Pages

Selasa, 18 Oktober 2022

Nasi Beriani vs Nasi Arab

Bismillahirrahmanirrahim.
Mari kita cerita tentang menu makan tengah hari kami pada minggu lepas, Nasi Beriani vs Nasi Arab. Kita sembang dahulu tentang Nasi Beriani (ejaan Kamus Dewan Edisi Keempat) yang dipercayai berasal dari Asia Selatan iaitu India dan Pakistan. Di India, Nasi Beriani terdapat dalam pelbagai variasi seperti:
  • Hyderabadi Biryani
  • Thalassery Biryani
  • Lucknowi Biryani
  • Bombay Biryani
  • Calcutta Biryani
  • Vaniyambadi Biryani

Di Asia Tenggara pula, Nasi Beriani mempunyai nama tersendiri mengikut negara seperti:
  • Nasi Beriani Gam - Malaysia dan Singapura
  • Nasi Briyani - Indonesia
  • Khao Mok - Thailand
  • Danbauk - Myanmar
  • Nasing Biringyi - Filipina
Sumber: NASI BERIANI

Lain kali kita cerita pula tentang Nasi Arab. Tajuk entri Nasi Beriani vs Nasi Arab sebab nak berkisah pilihan makan tengah hari kami. Encik Suami makan Nasi Arab, Amie makan Nasi Beriani.

Nasi Beriani Ikan vs Nasi Arab Ayam

Kami ambil makanan ikut selera. Kalau Encik Suami, selagi tidak datang sup kosong ke meja, memang dia rasa tak lengkaplah hidangannya. Jadi, sudah ada sup kosong, acar mentah dan keropok papadom, maka Bismillah.

Nasi Beriani Ikan


Lauk-pauk Nasi Beriani tidak terhad kepada ayam atau kambing sahaja. Amie ambil lauk ikan putih goreng. Kita ambil sendiri nasi dan lauknya. Kalau pelayan restoran yang ambilkan nasi, memang penuhlah pinggan, dan biasanya kita tak habis makan. Biasanya Nasi Beriani kita ada acar dan keropok papadom. Amie tambahkan acar mangga dalam pinggan.

Nasi Arab.


Nasi Arab pilihan Encik Suami berlaukkan ayam goreng dan acar timun.

Keropok Papadom.

Sup Urat & Perut

Kami minta sup urat dengan perut. Pelayan restoran ambilkan semangkuk kecil, tetapi penuh isinya! Puaslah kami meratah. Ada pun Sup Urat & Perut ini tidak ada kaitan pun dengan Nasi Beriani & Nasi Arab. 

Oh, ya! Kami makan di Restoran Rumpun Selera. Lepas makan terus balik rumah.
Kalau sesiapa jalan-jalan ke Lahad Datu, bolehlah singgah di sini:
Restaurant Rumpun Selera, 
Bandar Sri Perdana, 91100 Lahad Datu, Sabah

12 ulasan:

  1. Kalau kami jalan-jalan ke LD nak singgah juga RRS tu..tapi sebelum tu nak sanggah Amie's Little Kitchen dulu la🥰
    Saya baru tau ejaan yang "beriani" yang betul..TQ cikgu.
    Sup tu sedapnya..sup urat tu kat sini dipanggil sup keting..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh...boleh sangat Mama Cella. Singgah dulu rumah kita @ Amie's Little Kitchen, di seberang jalan tak jauh dari RRS.
      Ooh, urat sama dengan keting ye.

      Padam
  2. Macam2 masakan kat restoren tu ya, western, eastern, Malaysian cuisine semua ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pagi: masakan India & Melayu
      Tengahari : Masakan Melayu, India & Arab
      Petang & Malam: Semua ada.

      Padam
  3. Dua-dua sedap kan kak, sebab nasi nya dah sedap berperisa dengan rempah. Aduh tapi kok dana tergoda nengok supa urat dengan perut tu, sedapnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Amie teringat rojak... apa tu yang Dana selalu share, rojak urat kot.

      Padam
  4. Lain tempat lain ejaanya. Sebutan pun lebih kurang. Nampaknya Kak Amie lebih suka lauk ikan dari ayam dan kambing. Sup dan suami kak Amie berpisah tiada :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya Kak Amie suka kambing dan ayam, tapi sekarang ini gusi tak berapa kuat selepas pembedahan, jadi terpaksalah makan ikan saja...ahaks. Nanti dah okey, memang terkam kambing saja.

      Padam
  5. Kedua-duanya) pun sedap bagi saya tapi itulah kena ada sup, kalau tak kering je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Nasi beraroma memang selalu menggoda selera.

      Padam
  6. mata sy tetap pada sup urat & perut tu hehee

    BalasPadam