Bismillahirrahmanirrahim.
Cadangan ke Restoran Sate Kajang Hj Samuri dibuat oleh Abang Farid. Sebenarnya sudah banyak kali juga kita singgah di restoran cawangan kalau balik ke Malaya. Teringat zaman belajar di Kuala Lumpur dahulu, kita aktif terlibat dalam PERMAS (Persatuan Mahasiswa Selangor) dan berkesempatan makan Sate Hj Samuri di Kajang. Waktu itu kami makan di gerainya sahaja. Pernah satu malam, kami makan di meja luar gerai. Sewaktu sate sampai ke meja, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya! Berlarianlah kami membawa pinggan sate untuk berteduh di gerai!
Itu cerita dulu.
Betapa enaknya menikmati hidangan sate, dengan saiznya besar, murah dan sedap! Sekarang situasinya agak berubah dari segi saiz, rasa dan harga. Itu yang kita rasa dan tak tahu pula orang lain. Kita memenuhi ajakan Abang Farid ke sini kerana Abang Farid sukakan tempat ini.
Rasa sunyi pula tanpa Fairuz di sini. Ketika ini Fairuz sudag memasuki pesawat Air Asia X. |
Firdaus bergambar di bawah tangga, sebelum naik ketingkat atas. |
Suasana di dalam restoran tingkat bawah pada malam itu. Kami naik ke tingkat atas. Ketikaini hujan turun dengan lebatnya. Teringat peristiwa 30 tahun lalu berlarian dalam hujan menyelamatkan pinggan sate masing-masing!
Boleh klik di sini untuk ke laman sesawang :MENU SATE KAJANG HJ SAMURI & HARGA
Harga yang dipaparkan untuk setiap jenis sate:
- Sate Ayam - RM1.50
- Sate Daging - RM1.65
- Sate Perut - RM1.50
- Sate Hati : RM1.20
- Sate Ikan : RM2.00
- Sate Kambing : RM2.80
- Sate Arnab - RM3.20
- Nasi Impit Kecil - RM1.80
- Nasi Impit Besar - RM3.50
- Ketupat - RM0.70
Kami memesan semua tujuh jenis sate, tetapi lebihkan sate ayam. Menu tambahan termasuk nasi impit saiz besar dan hirisan bawang. Selain segelas minuman Teh O Ais, kami minta satu jug jus tembikai. Firdaus minta Nasi Goreng Ayam.
Kuah kacang, sambal, nasi himpit dan bawang. |
Tujuh jenis sate yang dipesan dihantar ke meja kami. |
Anak-anak tidak dapat membezakan sate ayam dengan sate arnab. Oleh kerana diletak dalam satu pinggan, jadi tak dapatlah mengenalinya. Rasanya pun macam sama saja. Itu kata Fuad.
Kita boleh bezakan sate ikan dengan sate hati. Sate hati ayam dicampur dengan mempedal ayam. Ketika makan sate ikan, teringat pula sate kerang! Aduhai....! Zaman sekolah rendah dahulu memang selalu beli sate kerang di kantin! Satu cucuk harga 5 sen, kemudian tahun berikutnya naik 10 sen! Mana nak jumpa sate kerang? Rindunya....sedap sangat!
Imam kecil mengetuai bacaan doa makan. Ketika hujan reda, kami pun selesai makan dan kemudian pulang ke homestay di DZR Home Bangi. |
Kombinasi 'sate' yang manakah memberikan rasa yang sempurna ketika anda menikmatinya:
- Sate dengan rasa perapan yang cukup rasa.
- Kuah kacang.
- Hirisan Timun
- Hirisan Bawang
- Nasi Himpit / Ketupat
Kadang-kadang, Amie terjumpa sate yang sangat sedap, tak cecah kuah kacang pun boleh makan dengan penuh selera sebab sate diperap dengan cukup rasa dan sempurna.
Saya biasa makan sate Samuri ni RnR, suka jugak makan sate hati. Tapi bahagian pedal saya tak makan, liat.
BalasPadamPernah beli sate frozen jenama Peladang kalau tak silap, sedap perapan jadinya boleh makan gitu je tanpa kuah.
Wah...makan sate sambil mengenang peristiwa dalam hujan lebat.
BalasPadamKenapa la saya tak terfikir nak cuba serba sikit setiap sate tu..Asal sate hanya ingat ayam,daging dan perut sahaja..
Sate kerang tu nostalgia kan cikgu..
lama tak makan sate di sini. dulu pernah makan beberapa kali juga..
BalasPadamKalau perapan sate dah sedap, tak makan dengan kuah kacang pun ok. Adik ipar duduk Kajang, kalau bawa sate balik rumah mak kami biasa bawa sate lain ☺
BalasPadam