Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah empat hari tidak dapat menikmati sebarang makanan dengan sempurna, kita minta Encik Suami bawa makan di luar. Permaisuri yang moody sebab di CABUT GIGI HIDUP-HIDUP! mahukan hidangan yang lembut, tak perlu banyak tenaga gigi untuk mengunyah, dan tidak mahu menunggu lama makanan sampai ke meja. Jadi Encik Suami pun parking kereta di hadapan Ocean Seafood Restaurant. Kalau sudah sampai sini, memang kita terus terbayang Peria Goreng Telur Masin! Terlupa perjuangan maut di klinik gigi!
Setelah melihat-lihat beberapa jenis menu, kita minta Special Beancurd. Nasi tolak tepi, sebab kalau makan nasi perlu makan lauk!
Special Beancurd |
Ketika ini hujan dan rasa sejuk. Dalam keadaan suhu rendah begini, baiklah minta minuman panas. Seperti biasa kami berdua minta chinese tea panas. Firdaus pula memesan milo panas atau milo nai.
Firdaus dengan Milo Nai. |
Special Beancurd. |
Udang Butter Basah |
Udang Butter Basah ini Amie tidak sentuh. Hanya Firdaus dan Encik Suami sahaja yang makan. 3/4 masuk perut Firdaus bersama nasinya.
Ikan Merah Kukus Lobak |
Amie ratah-ratah sahaja ikan kukus ini. Isnya yang lembut hanya perlu dikunyah perlahan dan terus tenggelam masuk perut.
Golden Basket. |
Golden Basket ini memang sedap. Amie pilih keladi yang dilenyek, digoreng rangup pada bahagian luarnya, tetapi di dalamnya lembut dan senanglah untuk ditelan. Isinya pula sotong masak berkacang. Encik Suamilah yang makan sotongnya.
Jemput makan ya kawan-kawan.
Nampak menarik Golden Basket tu.
BalasPadamDek kerana derita sakit gigi pada awal tahun lalu, berat saya turun banyak. Susah nak makan.
Ketika ini barulah terasa betapa tidak ternilainya harga 'sihat'.
PadamYg sepinggan sebelah beancurd special tu apa ye kak? Mmg pelanggan tetap ocean seafood ni
BalasPadamItu peria goreng telur masin.
PadamSakit gigi pun dapat makan yang sedap-sedap.. :)
BalasPadamDah tak sakit gigi. Makan sikit-sikit jew.
PadamAlahai kesiannya. Eh kak Amie, lepas cabut gigi kalau boleh elakkan minuman panas. Lagi bagus kalau makan aiskrim
BalasPadamChinese Tea tu memang datang panas, tapi hanya diminum selepas makan. Dah suam-suam sejuk airnya.
PadamAduh rugi Puan Amie tidak dapat nikmati semua. Nampak menyelerakan.
BalasPadamHarap-harap ok dah lepas ini.
Alahai.. semua sedap-sedap belaka.. sabarlah Cikgu Amie, nanti sakit tu dah hilang boleh datang semula ke sini.
BalasPadamaduh sedapnya kak... tapi bila gigi tengah buat hal semua nampak tak sedap kan
BalasPadamterus lapar sy dibuatnya hehehe
BalasPadamNampak menarik bean curd tapi sayang peria tak habis sebab permaisuri sakit gusi.
BalasPadamSedapnya golden bean curd & peria telur masin..
BalasPadamSemoga cikgu kembali sihat dan dapat berkumpul anak beranak di Malaya dengan ceria dan gembira...
Ya allah sedap semuanya....bean curd tu...aduhai...bagai memanggil2 ha...
BalasPadamgolden basket tu menarik perhatian aida.
BalasPadamnicely done and presented.
memang tertarik utk makan bila tgk hidangan tu :)
wahh sedapnya semua menu tu. mmg sedih kalau tak dpt mkn mknn kegemaran kan.
BalasPadamgolden basket tu mesti sedap kan, sebab dibuat dari keladi
BalasPadamTeringin pula Sha mencuba golden basket dan beancurd tu.. Nampak menarik..
BalasPadam