Pages

Isnin, 10 Oktober 2022

Pengat Nangka Campur Buah Laici & Sagu Biji

Bismillahirrahmanirrahim.
Awal pagi tadi Encik Suami minta kita buat sarapan nasi goreng.  Lebihan nasi yang terkumpul macam yang SK Tanah Jauhar buat itu akhirnya menjangkit ke dapur kita. Tukang kumpul sudah tentulah Encik Suami dan kitalah tukang masaknya. 

Eh, tiba-tiba kita teringat nangka yang kita beli di pasar tani kelmarin. Encik Suami makan seulas. Kita tak makan lagi. Malam tadi Encik Suami kata, kalau tak nak makan baiklah simpan dalam peti sejuk. Kita tak simpan tapi Encik Suami yang simpan.

Apabila kita cari nasi sejuk yang disimpan dalam peti ais, kita ternampak nangka yang Encik Suami simpan. Kita keluarkan dan terfikir pula baiklah buat pengat! Boleh jadi pencuci mulut. Mula-mula nak tambah jagung tin. Berbelah bagi pula, nak bubuh jagung krim atau jagung biji. Dalam terfikir-fikir itu terpandanglah satu tin laici dalam almari dapur. Ternampak pula sagu biji. Maka terhasillah Pengat Nangka Campur Buah Laici & Sagu Biji.



Tak sangka pula, Firdaus pandai makan pengat nangka! Nampak berselera betul menghirup kuahnya yang lemak manis bersagu biji. 

Nangka.

Inilah nangka yang kita beli di pasar tani. Harganya RM5.00. Entah mahal entah murah, kita beli sebab tergoda dengan aromanya yang wangi. Ada tujuh ulas semuanya. Dan lebihannya enam ulas setelah Encik Suami makan seulas, kita buat pengat.

Pengat Nangka Campur Buah Laici & Sagu Biji
Bahan-bahan:
  • 6 ulas nangka - keluarkan biji - hiris nangka ikut citarasa
  • 1 tin buah laici
  • 1/2 cawan sagu biji - rendam hingga kembang - toskan
  • 2 cawan air
  • 1 kotak santan
  • 3 sudu besar gula pasir - boleh tambah / kurangkan ikut kemanisan yang dikehendaki (sudah ada rasa manis air buah laici)
  • secubit gara,
  • sehelai daun pandan - siat dan simpul
Cara:
  1. Masukkan sagu biji bersama dua cawan air ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih / sagu biji kelihatan jernih.
  2. Masukkan daun pandan, gula pasir dan  buah laici bersama airnya sekali.
  3. Seterusnya masukkan nangka, secubit garam dan santan.
  4. Kacau selalu sehingga nangka menjadi layu.
  5. Apabila kuah mula mendidih, padamkan api dapur.

7 ulasan:

  1. Wah..inovasi baru..campur laici,.boleh cuba ni gabungan harum nangka dan laici.
    Kalau 7 ulas RM5 sama macam tempat saya..7 ulas RM4.99..nampak macam murah sikit kan...bila bayar dia rounding bayar RM5 juga...hadoiii

    BalasPadam
  2. Tak sangka, laici pun boleh masuk dalam pengat ya, Kak Amie. Elok pulak tak lebam bila dimasak.

    BalasPadam
  3. 1st time jumpa resepi pengat nangka + laici. Nampak sedap tu. Biasa laici tin tak sempat dibuat masak, habis untuk dibuat air je😄

    BalasPadam
  4. Mahu tak berselera Firdaus makan. Ada nangka, ada laici dan ada sagu biji dah tentu sedap! Tak pasti murah ke mahal sebab jarang beli nangka. Tergoda juga kalau teringin nak makan.

    BalasPadam
  5. Pengat nangka memang sedap. No wonder Firdaus makan penuh selera

    BalasPadam
  6. Mana lah Daus tak tergoda, bau pengat tu sudahla harum, bau nangka tu mesti sangat menggoda. Dana kalau buat pengat nangka suka betul dek keharuman bau nangka yang dicampur dengan bau pandan.

    BalasPadam