysia..pasti ada kelainan dengan yang asal kan?
BalasPadamRilek je Firdaus tu nak kena tinggal..
Ada sedikit kelainan nasi arab di negara kita dengan nasi arab di sana. Sportinglah Firdaus kena tinggal...hihihiii.
PadamTak dapat bayangkan macam mana la Firdaus menangis akak tkde...nasib ada kakak Aseeyahnya...
BalasPadamFirdaus tak nangis.
PadamAda Abang Farid dan Aseeyah menjaganya.
read!
BalasPadamkomen aida bersambung di next entri.
teruja membaca cerita kawan2 ke tanah haram.
moga ada rezeki aida ke sana secepat mungkin :)
In syaa Allah Aida. Apabila sudah ada hasrat untuk ke sana, Allah akan permudahkan.
Padamya Alloh nasi mandi begitu membuat mbul terliur kak. Jus epal itu apel kah? Kelihatan seger banget. Tapi memang nasi mandi dan lauknya itu yang bikin perut mbul bebunyian...bulir dan warnanya mencolok dan menarik...
BalasPadamYa, jus epal hijau itu Mbul. Masam-masam manis rasanya, sesuailah dinikmati bersama nasi mandi yang berlemak itu.
PadamDaus gembira tapi emak nya sedih
BalasPadam