Pages

Khamis, 12 Januari 2023

Kota Kinabalu - Bandar Seri Begawan : B1822 Royal Brunei Airlines

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas solat subuh, Fairuz hantar kami membelah dingin pagi ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Pada waktu ini, rasa yakin untuk menjadi tetamu-Nya mula terasa. Sepatutnya kami menunaikan umrah pada 13 Disember 2022 tetapi terpaksa tunda tarikh disebabkan jumlah jemaah umrah yang terlalu ramai di Mekah dan Madinah sehingga menimbulkan masalah penerbangan dan tempat tinggal di sana. Tarikh dianjak kepada 27 Disember 2022 hingga 08 Januari 2023. Syukur Alhamdulillah, kerana Amie belum pernah mengambil cuti umrah. Jadi, permohonan cuti umrah selama tujuh hari diluluskan oleh pengetua, dan dimajukan ke Pejabat Pendidikan Daerah.

27 Disember 2022 - Lapangan Terbang Kota Kinabalu

Penerbangan dari Kota Kinabalu ke Bandar Seri Begawan tidaklah lama, hanya memakan masa 20 minit sahaja. Pukul 8:40 pagi, B1822 Royal Brunei Airlines meninggalkan negeri Sabah. Kami diberikan minuman kotak sebagai pembasah tekak. 

Jemaah Umrah Sabah


Oleh kerana kami akan terbang ke Jeddah melalui  Brunei Airport, jadi tidaklah perlu transit di KLIA. Ketika kami sedang menunggu waktu penerbangan seterusnya ke Jeddah, seorang wanita berpurdah menghampiri kami. Wanita tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Ibu Nada, dari Surabaya. Dia bertanya kepada Amie, di manakah pintu untuk ke dewan menunggu penerbangan ke Jeddah.
Amie sangka Ibu Nada akan turut serta umrah dengan kami. Rupanya Ibu Nada baru pulang dari menziarahi keluarganya di Surabaya. Katanya, sebelum ini dia tidak pernah terbang bersendirian. Penerbangannya dari Jakarta, transit Brunei dan akan terbang ke Jeddah bersama rombongan kami. Ibu Nada lahir di Mekah, dan bersuamikan orang Arab. Dari sinar dan kerdipan matanya di sebalik kaca mata, Ibu Nada jelas lebih muda usianya dari Amie.

Ibu Nada: Nanti di Madinah Ibu bisa solat di Raudhah setiap hari.

Amie: Kami sudah daftar NUSUK untuk solat di Raudhah. Saya dijadualkan masuk ke Raudah pada pukul 23:00 -23:29 malam pada 29 Disember 2022.

Ibu Nada: Ya Ibu. Kalau hari-hari solat pun bisa. In syaa Allah. Pintu akan dibuka selepas solat subuh sehingga jam lapan pagi. Jangan lupa itu ya Ibu. Usahakan untuk masuk ke Raudhah selepas solat subuh.

Amie: In syaa Allah. Terima kasih Ibu Nada.

Ibu Nada: Usahakan juga untuk solat di Hijir Ismail sewaktu di Mekah.

Amie: Ya, Ibu Nada. Mudah-mudahan diberi kesempatan oleh-Nya. 

Ibu Nada: Amin.

Kemudian Ibu Nada meninggalkan kami. Mungkin ke surau untuk solat dhuha.


Perut belum diisi sejak melangkah keluar dari Gardens Condominium. Kami tukar sedikit mata wang RM (MYR) kepada Dollar Brunei (BND). RM200.00 mendapat tukaran sebanyak 56BND sahaja. Makanya 1BND sama dengan 3.57MYR. Apa pun, lebih dari cukup jumlahnya untuk kami sarapan di sini. 
Encik Suami ajak minum di The Coffee Bean & Tea Leaf. Sebenarnya Amie tidaklah berhasrat untuk bersarapan, sebab sudah memahami sejarah perut, kalau berpergian memang sensiitif sangat! Hendak makan, kenalah tunggu matahari bersinar terang! Jadi, temankan sahajalah Encik Suami minum.

The Coffee Bean.


Antara pilihan makanan yang boleh dibeli untuk alas perut.

Sandwich Ikan Salmon : 8.60BND

Hazelnut Latte : 6.70BND



Sempat ulang baca buku kecil, Panduan Haji, Umrah dan Ziarah. Terkenang doa sanak saudara dan rakan taulan: Semoga mendapat umrah yang mabrur! Ketika ini pelbagai perasaan bermain di minda, menyedari sepenuhnya jiwa dan iman yang sangat rapuh! Allah ya Allah ya Rahman ya Rahim! Aku berserah sepenuhnya kepada-Mu. 



RAPUH : OPICK
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata

Kupersembahkan kepada-Mu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada-Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada-Mu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai-Mu
Dalam dadaku harap hanya
Diri-Mu yang bertahta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir pada-Mu


Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=OUDB9-JkJio&t=55s

22 ulasan:

  1. Sandwich tu fuhhh rega dia bila convert MYR..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, selamat kembali...

    BalasPadam
  3. Mengimbau kembali umrah saya tahun 2017...memang bila nak start perjalanan tu rasa macam-macam apa lagi kali pertama. Alhamdulillah Allah sudah ketemukan amie dengan orang yang baik yang mempermudahkan urusan di Mekah dan Madinah nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah. Doa dan harap yang baik, mudah-mudahan segalanya akan baik-baik saja.

      Padam
  4. Tak nampak pun ahli group umrah yang lain.

    BalasPadam
  5. Sama la kita kak, sejak umur 40-an ni kerap perut meragam kalau makan awal pagi. Jadi susah sikit kalau travel. Tak makan lapar pulak.

    Pernah ke Bandar Seri Begawan, nak jimat punya pasal saya makan nasi katok harga $1. Masa tu travel dengan bajet rendah 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kena jaga perut, takut meragam pula kan Ujie.
      $1 = RM3.57 sen.

      Padam
  6. Nama pun dah sedap... ibu nada.. mesti secantik namanya... ramai jugak grup umrah akak ni

    BalasPadam
  7. Seronoknyaaa...ramai juga jemaah dari Sabah ye kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai SA. Kami ada tiga kumpulan tarikh sama bergabung di sana.

      Padam
  8. Memang betul merpati πŸ•Š️πŸ•Š️ sejoli..terbang dan hinggap..terbang lagi dalam mencari keredhaan Allah🀲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Direzekikan untuk terbang bersama.

      Padam
  9. Alhamdulilah ibadah umroh kak amy dan suami lancar...kini telah kembali ke rumah dengan segudang cerita yang dinantikan pembaca seperti mbul...mbul langsung pengen icip sandwich salmonnya kak...kelihatan enak sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mbul, sudi nantikan kisah perjalanan umrah kami.
      Ya, sedap sandwich salmon itu.

      Padam
  10. kecilnya dunia ni kak Amie... Nada tu kawan ammi. kawan sepermainan FarmVille sebab ammi memang join grup indonesia masa main farmville. Dia panggil ammi "kak ros" sebab katanya ammi dari malaysia yg terkenal dgn upin ipin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo.... betul Ammi!
      Dunia ini sangat luas, tetapi ada masanya terlalu kecil!

      Padam
  11. mesti kata-kata Ibu nada tu jadi penguat akak untuk masuk ke Raudah kan...

    BalasPadam