Pages

Jumaat, 23 Disember 2022

Sarapan Nasi Ambeng Citarasa Ori Johor di Restoran 3 Rahsia

Bismillahirrahmanirrahim.
Johor sudah beberapa hari ditinggalkan. Begitu juga dengan Melaka dan Negeri Sembilan. Tiba-tiba hari ini 10.12.2022 sarapan Nasi Ambeng Citarasa Ori Johor pula. memang sewaktu di Johor, Fuad beberapa kali bawa kami untuk makan nasi ambeng tetapi setiap gerai yang dikunjungi tidak menawarkan untuk makan di situ sebaliknya kena bungkus bawa pulang! Nampaknya Kari Kambing 40 Hari dan Nasi Ambeng Johor sudah terlepas!

Rupanya Restoran 3 Rahsia yang terletak di No 8, Jalan 15/2C, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor menyediakan masakan dari selatan tanah air!

Nasi Ambeng Johor


Ruang dalam restoran nampak kemas dan bersih.

Sedap mata memandang kan!


Nasi Ambeng Johor lauk ayam kicap ini berharga RM9.50 satu set. Amie ambil satu untuk dijamah bersama. Banyak pilihan menu lain dan sedap-sedap belaka.


Firdaus memilih sendiri bihun goreng dengan ayam goreng dan nugget ayam.


Encik Suami pula mengambil bihun goreng, telur mata dan sambal sotong.


Encik Suami memesan Kopi O Panas. Hadir bersamanya dua keping biskut.

Fuad mengambil nasi lemak lauk telur goreng mata dan ayam goreng.


Sebelum ini Fuad duduk bersebelahan dengan Fairuz dan makan rebut-rebut berdua. Pagi ini Fairuz sudah berada di Penampang. 


Ini set Kacang Pool. Kita nak makan roti dengan kacang pool.






Abang Farid berminat dengan Nasi Ambeng Johor. Nasi Ambeng yang Amie minta sudah habis dijamah bersama Fuad dan Encik Suami. Jadi,  dipesannya satu set lagi dan dimakan bersama Aseeyah.


Sewaktu kami hendak bayar harga makanan, sempat pula tuan restoran yang peramah ini bertanya adakah kami dari Johor seperti dirinya. Apabila di sebut Sabah, tiba-tiba dia menyatakan betapa rindunya untuk ke Sandakan kerana ada keluarganya yang terpisah jauh di sana.  Eh, teringat cerita Mama Cella hendak jejak kasih di Sandakan. 

Di restoran ini, ada dua jenis makanan untuk pelanggan. Jenis makanan pertama sudah sedia ada dan boleh ambil sendiri. Jenis yang kedua kena buat pesanan di kaunter. Jadi sewaktu membayar kami peru sebutkan makanan yang diambil. Sebelum itu, sewaktu Fuad, Encik Suami dan Firdaus ambil makanan, kami disuruh makan sahaja dahulu dan bayar kemudian.

Jadi, terkial-kial jugalah nak sebut makanan yang diambil sebab bukan semuanya kita ingat. Waktu itu tidak terfikir pula untuk buka HP, kerana memang kita ambil gambar makanan yang dimakan! Pernah sekali sewaktu makan di Nasi Ayam Faait, walaupun pekerja restoran ambil pesanan, tetapi apabila hendak bayar, kami ditanya semula apa yang kami makan! 

Lain kali kena ingat, kalau makan di tempat seperti ini perlu buka HP untuk lihat semula gambar makanan yang sudah dimakan!

Belum sempat kita sebut makanan yang diambil Fuad dan Firdaus, empunya restoran sambil tersenyum berkata:

Saya belanja awak. Makanan yang diambil sendiri itu saya bagi percuma. Jangan risau. saya belanja ye. Bayar saja jumlah harga dalam resit.

Ya Allah!
Kami hanya mampu ucapkan terima kasih di atas santunan budi baik yang ditunjukkan. Moga dipermudahkan urusan perniagaan Restoran 3 Rahsia ini, dan berlipat ganda kurniaan rezeki daripada-Nya.

Jumlah bayaran RM55.50.




Abang Farid dan Fuad mencadangkan supaya kami jalan-jalan ke Universiti Malaya pula. Maklumlah Abang Farid sudah jalan-jalan sekitar Bangi jejak UKM. Ah! Biarlah. Kita belum bersedia untuk jejak ke sana. Biarlah dulu. Kita tahu, pokok bunga tanjung yang rimbun dengan 1001 kenangan di belakang perpustakaan sudah di tebang. Kita ke tempat lain saja. 


3 ulasan:

  1. Wah menarik menu 3 Rahsia ni..Apalah agaknya 3 Rahsia tu agaknya kan..
    Alhamdulillah,
    murah rezeki Cikgu dan keluarga berkat selalu bermurah hati kepada orang lain.
    Semoga Fairuz juga sukses dalam kerjanya..
    Dalam hati sangat terpanggil nak menjejak kasih ke Sandakan,namun dalam masa yg sama seperti tidak sanggup nak hadapi kenyataan andai ianya lebih dari sangkaan..
    Namun perancangan Allah kita tak tahu

    BalasPadam
  2. wahh pemurahnya pemilik restoran 3 Rahsia ni..

    BalasPadam
  3. Aamiin.. semoga pemilik restoren beroleh rezeki yang berlipat ganda.

    BalasPadam