Pages

Rabu, 12 Oktober 2022

Makan Kebab Pakistani & Urusan Passport

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini keluar selepas subuh, dan balik ke rumah ketika azan maghrib berkumandang. Tak habis-habis menguruskan hal duniawi. Kelmarin, kita kaji sungguh-sungguh bagaimana cara untuk membuat permohonan memperbaharui passport secara online. Passport kita sudah tamat tempoh sejak Julai 2021. 
Pagi tadi, Encik Suami ke Pejabat Imigresen LD untuk permohonan passport baharu. Sempat pula Encik Suami bertanya kepada petugas di kaunter cara untuk memperbaharui passport yang telah tamat tempoh. Berita baik dikongsikan dengan kita. Kata Encik Suami, kita boleh perbaharui passport secara walk in!

Alhamdulillah! Syukur Alhamdulillah. Kita hanya perlu bawa passport lama, salinan kad pengenalan, kad pengenalan sebenar dan kad debit untuk membuat pembayaran.

Pejabat Imigresen sudah tentulah tutup pada waktu tengah hari dan dibuka semula pada pukul dua petang. Kata Encik Suami, eloklah kami ke sana sebelum pukul dua petang! Sebenarnya Pejabat Imigresen ini hanya lebih kurang 300 meter sahaja dari rumah kami (rumah yang kami sewa sehingga tahun 2001 dulu.... ahaks). Setelah kami pindah rumah, jaraknya jadi 3.5 kilometer. Jarak dari tempat kerja kita pula lebih kurang 2 kilometer sahaja.

Perut pun mula keroncong sebab belum makan. Sebelah paginya hanya makan sebiji telur rebus, seketul ayam goreng dan sepiring bihun goreng. Tidak ada pilihan kedai makan paling dekat kecuali Restoran Nasim Khan Makanan Pakistan yang kami singgahi kelmarin. Jadi, sekadar untuk alas perut, kami pun singgah di sini. Encik Suami nak makan roti nan keju. Kita pula nak makan kebab. Jadi, pesan sajalah mana yang berkenan di mata dan memikat pada selera.

Kebab Pakistani

Roti Nan Keju + Kebab Pakistani + Daging Rusht + Kacang Kuda

Roti Nan Keju

Makan sekeping Roti Nan Keju dengan Encik Suami.

Daging Rusht

Kacang Kuda

Kebab Pakistani

Kebab Pakistani ini ada limau kasturi sebiji!

Teh Pakistan

Selesai makan, kami tergesa-gesa singgah di rumah kakak ipar yang terletak tidak jauh dari restoran. Tumpang solat zohor di situ. Pukul 1:45 tengah hari, kami sudah berada di luar pagar Pejabat Imigresen LD. Harap-harap apabila datang awal, dapatlah berurusan dengan lebih cepat.


Pada sebelah paginya, Encik Suami sepatutnya ambil passportnya sejam selepas pendaftaran tetapi Encik Suami terpaksa tinggalkan Pejabat Imigresen LD kerana sambung urusan kerjanya. Jadi, terpaksalah datang semula di sebelah petang untuk mengambilnya.

Proses memperbaharui passport kita tidaklah mengambil masa yang panjang! Kita berurusan sekitar pukul dua petang. Setelah membuat pembayaran menggunakan kad debit, petugas kaunter memberitahu kena tunggu sejam untuk ambil passport baharu. Kami pun tinggalkan Pejabat Imigresen LD, dan  berurusan dengan Abang ATM di Fajar Centre. Kemudian kami kembali semula ke pejabat, dan passport sudah siap diproses!

Pukul 3:30 petang, kami tinggalkan Pejabat Imigresen LD dengan senyum lebar! Terima kasih banyak-banyak buat para petugas  Jabatan Imigresen LD kerana peramah, dan cekap membuat kerja anda!

Passport baharu!

Kami tidak terus pulang, sebaliknya membelok ke jalan menuju sekolah Firdaus. Amie  masuk ke bilik guru (sekolah Firdaus bersebelahan dengan sekolah kita), dan sempat tunaikan solat asar di surau sekolah. Firdaus keluar sekolah pukul 5:20. Setelah mengharungi kesesakan jalan raya, maka sampailah kami ke rumah ketika azan maghrib sedang berkumandang tepat pada pukul 5:55 petang!

17 ulasan:

  1. Wah...
    Nak terbang ke mana pulak tu merpati dua sejoli ni..?
    🕊️🕊️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee... saja jew sedia-sedia, mana tahu ada rezeki boleh berterbangan cuti nanti.

      Padam
  2. Waahhhh... cepatnya urusan renew passport di LD.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum PKP terpaksa tunggu lama, sekarang tak sangka cepat pula. Dulu ramai pelanggan, kelmarin tidak sesak sangat.

      Padam
  3. Mesti ada plan travel hujung tahun ni.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sementara ada waktu sekarang ni, eloklah buat / perbaharui passport. Nanti kalau nak travel tak adalah kelam-kabut.

      Padam
  4. wah...dah boleh walk in ye...huhuhu kita punya pun dah expired tu yang dok dendiam dulu. Amie proses ambil gambar macamana pulak sama macam dulu ke sebelum pkp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pastilah pula di tempat lain boleh atau tidak walk ini. Kata petugas di kaunter, banyak sangat masalah apabila permohonan online. Jadi, dibuka cara walk in pula.
      Ambil gambar macam dulu juga.

      Padam
  5. terbang berdua je kak? Daus camno tu heheheh pergi honeymoon lagi ke nanti ?hehhehe
    Apasal dana terliur betul nengok kacang kuda dimasak gitu mesti sedap lemak berkrim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum nak terbang lagi Dana.
      Kadang kuda tu memang sedaplah Dana. Sudah makan kelmarin dulu, kelmarin pun makan lagi.

      Padam
  6. Lepas akak cerita pasal komen tu, dana pun belek-belek komen dana. Rupanya ada jugak beberapa komen kawan-kawan yang jd spam juga kak, nasib akak kongsikan caranya. Terima kasih kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga Dana sebab timbulkan perkara ini. Bolehlah kita cari solusinya kan Dana.

      Padam
  7. Salam kenal kak amie..biasanya sy silent reader yang setia hari-hari jenguk akak di LD..hari ni baru nak menyapa ;)

    BalasPadam
  8. wah dh plan nk terbang obersi ya amie

    BalasPadam
  9. Cepat siap di LD ye. Last month masa buat mykids untuk Sofea, ade kawan nak ambil passport dia. Dia renew online. 4 jam menunggu 🤭

    BalasPadam
  10. Singgah kembali ke kedai pakistan. Kebab Paskitani tu pertama tengok rupanya. Biasa tengok kebab dengan roti pita. Nampak agak kering jenis kebab dia.

    Alhamdulillah, senang urusan renew passport. Pasni boleh terbang jauh :)

    BalasPadam