Pages

Ahad, 9 Oktober 2022

Menyongket Tak Ingat Romah & Ros Kampung Untuk Dana!

Bismillahirrahmanirrahim.
Walaupun cuaca mendung, dan hujan sekejap-sekejap tapi hasrat hati hendak menyongket tetap diteruskan. Pada masa yang sama sudahtetulah ada juga perkara yang menjengkelkan terpaksa dhadapi.

Wokey! Cuci mata dahulu dengan gambar ros kampung (Dana kata ros pengantin), yang kita petik dari rumah adik ipar kita di Silabukan.

Ros kampung @ pengantin yang indah berseri dan harum wangi!


Sebelum menyongket, isi perut dulu di Rumpun Selera. Kemudian kami ke pasar tani. Cuaca sungguh terik! Terpaksalah kita berselindung di sebalik topi. Memang panas membakar kulit! Hasrat hati hendak beli petai, tapi tak sampai hati nak beli. Hanya tiga papan yang rombeng-rombeng dengan harga RM10.00. Agaknya Kalau tiga papan harga RM10.00 mungkin kalau sekilgram harga RM40.00 dapatlah 11-12 papan petai kot!

Hendak beli rambutan di tepi jalan berhampiran pasar ikan, harganya RM20.00 sekilogram. Allahu Akbar! Kalah harga anggur! Akhirnya beli buah nangka, RM5.00. Tak pastilah mahal atau murah.

Nangka RM5.00.


Firdaus pula mukanya sudah merah padam menahan panas pancaran matahari. Masuk saja ke dalam kereta, terus sedut air jagung.

Tak cukup minum air jagung, minum air tebu pula! Itu air tebu kita tau.

Kami cepat-cepat balik ke rumah. Jam menunjukkan pukul 11:00 pagi. Kita berehat di ruang tamu dan pasang pendingin hawa. Minta Firdaus ambilkan bantal dan terus lelapkan mata. Tak lama kemudian Firdaus pun ikut tertidur di sebelah kita. Eh, tiba-tiba datang Encik Suami bawa bantal dan terus baring. Tertidurlah kami sehingga tengahari!

Selepas solat zohor, Encik Suami ajak jalan ke Silabukan. Katanya hendak ziarah adik ipar yang baru menimang cucu pertama. Kami terus bergerak ke Silabukan. Perut? Oh, masih kenyang sebab sarapan berat di Rumpun Selera. Dalam perjalanan ke Silabukan, sempat menoleh ke arah gerai ikan di tepi jalan. Balik dari Silabukan nanti bolehlah beli ikan. Encik Suami pun bawa besen ikan di dalam bonet kereta.

Walaupun hujan turun di tempat adik ipar, tapi sempat juga kita melawat-lawat halamannya. Tak lepaskan peluang ambil gambar bunga ros pelbagai warna.

Ros Merah.

Ros Putih.

Ros Putih.




Ros merah jambu yang sangat cantik! Teringat DANA yang sangat sayang pokok-pokok bunga rosnya. Untuk Dana, Kak Amie titipkan bunga ros kampung di bawah ini. Dana kata, ini bunga ros pengantin.

Bunga ros pengantin untuk Dana.



Tiram.

Balik dari Silabukan sempat singgah gerai ikan. Rupanya ikan sudah habis dijual. Yang tinggal hanya tiram!



10 ulasan:

  1. Eh,rasa macam dah komen malam tadi..lupa klick publish kot..hihihi
    Kita cakap tengok bunga ros pengantin tu..kita pun ingat Dana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tengok dalam blogger:ulasan, memang tidak ada komen Mama Cella. Saya pun akhir-akhir ini ralat juga. Banyak kali komen di blog kawan-kawan, tapi tak keluar. Kawan-kawan yang komen di blog saya pun kadang-kadang ada juga yang tak keluar. Bila tengok di blogger bahagian ulasan, di situlah tersembunyinya komen kawan-kawan. Main sembunyi-sembunyi pula hihihiiii.

      Padam
  2. Banyak betul Firdaus minum air. Sini tiada panas sangat.
    Cuci mata tengok bunga ros.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain betul cuacanya di LD. Sekajap hujan sekejap panas. Time panas tu yang tak tahan teriknya.

      Padam
  3. Mesti comel Kak Amie menyongket pakai topi beso.

    BalasPadam
  4. Saya agak2 je menyongket tu membeli belah kot.

    BalasPadam
  5. Ohh namanya ros pengantin, ada juga ros pengantin ni di rumah mak mentua. Warna merah jambu. Asal berbunga saya ambil gambar. Menarik sungguh yang warna merah terang tu. Cantik!
    Harga buah dan sayur zaman sekarang sama naik dengan harga barang. Kalau nak membeli tu fikir banyak kali. Betul betul haus Firdaus, semua air dia minum. hehehe...

    BalasPadam
  6. Terima kasih kak, atas titipan bunga ros pengantin yang cantik tu. Memang sangat dana admire tau bunga tu. Bunga ros kampung semua dana suka, sebab sifatnya yang harum lembut dan tahan lasak. Tak jemu mata memandang.

    BalasPadam
  7. Tengah musim panas terik ya kak di LD, dekat selangor dan kl ni asyik la hujan mendung je cuacanya kadang panas kejap petang dah hujan sampai ke malam. Sampai tak menahan kehausan Daus tu ya, kadang kita pun bila dah kepanasan memang dapat minum ais nikmat betul. Mahal bebeno petai dan buah rambutan ye kak, RM20 sekilo? aduhla

    BalasPadam