Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah merehatkan diri seketika, melelapkan mata dan rasa segar kembali, Fuad membawa kami untuk minum petang di sekitar Batu Pahat. Tiba-tiba kereta membelok arah Jalan Peserai Lama di Kampung Peserai Pantai. Fuad letak kereta bersebelahan dengan Gerai Satay Shahbandar Batu Pahat. Pada mulanya kami tidak bertujuan untuk makan sate. Kami lebih berminat untuk makan mi bandung. Apabila masuk ke gerai tersebut katanya gas habis dan tak boleh masak. Air pun tidak ada!
Tidak ada pelanggan lain selain kami sekeluarga. Barangkali kami pelanggan terawal yang datang pada petang itu. Akhirnya kami pun memesan sate di salah sebuah gerai di situ. Tuan punya gerai sate sangatlah peramah dan sopan santun. Ada tujuh jenis sate di gerainya. Kami ingin mencuba jenis-jenis sate tersebut. Jadi, kami pesan:
- 20 cucuk sate ayam
- 5 cucuk sate daging
- 5 cucuk sate kambing
- 5 cucuk sate hati lembu
- 5 cucuk sate perut
- 5 cucuk sate paru
- 5 cucuk sate usus ayam
- 7 bungkus nasi himpit serta hirisan timun
Kami duduk di bahagian belakang gerai menghadap kapal.
Kami tidak menunggu lama untuk menikmati tujuh jenis sate di sini. Benarlah kata Fuad, semua satenya lembut dan sedap! Harga sate termasuk nasi himpit : RM87.00.
Sate Hati Lembu. |
Sate Perut Lembu. |
Sate Usus Ayam |
Sate Paru (sebelah Sate Usus Ayam) |
Memandangkan malam ini Fuad akan bawa kami ke Parit Raja, jadi masing-masing mengatakan sudah kenyang makan sate di sini. Barangkali semua membayangkan, akan ada jamahan lain malam nanti. Oh, ada sesuatu yang agak melucukan di sini. Tidak ada air minuman, kerana gerai jual air belum dibuka dan syukurlah semua sate dapat masuk ke perut tanpa rasa tercekik di leher. Apabila masuk kereta, semua berebut hendak minum air mineral yang kami bawa.
Sate biasanya sedap-sedap belaka. Jarang kalau beli sate tak sedap.
BalasPadamKalau perapan sate sedap, tak ada kuah kacang pun tetap sedap.
PadamUsus ayam pun dibuat sate? Ini mmg rare ni.. agaknya macam manalah rasa sate paru tu ye
BalasPadamItulah uniknya jenis-jenis sate.
Padamwahhh sedapnya semua jenis akak pilih ya.... sate hati lembu pun ada ya tak pernah jumpa tu
BalasPadamItulah, kali pertama jumpa sate hati lembu. Seronok cuba makan sate yang baru ditemui.
PadamOh, bukan usus lembu ke tu, Kak Amie? Tapi, macam mana tu berjualan tak ada air. Air tin atau air mineral pun tak ada ke? hihi. Uniknya di BP, sate dicucuk pada lidi kelapa. Aduhhh.. rasa nak terkam meja tu dan angkat mangkuk hirup kuah sate.
BalasPadamUsus lembu saiznya besar kot SK. Gerai sate tak jual air. Waktu itu hanya dua gerai saja yang dibuka, gerai sate dan gerai mi Bandung.
PadamAlamak takde jual air minuman? biar yang betul...
BalasPadamGerai lain belum bersedia untuk berniaga SA. Kami sampai hanya gerai sate yang baru berjualan. Gerai lain masih tutup termasuk gerai jualan air.
Padamwah satay arnab takde. Yang belum penah rasa satay paru, satay usus ayam dan satay hati lembu. Satay perut tu selalu kalau kat muar mesti ada. Muar sarapan satay pagi-pagi
BalasPadamYa, tak ada sate arnab. Sate perut tu sangat lembut, sedap tak liat.
Padamsedapnyaaaa satey perut!! fav sy tu
BalasPadamMemang sedap. Tapi saya dengan Encik Suami saja yang makan hihihiii.
Padamye ke? hehehe...depa tak tahu betapa sedapnya sate perut ni... mkn hari2 pun tak jemu...
PadamAdoii.. tak ada gerai jual air pulak ya.. mujur semua dapat ditelan.
BalasPadamAda gerai jualan air tapi belum buka. Waktu itu hanya gerai sate saja yang berjualan. Mungkin kami datang awal, dan barangkali juga gerai-gerai di situ beroperasi waktu lewat petang hingga ke malam.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSate sedap, tempat makan pun selesa siap ada pemandangan kapal. Memang berbaloi singgah kat sini.
BalasPadamBetul tu. Gerai dibuka waktu petang. Makan ditempat terbuka, tak rasa panas.
PadamCun lah tu. Minggu depan nak pergi Btu Pahat. In shaa Allah, boleh singgah.
BalasPadamDatang ye... cuba jenis-jenis sate di sini.
Padamwah kena jenguk peserai ni. Nak cuba rasa. Satay my peberet
BalasPadamSedap satenya. kalau ada kesempatan datang ke sini, memang nak singgah lagi.
Padamwahh ada banyak jenis sate kat sini..
BalasPadamSemua yang ada, kami cuba Syu. Tidak mengecewakan.
PadamWah..meriah sate...
BalasPadamSaya nak sate perut dan usus ayam tu..hehe
Dulu masa remaja kalau kat kampung saya yang selalu mak tugaskan proses usus ayam..Selepas dilurut "isi" usus tu lalukan air dan masukkan sembilu buluh dalam saluran usus untuk membelah usus dan bersihkan bahagian dalamnya.Melekat bau kat tangan..š¤£Memang kena banyak guna air nak bersihkannya.
Melihat sate usus tu saya rasa sangat terliurnya...Mana nak cari niiiiiii
Inilah pertama kali kami makan sate usus ayam.
PadamSamalah kita Mama Cella. Saya pun ditugaskan bersihkan usus ayam, tapi cuci di anak sungai. Usus ayam tak dibelah tapi dcucuk dengan lidi untuk diterbalikkan.
Laaaa...kenapa la saya tak perfikir nak cucuk lidi untuk terbalikkan..
PadamTq ideanya šcikgu..kalau ada usus ayam nak saja saya cuba sekarang juga...
rasa nak JJCM di Batu Pahat, sedap2 makanannya....hati lembu sedap ya diperap & dibakar...
BalasPadamDiam-diam sampai Batu Pahat ye. Orang Johor memang suka makan sate. Sarapan pun kadang-kadang makan sate jugak. Alahai boleh pulak gas habis dan kedai air tutup
BalasPadamOmak aih.. Jenuh juga tu makan tanpa air minuman.. Mujur masing-masing tak tercekik..
BalasPadam