Pages

Khamis, 13 Oktober 2022

Jalan-Jalan Cari Makan di Restoran Ikan Panggang

Bismillahirrahmanirahim.
Hari ini selepas tamat sesi kerja, kita bersama Encik Suami bergerak ke bandar, tujuan ke klinik kesihatan. Setibanya di sana, klinik ditutup sementara, memberi laluan berehat kepada petugas-petugas di situ. Kata Encik Suami, alang-alang menunggu satu jam di dalam kereta lebih baiklah isi perut dahulu. 

Encik Suami tunjukkan sebuah restoran berhampiran klinik tersebut, terletak di hujung bangunan perniagaan. Terpampang dari jauh, namanya Restoran Ikan Panggang. Katanya, dia pernah makan di situ bersama kakak ipar kita. Kami pun masuk ke restoran tersebut. Penuh! Terpaksalah tawaf beberapa pusingan untuk dapat tempat duduk. Pelanggan perlu layan diri.

Kita.... rasa tak berapa sedap perasaan sebab selepas makan akan berjumpa doktor pula. Selera makan pun agak tumpul! Tapi kita makan jugalah. Encik Suami hendak makan ikan panggang. Oleh kerana sudah ada lauk-pauk lain, jadi kami ambil seekor ikan panggang sahaja iaitu ikan ogos. 

Ikan Ogos Panggang


Tidak sia-sia makan ikan panggang di sini. Pencecahnya, sambal belacan dan sambal kicap tersangatlah sedap!




Selain ikan ogos panggang, kita ambil sotong masak hitam. Lembut sotongnya. Tidaklah rasa keras macam getah! Pinggan Encik Suami pula, sudah ada sayur peria.



Dalam pinggan nasi sudah penuh dengan sayur terung masak berlada, dan juga ulaman kacang bendi serta kacang botol.

Paku Tanjung Masak Lemak

Encik Suami suka makan sayur pucuk paku tanjung. Kita ambilkan semangkuk kecil Paku Tanjung Masak Lemak.

Sotong Masak Hitam.


Dan kerabu mangga muda.

Bismillah.

Selesai makan kami kembali ke klinik dan setelah beres urusan, kami sambung lagi dengan urusan yang lain di bandar. Dalam perjalanan pulang, sempat singganh di gerai buah-buahan di Jalan Assam.


Tengok buah pisang masak tersangkut di bahagian atas, dan melihat buah tembikai di bahagian bawah. Tengah-tengah buah betik! Buah betik sudah habis, jadi kenalah beli lagi.



Akhirnya beli buah betik dan buah pisang berangan.


Kami beli tiga biji buah betik. Cukuplah untuk bekalan selama tiga hari. Hari ketiga mungkin sudah boleh makan buah betik yang bulat itu. Dua biji betik lagi empunya gerai berikan percuma. Alhamdulillah. Moga tambah ramai pelanggan datang membeli buah-buahan di gerainya.

10 ulasan:

  1. wahhhh! semua menyelerakan! tak sia-sia makan dulu hehehe

    BalasPadam
  2. Pertama kali dengar ikan ogos:)
    Mudah-mudahan bertambah rezeki si penjual 🤲

    BalasPadam
  3. Ikan Ogos...
    Unik namanya macam bulan merdeka..
    Kalau tengok ekornya biru firus tu macam ikan bayan kat semenanjung ni..Mungkin sama tapi nama lain..tapi mungkin bukan..hihihi
    Semua nampak sedap

    BalasPadam
  4. Sy terbayang jika di JB, restoran yg perlu tawaf utk dapat meja, ialah Anjung Selatan yg popular dgn Patin Masak Tempoyak. Pertama kali tahu ikan Ogos, ada kisahnya ke kak, dapat nama Ogos, hehehe.

    BalasPadam
  5. Pertama kali saya tau ada ikan Ogos dan paku tanjung. Macam2 jenis ikan ada di sana ya.

    BalasPadam
  6. Sotong masak hitam biasa dengar dan nampak resepi tapi belum pernah makan dan masak lagi. Nampak menyelerakan pula. Kalau untuk masak sendiri rasa belum ada kekuatan😁

    BalasPadam
  7. ikan ogos tu ekornya nampak cantik warna kebiruan macam ikan bayan ye kak

    BalasPadam
  8. ikan ogos tu ikan bayan ye kak.... patut tengok dia punya ekor tu warna biru. Macam-macam lauk dan sayur ada nampak sedap semuanya tu

    BalasPadam
  9. Berselera makan ikan panggang dengan pelbagai sos pencicah. ada sambal ada ulam ada sayur bertambah tambah seleranya. Comel nama ikan ogos tu. ekor berwarna hijau biru. Semoga laris jualan peniaga bermurah hati bagi lebih pada pelanggan.

    BalasPadam
  10. wah ekor ikan ogos tu bewarna hijau..

    BalasPadam