Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini sekolah rendah Firdaus ambil cuti peristiwa. Jadi Firdaus hanya ke sekolah agama sahaja pada sebelah paginya. Selepas solat Jumaat, kedua-dua beranak ini ambil Amie di sekolah dan kami keluar makan bersama-sama di Mama Win Cafe. Restoran Mama Win Cafe ada dua cawangan, satu di Bandar Seri Perdana dan satu di Bandar Wilayah. Kali ini kami makan di Bandar Wilayah.
Firdaus dengan Jagung Shake. |
Kita nak basahkan tekak dengan Mango Sago. |
Firdaus memesan Nasi Goreng Mama Win. Nasi goreng ini ada telur goreng mata gedik dan udang serta sotong goreng salut tepung dan sambal tomato.
Budak Firdaus makan sambil angguk-anggukkan kepala. Kata SK, kalau dah terangguk-angguk tu maknanya sedap betullah makanannya!
Encik Suami pula makan Nasi Goreng Ayam Geprek.
Nasi Goreng Ikan Masin |
Kita minta Nasi Goreng Ikan Masin, tetapi dihantar pula Nasi Goreng Kampung. Kita kata, tak apalah tapi Encik Suami minta pelayan restoran tukar. Entahlah, barangkali banyak pelanggan jadi tersalah masak pula. Sebenarnya malam sebelumnya, kami beli online dari Restoran Mama Win di Seri Perdana. Amie order Nasi Goreng Ikan Masin tetapi Foodpanda hantar Nasi Goreng Mama Win!
Jadinya, apabila datang ke Restoran Mama Win di Bandar Wilayah, Amie minta Nasi Goreng Ikan Masin sebab memang teringin hendak makan yang itu. Apabila yang dihantar Nasi Goreng kampung, itulah yang buat Encik Suami minta tukar!
Apabila sampai Nasi Goreng Ikan Masin, nampak sangat ringkas, hirisan ikan masin nampak satu dua hiris sahaja! Jadi, Encik Suami hulurkan ayam gorengnya, dan Firdaus berikan udang dan sotong goreng salut tepung!
Nasi Goreng Ikan Masin sudah ditambah lauk ayam dan sotong serta udang goreng salut tepung. Naiklah sedikit serinya!
Bismillah.....
Apabila nasi di sudu, maka ternampaklah hirisan ikan masin goreng di dalamnya! Itulah, lain kali jangan melihat luarannya sahaja dan terus memberi hukuman.... ahaks! Memang sedaplah Nasi Goreng Ikan Masin di Mama Win Cafe. Habis licin kita makan.
Nasi Goreng Ikan Masin |
Itulah macam-macam jenis nasi goreng jadi mungkin masa bungkus atau siapkan jadi tersilap.
BalasPadamApapun restoran kena hati-hati jangan tersilap.
Apapun alhamdulillah dapat lepaskan hajat makan nasi goreng ikan masin.
Memang betul2 win la tu kan, Daus.. hihihi. Boleh ke kita kongsi bubur kacang dan mango sago tu, Kak Amie? ๐
BalasPadamikan masinya menyorok dalam nasi..Don't judge the book by its cover hehe
BalasPadambubur kacang free sedap nmpknya
BalasPadamAgaknya ikan masin habis la kot..sampai 2x pesan salah hantar...tapi kalau habis eloklah bgtau pelanggan kan...
BalasPadamBubur kacang dan sago mango tu nampak sedap..eh..nasi goreng pun...hihihi
nmpk kosong je nasi goreng ikan masin dia. kalau ada telur mata satu pon ckup dah tu..
BalasPadamfav sy ni nasi goreng ikan masin. kalau mkn mesti tapau. simpan utk esok๐
BalasPadamsemua makanan yang akak tunjuk buat kita telan liur tau
BalasPadamKalau Firdaus makan dari kenyang terus lapar tengok dia...
BalasPadamRupanya ikan masin bersembunyi didalam timbunan nasi ye kak amie.. hehehe..
BalasPadam