Pages

Jumaat, 25 November 2022

Permainan Alam Kanak-Kanakku : Antologi Cerpen Kanak-Kanak

Bismillahirrahamanirrahim.
Ada sebuah lagi Antologi Cerpen Kanak-Kanak yang belum dijadikan entri, iaitu Permainan Alam Kanak-Kanakku terbitan SYFE Management dan diselenggarakan oleh Rashidah Abdul Karim.

Antologi Cerpen Kanak-Kanak : Permainan Alam Kanak-Kanakku

Seramai 12 orang penulis menyumbangkan karya untuk terbitan antologi ini.


Nukilan Amie bertajuk Layang-Layang di Tengah Bendang.


Kisah Layang-Layang di Tengah Bendang berkisar tentang keengganan Danial pulang ke kampung bersama ibu dan ayahnya. Danial tidak suka kehidupan di kampung.


Namun akhirnya, Danial berasa sangat gembira dan seronok apabila setelah mendapat kawan dan bermain layang-layang di tengah bendang. Ceritanya ringkas sahaja, tetapi sesuailah dijadikan bahan bacaan peringkat kanak-kanak seperti Firdaus.

Firdaus bersama buku Antologi Cerpen : Permainan Alam Kanak-Kanakku.


10 ulasan:

  1. Teringat zaman kanak² dulu. Bila tiba musim menuai padi, ramai kanak² akan bermain layang². Waktu tu saya dalam lingkungan usia 5-6tahun. Setiap petang memang meriah. Kebanyakannya rakan² kakak saya yang turut serta bermain. Kite kecik lagi, duduk tepi batas je jadi penonton 🤣. Sekarang dah takde budak main layang² di tengah bendang lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, cuba kembalikan suasana supaya kanak-kanak yang membaca dapat kongsi pengalaman.

      Padam
  2. wahhh kak amie menulis lagi👍👍👍👍tahniah kak!

    BalasPadam
  3. Kisah kanak-kanal kena guna bahasa yang mudah difahami. Tidak lupa selitkan pengajaran.

    BalasPadam
  4. menarik semuanya cerpen kanak2..saya cuma dapat beli beberapa saja katanya yang lain out of stock..huhu sayangnya tak dapat beli penulisan dari kak amie

    BalasPadam
  5. Bagusnya cikgu banyak bukukan kisah dulu-dulu dalam bentuk cerpen.Boleh jadi rujukan generasi akan datang dan boleh bawa generasi lama ni hanyut dalam kenangan🤭

    BalasPadam
  6. Karya Kak Amie lagi....SA masa kecik2 suka main bola rounders...atau bahasa sekarang kriket, lepas tu SA suka main lompat getah....

    BalasPadam
  7. Cantik cover buku tu.. Taniah kak amie untuk nukilan terbaru..

    BalasPadam