Pages

Rabu, 9 November 2022

Kenangan Majlis Akikah Baby Ainin

Bismillahirrahmanirrahim.
Rasa sayang pula hendak buang gambar-gambar tart yang nampak cantik ini. Apabila diamat-amati gambar demi gambar, serta tarikh yang tertera....hujung tahun lepas! Barulah teringat gambar sempena majlis akikah cucu buah...eh cucu buah? Anak buah punya anak! Cucu adik ipar kita! Majlis tersebut berlangsung pada 27 November 2021, hampir setahun lalu. 
 

Cantik-cantik topping tartnya.




Terselit gambar kita duduk di tempat buaian baby Ainin.


Waktu itu kita berada di bahagian luar rumah membantu atur hidangan untuk tetamu. Jadi, tidak ikut sangat apa yang berlaku di dalam rumah.


Inilah baby Ainin. Sekarang baby Ainin sudah besar dan sudah dapat adik baru, perempuan juga nama baby Ara. Tak ingat apa nama penuh kedua-dua baby, sebab nama-nama moden yang susah melekat dalam memori ingatan kita. Kalau nama Halimah, Salamah, Zaiton atau Aminah memang senanglah nak ingat.... ahaks!

13 ulasan:

  1. Aduh macam-macam perisa tart. Budak-budak suka tengok warna macam-macam.
    Wah dekat jarak umur Ainin dengan adiknya, Ara.

    BalasPadam
  2. geram pulak nengok cheese tart tu kak oi, macam-macam gaya buat terliur je

    BalasPadam
  3. Amboiii..sedapnya tart dan mini brownies tu.. lama dah tak buat 😆

    BalasPadam
  4. Comel cucu buah K.Amie..Tema hello kitty tu pun comel..hehe

    BalasPadam
  5. Rindu pulak kita nak mengetart. Wahhh, comel Ainin, mesti Ara comel jugak macam kakaknya.

    BalasPadam
  6. cantiknya dekorasi dia! Simple tapi menarik!

    BalasPadam
  7. SA suka nama Maryam...eh...hehehe...apapun memang cantik comel jer tart tu...fav SA tu

    BalasPadam
  8. alolo comelnya baby Ainin tu.. gebu gebas.. cantik la presentaion cookies

    BalasPadam
  9. sedap nama Maryam! geramnya tart comel warna warni hehehe

    BalasPadam
  10. Cantik2 deko topping tart tu. Comelnya Baby Ainin 🥰

    BalasPadam
  11. cantik betul tartnya. Majlis pun nampak meriah. Siapa yang minat Hello Kitty? Ainin ke ibunya?

    BalasPadam
  12. Comelnya baby Ainin..
    Mengancam betul tart tart tu..

    BalasPadam
  13. Comelnya cheesetart pelbagai topping dan brownies cup. Cucu buah pun boleh kak Amie. Kita pun kadang confuse pangkat dalam keluarga ni. hehe...comel baby Ainin :) Manis senyumannya.

    BalasPadam