Bismillahirrahmanirrahim.
Masih ingat tak cerita buah kantan yang Amie kongsikan di sini: BERTEMU DENGAN ROS, BUNGA KAMPUNG SILUNGAI.
Pertama kali meihat buah kantan, dan makan sambal buah kantan memang satu pengalaman yang sungguh mengujakan. Apalagi Firdaus pun turut sama makan sambal buah kantan air tangan Ros.
Agar resipi itu tidak hilang begitu sahaja, Amie cuba buat sendiri tetapi tidaklah secantik hasil air tangan Ros. Sambal Buah Kantan Ros nampak warna warni, tetapi hasil air tangan Amie nampak pucat pula sebab gunakan hirisan bawang Holland warna putih!
Jadi, gambar di bawah ini Amie kongsikan dari dapur Ros. Nampak aslinya, sebab hasil olahan orang Murut itu sendiri.
Sambal Buah Kantan. |
Buah kantan yang masih muda dan tua. |
Mari kita jalan-jalan di sebelah dapur luar, di rumah Ros. Serumpun pokok kantan kelihatan subur dengan bunga dan buahnya yang banyak. Jarang kita nampak buah kantan kan? Memang susah nak nampak sebab sebaik sahaja timbul kudup bunga kantan, kita terus tebas. Rupanya, buah hantan terhasil apabila bunga kantan tidak diambil!
Bunga Kantan. |
Ros belah buah kantan, dan suruh kita merasa. Aduusss.... masam! Ros kata buah kantan boleh dibuat jus, tambah dengan madu. Kalau batuk-batuk bolehlah minum juas buah kantan. In syaa Allah. redalah batuknya itu.
Inilah isi buah kantan. Encik Suami tolong cungkil dari tempurungnya. Bahan-bahan lain yang diperlukan untuk membuat Sambal Buah Kantan termasuklah:
- Isi Buah Kantan
- Cili Padi
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Daun Bisuq (ketumbar jawa)
- Limau Kasturi
- Garam / Perasa pilihan
Cara:
- Hiris cili padi, daun bisuq, bawang merah dan bawang putih serta kulit limau kasturi.
- Masukkan dalamsebuah bekas, dan tambahkan isi buah kantan.
- Perahkan jus limau kasturi.
- Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
- Gaul sebati, dan hidangkan.
Sambal Buah Kantan Lahad Datu. |
Gambar atas : Sambal Buah Kantan air tangan kita.
Gambar bawah : Sambal Buah Kantan air tangan Ros.
Kawan-kawan, kalau terjumpa buah kantan, cubalah buat sambal. Kalau tak ada ketumbar jawa, gunakanlah daun ketumbar biasa.
Tak sempat berbuah lah bunga kantan kat rumah mak asyik kena petik je bunga dia.. nak pesan lah camni simpan kan sebatang bagi berbuah hehe...
BalasPadamMemang jarang nampak buah kantan, sebab asal berbunga terus cantas. Boleh cuba simpan sebatang, tengok hasilnya nanti macamana.
Padammasa baca masam tu, sy pun ikut tertelan air liur, hahaha.
BalasPadamRasa masam tu berkurangan apabila dicampur dengan bahan lain. Perahkan jus limau kasturi lagi...aduusss saya kecur!
PadamRasanya selalu tengok bunga kantan je dijual kt pasar tani... ni buah kantan br tgk jugak gambarnya
BalasPadamYa, bunga kantan biasa kita nampak di pasar tani. Buah kantan pun saya pernah tengok di pasar Ranau dan Keningau tapi tak pernah terfikir apa kegunaannya.
PadamRupanya ada buah ya. Betul selalu makan bunga kantan.
BalasPadamTerima kasih tunjuk rupa dan bagaimana untuk dapat buahnya.
Saya pun kalau Ros tak tunjuk, tak tahu ada buah kantan dan boleh dimakan .... ahaks.
Padamsaya pernah tengok buah kantan..tapi tu la sekadar mencicip rasa masamnya sebab tak tau pula boleh masak sambal..
BalasPadamSelalu nampak buah yang masak dicolek macam makan mangga muda tu..Kalau jumpa lagi buahnya...nak cuba la buat sambal ni..Terima kasih perkingsiannya cikgu
Saya pun nak buat lagi sambah buah kantan. Sedaplah pulak pada saya.
Padamkalau masakkan untuk mak2(mak mentua dan mak sendiri) ni mesti diaorang suka..
BalasPadamYa, orang-orang lama memang suka yang mesra alam...ahaks.
Padamcantiknya buah kantan tu kak, mesti bau nya pun semerbak harum kan.... tak pernah jumpa buah nya tu kak, geram tengok pokok ketumbar jawa akak yg subur tu
BalasPadamMemang subur betul rumpun pokok kantannya tu Dana. Buah dan bunganya pun besar-besar.
PadamWaktu Kak Amie ikut Ros cari ketumbar jawa di belakang rumahnya, teringat pokok ketumbar jawa yang Dana tanam.
Pertama kali baca tentang buah kantan. Mesti sedap rasa sambal buah kantan ni. Macam lebih kurang acar ye, Amie, makan dengan nasi.
BalasPadamYang suka aroma asli dari tumbuhan herba, tentu suka buah kantan ni Nur.
PadamMacam terasa² masam² pedas sambal buah kantan tu. Makan dengan nasi panas² dan ikan goreng tentu sedap kan cikgu 😊
BalasPadamMemang sedap sangat. Rasa pedas tu tambahlah menyengat bila hirup kuah sup buah tarap pula... meleleh terus!
Padamsaya baru tahu buah kantan ini kak, saya kira sama dengan bunga kecombrang, rupanya berbeza
BalasPadamDari blog Kak Amie lah saya baru kenal dan tahu rupanya ada buah kantan. Isinya macam buah markisa pula dengan rasa masam tu. Saya kurang sikit dengan bunga kantan ni kak Amie. Tak pasti boleh makan atau tidak sambal buah kantan ni. Tapi bolehlah cuba. Ohhh macam tu ye. Maksudnya kalau nak buah dia jangan ditebas bunganya. Nanti balik kampung nak membelek lah kot kot ada sebab bunga kantan tak ada siapa yang ambil. Terbiar je macam tu. Tak ada yang minat.
BalasPadamKat kampung SA banyak la buah kantan ni tapi tu la...semua sebab bunga kantan tak dipetik...sesekali balik kg SA la yang rajin petik
BalasPadammenarik. baru tau pasal buah kantan dan boleh dibuat sambal juga.
BalasPadam