Pages

Rabu, 9 November 2022

Kisah Datuk dan Nenekku : Antologi Cerpen Kanak-Kanak

Bismillahirrahmanirrahim.

Antologi Cerpen Kanak-Kanak ini diterbitkan pada bulan Jun 2022. Ketika itu kami sibuk jalan-jalan ke Labuan. Apabila kita pulang ke LD, sekotak kecil buku antologi kanak-kanak hasil tukangan  bersama sekumpulan rakan penulis tiba di pintu rumah. Barangkali sibuk menulis entri jalan-jalan, jadi terlepas pandang pula untuk abadikan hasil karya di sini.
Sudah tentulah rasa sangat gembira, tetapi terlebih ceria sudah semestinya budak kecil Firdaus! Namanya dipilih sebagai watak utama cerpen Kisah Datuk dan Nenekku. Tidak sabar-sabar Firdaus hendak membaca!

Kali ini Amie sempat menukil tiga tajuk cerpen di bawah penyelenggara dan editor Rashidah Abdul Karim, terbitan SYFE Management Sdn. Bhd. Terima kasih sekalung budi atas peluang yang diberi. Antara antologi cerpen kanak-kanak yang disertai termasuklah:
  • Antologi Kisah Datuk dan Nenekku - Tempat Jatuh Lagi Dikenang
  • Antologi Masakan Tradisional yang memikat Rasa - Kerak Nasi Serondeng Ikan
  • Antologi Permainan Alam Kanak-Kanakku - Layang-Layang di Tengah Bendang
Kita cerita dahulu tajuk Tempat Jatuh Lagi Dikenang. Cerpen ini dimuatkan dalam Antologi Kisah Datuk dan Nenekku.

Idea menulis cerpen ini tercetus apabila Firdaus selalu bertanya tentang datuk dan neneknya yang tidak pernah ditemuinya. 

Antologi Cerpen Kanak-Kanak : Kisah Datuk dan Nenekku


Firdaus dengan Antologi Cerpen Kanak-Kanak : Kisah Datuk dan Nenekku.

Video Firdaus baca cerpen.

Antara tajuk-tajuk cerpen dalam antologi ini.

Tempat Jatuh Lagi Dikenang mengisahkan perjalanan Firdaus bersama ayah dan ibunya dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu melalui jalan darat. Firdaus tertidur di dalam kereta dan bermimpi bertemu datuk dan neneknya. 


Datuk dan nenek bercerita tentang kenangan mereka sewaktu berada di Pulau Cocos.


Antara yang sering diceritakan oleh datuk dan nenek ialah peristiwa penghijrahan penduduk Pulau Cocos ke wilayah jajahan British termasuk Borneo.

Datuk dan nenek mengimbas kembali saat yang menyedihkan sewaktu berpisah dengaan keluarga dan saudara mara yang ditinggalkan di Pulau Cocos.


Kisah berakhir apabila Firdaus sampai ke kampung.


Al-Fatihah buat Atuk Relay dan Nenek Juria.


Semoga cerpen ini menjadi buah tangan paling manis buat Firdaus.

25 ulasan:

  1. Menariknya buku ni... jarang ada antologi bergenre kanak² mcm ni... teruskan menulis kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah akan terus menulis untuk tambah koleksi buku cerita kanak-kanak.

      Padam
  2. menariknya..mana nak beli ye kak buku ni?ada jual di kedai buku ke?nak belikan untuk Pia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pun berminat dgn buku ni Kak Amie. Mana boleh dapat ye?

      Padam
    2. Biasanya dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

      Padam
  3. Untungnya Firdaus, dapat baca nukilan ibu sendiri 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa... guna nama anak sendiri untuk watak utama.

      Padam
  4. Wah..isi cerpen agak berat, tapi pandai kak Amie mengolah supaya sesuai untuk bacaan kanak-kanak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tema agak berat, tapi kena olah ikut bahasa yang mudah difahami kanak-kanak.

      Padam
  5. moga terus banyak berkarya ye kak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah Dana. Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

      Padam
  6. Kalau baca novel @ cerpen yg ada nama kita ....dia punya syok lain macam.Apa lagi Daus kerana ianya hasil karya mommy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada beberapa kali jugalah setakat ini petik nama Firdaus, Fairiz, Fuad dan Farid dalam cerpen kanak-kanak.

      Padam
  7. idea, judul dan jln ceritanyaπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ seigt sy belum ada buku kanak2 sebegini. tahniah utk kak amie jg

    BalasPadam
  8. bila teringat pasal Pulau cocos dana terus terimbau pernah tengok dokumenteri di majalah 3 tentang kaum melayu di pulau cocos di Australia, atau juga di panggil Keeling Island.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pulau tempat lahir arwah MIL dan MIL, atuk dan nenek Daus.

      Padam
  9. adakah cerita benar ni kak amie, seronok firdau baca ttg diri dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita asal usul dan sejarah penghijrahan penduduk Pulau Cocos ke Borneo itu memang betul. Arwah MIL dan FIL termasuk di antara mereka. Firdaus lahir setelah MIL & FIL pergi untuk selama-lamanya. Cerpen ini gunakan teknik imbas kembali, cerita dalam mimpi Firdaus. Semua cerita yang dikisahkan oleh atuk dan nenek dalam mimpi itu benar.

      Padam
  10. Alhamdulillah.. Tahniah kak.. Cantik cover buku tu.. sesuai dengan temanya..
    Semoga jadi kenangan buat anak-anak akak.. Tambahan pula cerpenya merupakan kisah atuk dan nenek mereka..

    BalasPadam
  11. Seronoknya dapat abadikan kenangan dalam buku. Tahniah Kak Amie. Baru kena model dan wataknya. Simpan buah tangan ni ye Firdaus :)

    BalasPadam