Bismillahirrahmanirrahim.
Hari kedua kami di Batu Pahat, Fuad bawa jalan-jalan ke Mall Batu Pahat untuk membeli barang keperluannya seperti kasut, seluar dan tali pinggang. Kita pun ambil kesempatan membeli beg tangan kerana ada potongan harga sehingga 70%. Adalah juga oleh-oleh kecil dari Batu Pahat untuk dibawa pulang.
Selesai shopping seadanya, masing-masing rasa lapar pula! Agaknya banyak tenaga digunakan berjalan ke sama ke mari, jadi terbakarlah kalori! Oleh kerana pada malam itu Fuad hendak bawa kami ronda-ronda UTHM, jadi terlebih dahulu kami isi perut di Faa'it Nasi Ayam yang terletak di Lorong Fatimah, Parit Raja. Katanya di sini ramai pelajar UTHM menjamu selera kerana harga makanannya lebih murah berbanding tempat lain.
Menurut Fuad, ada otak-otak di sini. Tentu Mommy suka, sebab lembut dan senang dikunyah, katanya lagi.
Pepes Ayam dan Otak-Otak |
Nasi Ayam |
Nasi Ayam Goreng Kunyit |
Kuetiau Goreng |
Abang Farid memilih Nasi Goreng Pattaya |
Roti Telur |
Kita pun tak ingat apa lagi makanan yang anak-anak pesan. Apabila pekerja kedai makan tawarkan kaki ayam masak kari, kita pun setuju untuk memesannya. Kita hendak ratah-ratah sahaja kaki @ ceker ayam yang lembut itu. Harga untuk 3 ketul kaki ayam ialah RM2.00. Kita minta 6 ketul.
Eh, kita baru hisap-hisap seketul kaki ayam! Apabila hendak menambah lagi, hilang semua ketulan kaki ayam dalam mangkuk! Kita sangka tidak ada yang mahu makan! Mangkuk berisi kari kaki ayam berpindah-pindah pula ke tempat lain!
Kari Kaki Ayam |
Sementara menanti hidangan yang dipesan tiba di meja, kami dihidangkan dahulu dengan dua bekas berisi otak-otak dan pepes ayam. Pada mulanya, tidak seorang pun yang ingin mencicipi makanan ringan tersebut.
Otak-otak masih lagi panas. Kita buka sekeping dan makan. Anak-anak semua memandang kita makan, sebab sebelum ini mereka tak pernah makan otak-otak. Apabila kita buka bungkusan yang kedua, barulah ada yang ingin menjamah.
Begitu juga dengan pepes ayam. Anak-anak hanya memandang saja. Kita pula tak sabar nak rasa. Sebelum ini kita pernah nampak SK Tanah Jauhar kongsikan gambar otak-otak dengan pepes ayam. SK kata, dia terkejut dengan harga pepes ayam. Kita pun tak tahu berapa harga pepes ayam di sini! Rasanya sangat sedap, ditambah pula masih panas. Berketul-ketul jugalah masuk perut kita.
Kita tunjukkanlah pepes ayam di hadapan anak-anak dan suapkan sedikit ke mulut Firdaus. Sedap! Kata Firdaus. Jadi, abang-abangnya yang lain pun terus ambil pepes ayam! Habislah pepes ayam dalam bakul kecil.
Fuad memesan lagi sebakul kecil pepes ayam. Kalau tak silap, isinya ada tujuh.
Bakul kedua: Pepes Ayam |
Kali ini Amie yang belanja anak-anak makan. Apabila dijumlahkan, semuanya berharga RM59.00. Amie minta pekerja di kaunter mengira jumlahnya sekali lagi, makanan minuman termasuk otak-otak dan pepes ayam. Setelah dijumlahkan sekali, harganya tetap RM59.00!
Saya minta halal, kalau-kalau kami terkurang sebut makanan yang kami makan. Mana tahu terkurang bayar, ujar Amie agak risau.
Saya pun minta halal juga. Makanan yang disebut itulah yang dikira untuk jumlah bayarannya, kata pekerja tersebut.
Setelah kami masuk kereta, Fuad berkata: Di sini harga dijual untuk mampu beli pelajar. Itu sebabnya harganya murah.
Semoga pemilik Faa'it Nasi Ayam sentiasa dimurahkan rezeki kerana sentiasa menyantuni para pelanggan terutamanya pelajar-pelajar UTHM dengan harga mampu beli.
Alhamdulillah seisi keluarga menjamu selera di batu pahat enak semua menu boleh jalan dusun WP area situ
BalasPadamsedapnya semua makanan...lama x makan otak2 ..pepes ayam blm pernah cuba...kari kaki ayam menggoda sungguh, mmg best buat ratah-ratah..
BalasPadamAmie ni mabik gambar kat kedai pun cantik.... Pro gitu
BalasPadamSetuju...
PadamNampak sangat pro..saya memang angkat jempol
Pepes ayam sy belum pernah makan. Alhamdulillah murah tu Kak Amie, rezeki:)
BalasPadampepes ayam dan otak-otak sedap apa lagi kalau masih panas. Kaki ayam tu sedap banyak kolagen. Apa lagi kalau lembut sampaikan berderai tulangnya. Hah tu sodap
BalasPadamAduh amie kaki ayamnya sedap tu. ratah je pun sodap. peberet ni
BalasPadamMemang sedap pepes ayam. Saya biasa beli yang frozen dari Batu Pahat juga, adik ipar kalau ke sana kerap ambil order dari kami adik beradik.
BalasPadamotak2 bahaya sy panggil sbb once dah mkn asik nak menambah je hahahaha... murah betul kak kaki ayam tu. kalau sy pesan lbh2... ada roti kosong sedap tu cicah dgn kari
BalasPadamyelah kak mereka duduk dan membesar di LD kan itu tak kenal otak-otak dan pepes. Sedapnya makan pulak panas-panas kak. Aiyan pun dah pandai makan otak-otak kadang beli yang frozen emaknya masak dengan AF kita angkat je habis angkat je habis dibedal. Murah betul harga makannya kak dengan segala macam menu yang diambil tu.
BalasPadamMemang murah sangat, nanti kalau ke Pt Raja bolehlah sy cari kedai ni.
BalasPadamramai rupanya diam2 peminat kaki ayam hehe..anak2 nak tunggu mummy review sedap baru semua berani makan ye
BalasPadamSA terliur dengan otak- otak dan pepes ayam tu..nak lagi nampak plak kari kaki ayam..allahu....sedapnya...syukur dalam pada harga barang mahal ni ada jugak kedai makan yang murah...
BalasPadamSedapnya pepes dan otak-otak.. Memang laju je kalau ada ini kat atas meja..
BalasPadamMurah harga. Tidak sangka anak-anak Puan Amie makan kaki ayam.
BalasPadamsyu tak pernah lagi makan pepes ayam. kalau mak syu ni, mesti akan suka..
BalasPadamkaki ayam tu pula favourite syu. nampak sedap pula. lembut tak ? kadang-kadang ada kedai makan yang masak tak lama, macam keras sikit kaki ayam dia..