Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin dan hari ini Amie sehabis tenaga menjadi penceramah menyempurnakan bengkel menjawab SPM. Jadi, ada alasan untuk isi perut sehingga kenyang sebelum balik ke rumah. Sampai rumah, sudah tentu boleh terus berehat. Tak perlu bersilat di dapur untuk memasak. Untuk Firdaus pula, petang tadi, kami belikan makanan untuknya.
Kelmarin dan hari ini Amie sehabis tenaga menjadi penceramah menyempurnakan bengkel menjawab SPM. Jadi, ada alasan untuk isi perut sehingga kenyang sebelum balik ke rumah. Sampai rumah, sudah tentu boleh terus berehat. Tak perlu bersilat di dapur untuk memasak. Untuk Firdaus pula, petang tadi, kami belikan makanan untuknya.
Kami makan tengah hari di Warung Kampung. Sesiapa yang tersesat atau datang ke Lahad Datu, bolehlah singgah makan di sini. Warung Kampung terletak di Bandar Lahad Datu, berhadapan dengan kedai kasut BATA.
Makanan tengah hari yang Amie pesan sudah tentunya kapurung, sejenis hidangan tradisional masyarakat Bugis. Bahan utama kapurung sudah tentulah tepung sagu dan boleh juga gunakan tepung kanji. Ia lebih kurang ambuyat. Kalau ambuyat dimakan menggunakan candas, tetapi kapurung dicampur bersama kuah dan bahan-bahan lain seperti sayur bayam, jagung manis, kacang panjang dan sebagainya. Tambah lazat dinikmati bersama sambal belacan.
Amie memesan Kapurung Spesial. Kata pekerja warung, spesialnya kerana ada udang segar.
Antara menu yang terdapat di Warung Kampung. |
Sewaktu kami datang, banyak pilihan lauk untuk dimakan bersama nasi. Kiranya ada pilihan untuk makan nasi campur. Namun begitu, kami memilih set makanan panas. Encik Suami meminta Nasi Goreng Ayam Penyet. Lain kali nak cuba nasi campur pula sebab banyak lauk yang nampak sedap!
Kapurung Special & Nasi Goreng Ayam Penyet. |
Sup Kosong. |
Sup kosong nan semangkuk kecil ini, kata Encik Suami, rasanya sedap! Kita pun teringin nak hirup sebab datang ke meja dalam keadaan panas berasap. Tapi, pada masa yang sama datang semangkuk kapurung pula. Kita pun terus terlupa sup Encik Suami!
Teringat Mama Cella selalu kata dapat sup kosong yang memang betul-betul kosong.... ahaks. Nampaknya kenalah bawa bawang goreng dengan daun sup supaya sup tak nampak kosong... hehehehhe!
Teringat Mama Cella selalu kata dapat sup kosong yang memang betul-betul kosong.... ahaks. Nampaknya kenalah bawa bawang goreng dengan daun sup supaya sup tak nampak kosong... hehehehhe!
Memang gembira sangatlah Encik Suami, dapat satu set Nasi Goreng Ayam Penyet dan semangkuk kecil sup kosong. Bismillah.
Nasi Goreng Ayam Penyet lengkap dengan sekeping ayam goreng bahagian peha, ulam timun dan daun salad, keropok, tempe goreng serta terung goreng. Sambalnya sedap. Ada rasa daun kemangi.
Kapurung Special |
Kita pula, habis semangkuk kapurung masuk perut. Licin kuahnya! Hanya tinggal janggut udang saja dalam mangkuk. Sambal belacan pun habis. Kita copet sambal Encik Suami.
Fresh Orange |
Begedil Jagung |
Kita bawa pulang begedil jagung. Beli lima ketul saja. Rasanya sedap. Kenapalah beli lima ketul saja? Memang harus ulangi lagi ke Warung Kampung. Sudahlah makanannya sedap-sedap, layanannya pun cukup mesra pelanggan. Tidak rugi datang ke sini. Harap selepas ini ada alasan lain untuk ajak Encik Suami makan lagi di sini.
Nampak macam sedap je. Tapi saya ni jenis yang makan benda yang saya tahu makan saja. Tapi orang kata, belum cuba belum tahu..
BalasPadamMemang ada sesetengah orang yang hanya makan makanan yang biasa dia makan saja.
Padamwahhhhhh memang nampak crispy betul begedil jagung tu
BalasPadamSedap tu begedil jagung. Beli 5 ketul, habis masuk perut.
PadamNampak sedap kapurung tu.. tak nampak isi dia camne. kiranya macam ambuyat lah lembut2 dan campur dengan lauk lain dan berkuah eh cikgu.
BalasPadamIsinya rasa ambuyat sebab dari bahan yang sama. Cuma kapurung ni, kajinya dibentuk bulat-bulat.
Padamunik namanya kapurung..1st time dgr
BalasPadamMacam-macam jenis makanan kan.
PadamAlamak Amie, jauhnya nak tersesat ke Lahad Datu tu, macam sedap je tengok kapurung tu, post boleh tak hahahaha
BalasPadamMarilah datang Sabah hehehee.
Padamsedapnya nampak kuah kapurung tu kak, nampak pekat gitu. Set nasi goreng ayam penyet suami akak tu pun lengkap ayam pun besar puas hati. Sup kosong nya nampak sedap, kalau kat sini sup kosong mmg takde lah daun bwg daun sup ngn bwg goreng tu kak.. Bergedil jagung lama dana tak buat
BalasPadamHabis licin semangkuk Kak Amie makan kapurung.
PadamSup tu memang sedap.
Begedil tu sangat menggoda... nak buat sendiri malas, jadi tapau sajalah bawa balik hehehee.
Sedapnya kapurung tu akak... semua sedap termasuk nasi goreng ayam penyet tu jugak kak.
BalasPadamAlhamdulillah. Semuanya sedap, dan masih panas. Berpeluh-peluh jugalah makan, dengan panas dan pedas.
PadamTak tahulah bila nak tersesat kesana Kak Amie. Dah tentu akan pergi tempat makan yang kak Amie recommend. Pekat kuah kapurung. Ada udang bertambah sedap rasanya.
BalasPadamMemang rasa nak selalu makan di sini Fizah. Layanan bagus. Makanan pun sedap. Memang sedap tu kapurung, manis udang segarnya.
Padammasuk rumah kak amie macam2 makanan yang 1st time tahu&dengar namanya..LD kaya dengan pelbagai makanan yang bagi saya sungguh unik
BalasPadamMungkin kaum yang berbeza, jadi budaya pun agak berbeza sedikit termasuk makanannya.
PadamKapurung pulak dahhhhh.....hai,macam menggamit saya untuk mencubaš¤
BalasPadamCubalah Mama Cella. Saya dah pernah janji dengan isteri anak buah ( orang Bugis) nak buat kapurung tapi janji hanya tinggal; janji.
PadamKali pertama dengar Kapurung. Tak boleh nak imagine sebab ambuyat pun tak pernah cuba
BalasPadamKapurung makanan tradisi masyarakat Bugis. Ambuyat pula makanan tradisi masyarakat Brunei dan Bisaya.
Padamkalau laa ada org kat sini jual kapurung tu. jam ni jg sy g beli hehehe
BalasPadamMarilah datang Sabah.
Padamfirst time dgr kapurung. rasa mcm mna tu?
BalasPadam